Maksudnya mengikut Al Imam Romli makmum yg syak sewaktu masih berdiri samada ia masbuq atau muafiq hendak memilih hukum muafiq yakni wajib menghabiskan bacaan Al Fatihah.. Ini jelas Persoalan sy merujuk khusus kepada jawapan bagi soalan yg ditanyakan, iaitu makmum syak samada ia masbuq atau muafiq ketika ia sedang ruku'.. Ust jawab makmum hendaklah menambahkan 1 rakaat sesudah salamnya imam kerana telah meninggalkan 1 rukun yakni Al Fatihah di rakaat yg ia syak tadi.. Soalan sy.. Bukankah makmum syak itu mesti memilih hukum muafiq iaitu wajib AlFatihah.. Jadi pada pendapat sy bukankah ia perlu bangun semula daripada ruku' dan berdiri semula untuk habiskan bacaan Al Fatihah..mohon jawapan dari AF Ustaz.. Terima kasih