Рет қаралды 7,456
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم
وبارك على سيدنا محمد وعلى آل محمد
كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, semoga yang menonton video ini sentiasa dalam keadaan yang sihat dandirahmati Allah swt.
Perkongsian dibawah zurin minta dari empunya IG iaitu En. Sharul.
RINGKASAN KULIAH SELEPAS MAGHRIB DI MASJID JAMEATUS SOLEHAH, DENGKIL (9/6/2023)
1).Antara hikmah peristiwa Israk Mikraj adalah berupa ujian kepada umat Islam kerana ianya suatu yang tidak tercapai akal dan menganggu iman penduduk Islam Makkah ketika itu
2).Ketika Nabi SAW tidur disisi Hajar Aswad, telah datang Malaikat Jibril mengejut-Nya .. Nabi SAW bangun namun tidak melihat sesiapa, lalu Beliau kembali tidur, begitulah sehinggalah kali ke-3 Nabi SAW dikejutkan, barulah terlihat Malaikat Jibril dan Beliau berpaut di bahu Malaikat Jibril .. Kemudian Nabi SAW dan Malaikat Jibril menuju ke pintu Kaabah dan situlah kelibat Buroq
3).Buroq adalah satu-satunya binatang yang terdapat di syurga, dan Buroq lah antara saksi yang melihat setiap ada nama ALLAH di syurga pasti diapit dengan nama Rasulullah SAW .. Disebabkan itu Malaikat Jibril membawanya turun ke bumi sebagai kenderaan Nabi
4).Buroq ini merupakan kenderaan para Nabi yang mana terdapat riwayat menyatakan Buroq juga digunakan oleh Nabi Ibrahim untuk berulang ke Makkah dari Baitulmaqdis
5).Ketika pertama kali Nabi SAW hendak naik di atas Buroq, ia menunjukkan sifatnya yang tidak suka, sehinggalah dimaklumkan oleh Malaikat Jibril tentang Nabi SAW barulah ia berlaku jinak dan malu sehingga menitis peluhnya
6).Peristiwa Israk bermaksud Nabi SAW dibawa berjalan pada waktu malam untuk melihat tanda kebesaran ALLAH yang terdapat di bumi dan langit dari Masjidil Harom ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis
7).Nabi SAW berhenti di Baitulmaqdis dan bertemu dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa .. Kemudian telah dihimpunkan seramai 124 ribu para Nabi, lalu Nabi SAW telah mengimami solat bersama mereka
8).Kemudian dibawa 3 bekas air yang berisi air susu, air khamar dan air kosong .. Rasulullah SAW terdengar suara yang menyatakan jika diambil air kosong maka Beliau dan Umat-Nya akan tenggelam, jika diambil air khamar nescaya Beliau dan umat-Nya akan mabuk, jika diambil air susu Dia dan umat-Nya akan mendapat petunjuk
9).Setelah memilih bekas yang berisi air susu tersebut, Malaikat Jibril menyatakan bahawa Nabi SAW telah mendapat petunjuk ALLAH swt
10).Apabila pulang dari peristiwa Israk Mikraj, keesokan paginya Nabi SAW menceritakan kepada penduduk Makkah .. Disebabkan itu, terdapat mereka yang sebelum ini beriman kepada ALLAH dan Baginda SAW, namun memilih untuk murtad kerana merasakan cerita itu suatu yang tidak masuk akal
11).Abu Jahal telah bertanyakan kepada Saidina Abu Bakar, apa yang telah terjadi kepada Nabi SAW .. Namun, Saidina Abu Bakar menyatakan, tiada apa yang pelik jika apa yang dikabarkan itu datang sendiri dari mulut Rasulullah SAW
12).Saidina Abu Bakar kemudian menuju ke Masjidil Harom dan bertemu dengan Nabi SAW .. Lalu beliau bertanyakan tentang perkara yang dikabarkan oleh Abu Jahal .. Kemudian beliau menyatakan kepada Nabi SAW agar memberi gambaran tentang Baitulmaqdis, kerana beliau pernah berkunjung ke Syam
13).Kemudian dibuka hijab buat Nabi SAW, Beliau dipernampakkan Baitulmaqdis dihadapan-Nya lalu diterangkan satu persatu kepada Saidina Abu Bakar, dan semuanya dibenarkan oleh Saidina Abu Bakar
14).Sejak itulah Nabi SAW menggelar Saidina Abu Bakar sebagai al-Siddiq iaitu bermaksud yang membenarkan
Moga bermanfaat .
www.instagram....
sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT kekurangan itu adalah dari diri zurin sendiri.
#Mekkah#masjidilharam
#mekkahalmukarramah #mecca #yarabb #youtubers #youtubersmekkah #makkah #life #masa #taddabur #dontwastetime #life #createyourownhappiness #bakkah #makkah #miqat #miqatmakani #miqatyalamlam #hajj2023 #hajjdanumrah #haji #hajidanumrah