Maulana Asri - Hukum Talfiq (Campur) Mazhab

  Рет қаралды 18,958

Galeri Ilmu Maulana Asri

Galeri Ilmu Maulana Asri

Күн бұрын

𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠 𝗧𝗔𝗟𝗙𝗜𝗤 (𝗖𝗔𝗠𝗣𝗨𝗥) 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡: Adakah boleh mencampur adukkan pelbagai mazhab sekiranya mazhab itu mudah untuk kita mengikutinya dan bolehkah digunakan cara begini bagi orang awam dan golongan yang berilmu?
𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡:
Masalah ini disebut sebagai talfiq mazhab atau mencampur adukkan beberapa pendapat daripada mazhab yang berbeza. Maka, orang yang melakukannya tidak terikat dengan satu mazhab sahaja dalam semua masalah atau keadaan dalam kehidupan sehariannya.
Para ‘ulamak berbeza pendapat dalam menentukan hukumnya. Ada sebahagian yang mengharusnya dan ada pula yang melarangnya. Jadi, kalau kita mahu beramal dengan talfiq mazhab, kita hendaklah terlebih dahulu bersetuju dengan ‘ulamak yang mengharuskannya.
Contohnya, Imam Syafi’i berpendapat bahawa haji yang paling baik adalah Haji Ifrad, manakala Mazhab Hanbali pula berpendapat bahawa haji yang paling baik adalah Haji Tamattu’, kerana Nabi s.a.w. sendiri Haji Tamattu’ dalam Haji Wida’, barangkali kerana ia lebih menyenangkan. Misalnya, setelah selesai ‘umrah, pasangan suami isteri sudah boleh bersama. Ertinya, Nabi s.a.w. sendiri mahukan kesenangan untuk umatnya.
Jadi, mana-mana pengikut Mazhab Syafi’I yang mengerjakan Haji Tamattu’ kerana menganggap ianya lebih baik daripada Haji Ifrad, dia sebenarnya telah melakukan Talfiq Mazhab tanpa disedarinya.
Contoh kedua ialah kita mengambil wudhu’ mengikut Mazhab Syafi’i, lalu kita mengikut Mazhab Hanafi dalam masalah pembatalan wudhu’. Kemudian, kita bersolat mengikut Mazhab Maliki.
Adakah ia juga boleh dilakukan? Jawapannya, boleh, jika kita benar-benar mengetahui hukum fiqhnya ada; bukan mesti mengetahui dalil-dalilnya, kerana hakikatnya mazhab hanyalah pendapat para ‘ulamak; bukannya sebuah ketatapan daripada Allah sehingga kita mesti berpegang dengan satu mazhab dalam semua perkara pada setiap masa.
Yang dilarang hanyalah apabila kita beramal tanpa ilmu dan berdasarkan prasangka semata-mata, kerana Allah sendiri berfirman:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Maksudnya: “𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙪𝙩 𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖. 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖, 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙣, 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙮𝙖 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙡𝙚𝙠, 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙨𝙖𝙩𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙩𝙖𝙣𝙮𝙖 (𝙩𝙚𝙣𝙩𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙖𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖).”
[Surah al-Isra’ (17) : 36]
Wallahu a’lam.
---
𝗣𝗔𝗨𝗧𝗔𝗡: www.galerimaul...
𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢: • Maulana Asri - Hukum T...
𝗜𝗡𝗙𝗔𝗤 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗔𝗛: toyyibpay.com/...

Пікірлер: 77
@Sabri-ds7hh
@Sabri-ds7hh Жыл бұрын
Terima kasih maulana mamberi ilmu kepada kami.
@mnahis
@mnahis 11 ай бұрын
makin byk ilmu, makin mudah hidup kita 👍
@wankhairulanuar1784
@wankhairulanuar1784 Жыл бұрын
Syarat Tahu supaya kita yakin. Takde was was. Bila yakin Insyaallah sah ibadat.
@AmeyBarkaylow
@AmeyBarkaylow Жыл бұрын
Quburiyun puak kamu lah yg cipta. Imam Al-Mahdi kekal di Aswj yg benar @ Asya'irah Maturidiyah Imam Shafie hingga akhirat yg tiada hujungnya.👌 Benson & Hedges Al-Mahdi that leads world reset. kzbin.info/www/bejne/nJWloH6FpcinppY
@mohamadzakizakaria5603
@mohamadzakizakaria5603 Жыл бұрын
@@AmeyBarkaylow sedap nama hang makpak taruh...
@mohamadzakizakaria5603
@mohamadzakizakaria5603 Жыл бұрын
@@AmeyBarkaylow ngaji tauhid biar teguh aqidah,tak payah kalut ke mahdi...apaguna aqidah tak jelas bila mahdi datang.
@asysyaukaniassalafi8677
@asysyaukaniassalafi8677 Жыл бұрын
Alhamdulillah.... barakallah hufik kepada Maulana Asri dan uploder...
@sirajsoe
@sirajsoe 28 күн бұрын
Masyarakat tak mampu menjalankannya bila tak boleh Klu ambil yg mudah2 saja baru tak boleh
@drmdzakariahmdali6677
@drmdzakariahmdali6677 Жыл бұрын
Alhamdulilah. Terbaik Ustaz. Zaman Nabi saw dan khulafah arrashidin ikut mazhab mana. Ikut nabi lagi mudah dan memudahkan. Jauhi sikap taksub kepada seseorang.
@ahmadzyuleddyzynooddin7854
@ahmadzyuleddyzynooddin7854 Жыл бұрын
Sempoi👍🏻
@adyabdillah7139
@adyabdillah7139 Жыл бұрын
Alhamdullilah❤❤❤
@Kelapamuda126
@Kelapamuda126 Жыл бұрын
Alhamdulillah.. Benar sy setuju..
@mohammadraimiarifrosli102
@mohammadraimiarifrosli102 Жыл бұрын
Membuka minda molek
@roslyismail3620
@roslyismail3620 Жыл бұрын
Bimbang juga kalau anak2, 'kahwin' sendiri sendiri saja, sebab pilih yg boleh dan menyenangkan.... 1. Ada lelaki dan perempuan ikut Syafie 2. Tak perlu wali ikut Hanafi 3. Tak perlu saksi ikut Maliki
@JackSparrow-bc4zt
@JackSparrow-bc4zt 7 ай бұрын
Patut la anak2 muda suka sngat ikut mazhab wahabi...snang sungguh dia punya kaedah dia...janji tau balun janji snang ja balun...
@musicrock_
@musicrock_ 7 ай бұрын
Nk tanya.. imam ahmad tu kafir ke?? Sesat ke??
@mindnavigator
@mindnavigator 5 ай бұрын
Mazhab wahabi??????? Sejak bila wahabi jadi mazhab?? Adui. Teruknya level pendidikan islam.
@mindnavigator
@mindnavigator 5 ай бұрын
Jack sparow. Kamu duk dengar muzik tu mazhab mana???? Mazhab lahabi?
@JackSparrow-bc4zt
@JackSparrow-bc4zt 5 ай бұрын
@@mindnavigator bukan mazhab wahabi ke cedok smua mazhab asal tau... orang awam pon blih cedok jugak 4 mazhab asal tau..xfham pon xpa...itu lh mazhab wahabi...
@JackSparrow-bc4zt
@JackSparrow-bc4zt 5 ай бұрын
@@mindnavigator hng dengr muzik mazhab apa pulak...?
@aisyahmaryamainfamily6085
@aisyahmaryamainfamily6085 Ай бұрын
pernah dgn kalam ulamak.. keharuman ilmu fikah boleh didapati setelah menguasai khilaf antara mazhab
@janglegendszasss6727
@janglegendszasss6727 Жыл бұрын
Bagus pencerahan ustaz.. Samalah mcm cerita org miskin yg telah menggauli isteri dia pd siang hari ramadhan, dan org miskin pun bertemu nabi saw, kemudian nabi suruh dia puasa 2 bln dia jwb tak mampu, nabi saw suruh sedekah pun dia tak mampu, kemudian nabi bagi buah kurma dan suruh beliau cari org miskin tetapi tdk ditemui org miskin kerana dlm tmpt tersebut beliaulah yg paling miskin. Beliau jumpa nabi saw dan beritahu tiada org miskin. Maka nabi bgtau buah kurma tu dapat ke beliau.. Org miskin pun balik dgn hati yg senang.. Nabi tdk menyusahkan umatnya.. Kebanyakan yg sya nmpk skrg ada yg berlebih lebihan dlm menjatuhkan hukum pd org.. Jika dilihat pd zaman ini susah nak jmpa yg mengikuti cara nabi saw berdakwah.. Sebab yg sya nmpk mereka byk yg merasa lebih mulia dari org lain.. Mereka lupa allah tutup aib mereka.. Subhanallah..
@achmadlapansembilan
@achmadlapansembilan 6 ай бұрын
Ada rujukan kisah ni? Jd motivasi dan contoh.
@Persempadanansemula2876
@Persempadanansemula2876 Жыл бұрын
Yg pting 'know' tahu..mka jdilah 'knowledge' pngetahuan.. muslim wajib mncri ilmu...👍
@adikaazri4991
@adikaazri4991 Жыл бұрын
benda boleh,tapi ada ustaz2 utube buat jadi susah dgn pemahaman mreka...t kaseh👍🏻
@armanxperiasp5422
@armanxperiasp5422 Жыл бұрын
pnh di tanya ikot mazhad mana?? .'sy jawab ikot mana2 aje lh"kena marah 😡..ko kena ikot 1 mazhad je.."cam tu ko ajar aku !! ..kwn sy jwb tk pernah baca kitab2 mazhab ni cm mana nk ajor !!😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨
@jusohderaman8138
@jusohderaman8138 10 ай бұрын
Zaman nabi takdog mazhab....jd 4 mazhab tu semua ikut nabi....ikut je le yg mana suka
@akubarusampai
@akubarusampai 9 ай бұрын
Xleh la ustaz..sebb koho payoh koho Allah suko kato ustaz ngok
@meash4674
@meash4674 Жыл бұрын
alhamdulillah.🤲🤲🤲
@saifulkhairul9118
@saifulkhairul9118 Жыл бұрын
mazhab Shafie layaknya bagi negara Islam penuh. Negara yang rakyatnya tiada yang miskin, pemimpin dan pemimpin tak bergaduh. Kalau negara tu banyak rakyat miskin, tak payah acah² alim kata bermazhab Shafie.
@faizaniz5946
@faizaniz5946 Жыл бұрын
Terbaik jawapan
@arashaqasha2845
@arashaqasha2845 3 ай бұрын
imam shafii.. ada wudhu bersentuh dgn bini hanya 3 perkara yg tidak membatalkan..rambut.. tulang dan kuku..klu kulit dgn kulit tetap batal wudhu
@khamalshariff725
@khamalshariff725 Жыл бұрын
Assalam.. Gelaran Maulana Di Di dapati dari Intuitusi mana? Siapa yg menganugerah kan nya? Dahulu belajar dari negara mana Dan Tahun brapa?
@hazr1305
@hazr1305 Жыл бұрын
Sekurg2nya beliau belum umur 12 da merantau ke luar negara belajar agama. Talaqqi dgn byk ulama hadith di pakistan selama bertahun2. Syarah kitab2 hadith dlm sunnah sittah pun dah bertahun2. Tulis buku syarah hadith imam bukhari. Bukan baru 4-5 bulan pakai serban dan rida' buat content jampi kat tiktok pastu layak dah dipanggil ustaz dan tok guru..
@komunitidarulkautsar9328
@komunitidarulkautsar9328 Жыл бұрын
Maksud gelaran "Maulana" tu di India/Pakistan sama jer dengan "Ustaz" di Malaysia...tak de isu pun
@korangcamgampang
@korangcamgampang Жыл бұрын
cari la sendiri ... byk pasal maulana asri ni ..cuma tak porpuler macam ustaz2 tiktok yg bg amalan2 merapu entah dari mana .... etc ... capal lagi mulia dr mak ayah kite .... tak ke sengal ...buat tiktok letak lagu sedih sikit ... cair terus cehhh
@Yosukei22
@Yosukei22 Жыл бұрын
Antara kriteria utama yang perlu dipenuhi sebelum diberi gelaran maulana adalah khatam kitab Hadith imam Bukhari bersanad. Hurm itu salah satu lah.
@muhamadsaniabubakar427
@muhamadsaniabubakar427 11 ай бұрын
​@@Yosukei22Cuma yang terbaru je yang terlampau ghulu mahzab. Padahal ianya cuma cabang Ilmu fiqh sahaja. Contoh Imam Hanafi r.a punya pendapat serta kefahaman begini dan Imam Syafie r.a punya pendapat dan kefahaman begitu pula . Tapi bab Akidah mereka tiada perbezaan
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 4 ай бұрын
Tatabu' Al Rukhas adalah diharuskan olih sebahagian besar ulama Syafi'e dan Hanafi jika ada sesuatu kemudaratan dalam melaksanakan sesuatu amalan yang disyariatkan dalam Islam.
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 9 ай бұрын
Kita mistilah ada rumah kita sendiri dan bila kita mengembara kita duduk Hotel atau Rest House dan balik semua kpd rumah kita,bukan jadi macam burung tukang,bertelor atas tanah,takada sarang. Kita bolih Taqlid mana-mana ibadah yang samada lebih afdhal atau lebih mudah untuk satu ibadath sahaja.
@jacksparrow-ms3ns
@jacksparrow-ms3ns 2 ай бұрын
Tq ust Al hamdulila
@pdbmesra
@pdbmesra 8 ай бұрын
Alhamdulillah.. Menarik & Thanks 👍🏼
@AhlussunahWaljamaah-l2k
@AhlussunahWaljamaah-l2k 11 ай бұрын
Gimana pula tak boleh, imam2 Mazhab kan satu seperguruan, iman Malik gurunya imam Syafi'i, imam Syafi'i guru nya imam Ahmad bin Hambal
@muhamadsaniabubakar427
@muhamadsaniabubakar427 11 ай бұрын
Apa itu mazhab?
@armanmohamedmansor4737
@armanmohamedmansor4737 Жыл бұрын
Alhamdulillah..trima kasih utk pcerahannya maulana Asri..
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
Bolih Talfiq bagi satu amalan dalam satu masa..bukan satu amalan pakai 3 mazhab.
@kasimpatalon4648
@kasimpatalon4648 Жыл бұрын
Terangkan
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
@@kasimpatalon4648 Basic knowledge for every muslim..!!?
@kasimpatalon4648
@kasimpatalon4648 Жыл бұрын
@@othmanahmad7942 terangkan based on your understanding… apa maksud ‘bukan 1 amalan pakai 3 mazhab’?
@othmanahmad7942
@othmanahmad7942 Жыл бұрын
@@kasimpatalon4648 Ada tiga perkara berkaitan dlm hal ini. 1.Taqlid 2.Talfiq 3.Tabaruq Al Rukhsh Bergantung kepada ilmu, Amalan dan kecenderungan anda.
@tghafiz5652
@tghafiz5652 Жыл бұрын
​@@othmanahmad7942tabaruq? atau Tatabbu' Ar-Rukhas?
AQIDAH - Penjelasan Tentang Nur Muhammad - Maulana Asri
34:48
Komuniti Darulkautsar
Рет қаралды 36 М.
ПРИКОЛЫ НАД БРАТОМ #shorts
00:23
Паша Осадчий
Рет қаралды 6 МЛН
Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:20
Leisi Crazy
Рет қаралды 11 МЛН
Остановили аттракцион из-за дочки!
00:42
Victoria Portfolio
Рет қаралды 3,7 МЛН
HAH Chaos in the Bathroom 🚽✨ Smart Tools for the Throne 😜
00:49
123 GO! Kevin
Рет қаралды 15 МЛН
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Musafir || Maulana Asri
21:13
Adakah boleh mengamalkan Talfiq Mazhab?
7:21
Anda Tanya, Maulana Asri Jawab!
Рет қаралды 15 М.
Maulana Asri - Bagaimanakah Caranya Mendapatkan Pertolongan Allah?
6:32
Galeri Ilmu Maulana Asri
Рет қаралды 1,3 М.
KRITIKAN DR MAZA KEPADA JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN!!
14:37
Kilauan Sunnah
Рет қаралды 24 М.
Baba Ismail Sepanjang - Hukum Campur Aduk MAZHAB
16:56
Ar-RahmanTV
Рет қаралды 96 М.
Dr. Rozaimi Ramle - Perbahasan Air Musta'mal serta Pendapat Yang Rajih
12:34
ПРИКОЛЫ НАД БРАТОМ #shorts
00:23
Паша Осадчий
Рет қаралды 6 МЛН