Рет қаралды 234
Alhamdulillah....
Selepas check in hotel, setelah berehat sekejap, solat dan makan kami pergi ke dataran Masjid Nabawi bersama Ustaz Rumaidi untuk penerangan lokasi sekitar masjid.
Ustaz memberitahu pintu² masuk masjid ke ruang solat muslimin dan muslimat, tandas dll supaya mudah jemaah untuk solat subuh keesokan hari.
Pada hari esoknya, selepas subuh dan sarapan pagi kami melawat sekitar Masjid Nabawi di bimbing oleh mutawif kami iaitu Ustaz Abu Bakr. Kami melawat sekitar masjid Nabawi di samping mendengar sirah Nabi Muhammad s.a.w...
Pada petangnya kami hanya berada di dalam masjid dan selepas makan malam, kami berkumpul untuk masuk ke Raudhah yang telah di 'booking' dalam aplikasi Nusuk pada pukul 11 malam. Alhamdulillah kami dapat masuk tempat yang dinamakan Taman Syurga itu untuk solat dan berdoa 🤲
#azzuhatravel
#9-20/10/2024
#part3