Mee Bandung MUAR, Resepi Turun Menurun 40 TAHUN! | Resepi Tok Johor

  Рет қаралды 514,820

DESTINASI TV

DESTINASI TV

2 жыл бұрын

Antara Mee Bandung yang ASLI di sekitar Muar, Johor! Cuba jangan tak cuba!
📍Lokasi: S.S Corner (Waze / Google Map FZ Mastermart 2 Parit Bugis)
Jalan Parit Yusof, 83600 Semerah, Muar
⏰ Waktu Operasi » 11 pagi - 7 malam
Bandar Diraja Muar semestinya sinonim dengan Mee Bandung. Setiap kali datang ke Muar, pasti orang luar akan mengambil kesempatan untuk merasai keaslian Mee Bandung asli ini.
Di sekitar Kamping Parit Bugis, Muar terdapat satu gerai makanan kecil yang menghidangkan Mee Bandung menggunakan resepi keluarganya lebih dari 40 tahun! Keenakkan Mee Bandung mereka semestinya menjadi pilihan penduduk kampung Parit Bugis dan juga pelancong yang datang ke kampung tersebut!
Tonton Siri Resepi Tok di bawah:-
Resepi Tok Pulau Pinang : • Resepi Tok Pulau Pinang
Resepi Tok Ramadan : • Resepi Tok Ramadhan
Resepi Tok Langkawi : • Resepi Tok Langkawi
Resepi Tok Perlis : • Resepi Tok Perlis
Resepi Tok Kedah : • Resepi Tok Kedah
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZbin, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Пікірлер: 485
@mschannel8888
@mschannel8888 2 жыл бұрын
Cadangan utk DTV...boleh berikan sticker atau signage utk digantung di kedai makan yg di lawati sperti jalan2 cari mkn... Brand DTV ni boleh pergi jauh dan dikenali ramai...insyaallah. Tq
@syamsulkamalmuhammad4786
@syamsulkamalmuhammad4786 2 жыл бұрын
Setuju!
@AliaNatasya1996
@AliaNatasya1996 2 жыл бұрын
Mcm jalan jalan cari mkn kat tv 3
@meinfinity_7951
@meinfinity_7951 2 жыл бұрын
Setuju!!
@AliaNatasya1996
@AliaNatasya1996 2 жыл бұрын
Apa yang lebih
@AliaNatasya1996
@AliaNatasya1996 2 жыл бұрын
Setuju
@sazlibuyong176
@sazlibuyong176 2 жыл бұрын
ASSALAMUALAIKUM MEMANG MANTAP KAN MEE BANDUNG...SAYA SEBAGAI WARGA MUAR BERBANGGA DENGAN ABGDIN YG MENYAJIKAN MENU TERSEBUT
@muhamadzamri9729
@muhamadzamri9729 2 жыл бұрын
Saya harap dtv kekalkan Fendi sebagai host dtv sbb Fendi tahu cara² masakan,hebat Fendi dn dtv 👍
@siranuar3091
@siranuar3091 2 жыл бұрын
saya sokong
@zamz1311
@zamz1311 Жыл бұрын
Saya harap bergilir²....yg lain pun nak cari mkn jugak! Makin lama makin terengkak² pulak mamat ni
@mahhamid32
@mahhamid32 Жыл бұрын
Bukan turun menurun yg benar turun temurun yg menurun tu org yg x ingt masa berubat org
@yayahassan3953
@yayahassan3953 2 жыл бұрын
Klau sebut Mee Bandung ,mesti carik kt Muo..🤤😋 sedap nau 👍
@babypika6953
@babypika6953 2 жыл бұрын
Saya org Kedah pun duk johor selama 3 tahun pun mmg xsah kalau tak cari mer bandung.... Sedapp dia tu Surrr 🤩
@fendiofmuar
@fendiofmuar 2 жыл бұрын
Selaku Anak Jati Muo, ini diakui cara masak Mee Bandung Muo yang original. Ala toksah la nak gaduh masuk tauhu ke udang ke carrot ke sebab lain orang lain resepi dan lain cara, yg penting paste mee bandung dia tu wajib ada. Ingat senang ke nak masak, 2 jam kot! Kalau Mee Bandung Muo versi lengkap yg terpaling asli lagi mewah lauk dia sebenarnya. Versi arwah mak kami kuah tu memang buat dari air rebusan stok daging, lepas tu ada udang sotong kerang kupang ayam daging semua ada. Sayur pakai sawi carrot tomato tauge, tauhu. Last sekali kena pecahkan telur dlm kuah sebelum angkat bagi telur goyang. Untuk paste mak kami tak pakai udang geragau tapi udang kering sbb tu yg paling original. Udang geragau tu org pakai sbb murah, yg aslinya pakai udang kering. Dulu bila makan kat luar Muo kalau order mee bandung boleh mengamuk yer sebab dapat mee sos. Tapi betullah ckp org, kalau belum sampai Muo makan mee bandung ko mmg belum rasa mee bandung sebenar. Memang sangat lain, kau tengok abg ni pakai paste dia yg pekat melekat tu pun dah tau beza sangat. Silalah datang Ke Muar Bandar Diraja untuk merasai keenakan sebenar Mee Bandung Muo yang paling asli dan rasa sebenar, dan tak dilupa asam pedas tersedap di muka bumi Asam Pedas Muo!
@zamzurizaimi3020
@zamzurizaimi3020 2 жыл бұрын
Mee rebuih penang lagi surrr mee bandong eeee geli gelaman aku nak makan
@prettykapas3723
@prettykapas3723 2 жыл бұрын
Yes, mee bandung - guna udang kering dan rebusan air daging pasti sedap!!
@manjb2461
@manjb2461 2 жыл бұрын
@@zamzurizaimi3020 xyah nk geli2 sgt la...ko dh dok biasa mkn mee sna memg sedap sana...org dh biasa cni memg ske mee cni..ni nk kondem2 lak...selera masing2..ckp xminat dh la..ni nk geli2 la..
@commentcomment9804
@commentcomment9804 2 жыл бұрын
@@zamzurizaimi3020 sy suka mee rebus utara dan Joho. Mee bandung pun sy suka. Apa sahaja jenis makanan sy suka. Yang sy tak suka dan meluat, adalah manusia macam kamu. Ambik kata-kata sy. Buat pes mee rebuih kenegerian awak tu.
@farid.mohdsalleh
@farid.mohdsalleh Жыл бұрын
@@zamzurizaimi3020 tu masalah ko simpan diam2 la nak geli ke apa
@kkum
@kkum 2 жыл бұрын
Bersih dapur dgn kuali dia. Terbaik la 🐥
@muhammadyusoffjamaluddin
@muhammadyusoffjamaluddin Жыл бұрын
SAYA BARU PERGI DAN SANGAT TERBAIK MEE BANDUNG TU! Bawak balik bungkus kuah asing 😂 Terbaik giler!!!
@munir89
@munir89 2 жыл бұрын
Aku tertarik dgn dapur dia. Bersih. Kuali tu dh la legend. Berkilat pulak tu. 😅
@SaidAfzan
@SaidAfzan Жыл бұрын
bulan lepas sy dah smpai kedai abg din ni, mmg terbaik mee bandung dia..punca tgok destinasi trus sblah ptg gerak parit bugis ni..hehehe sedap sngatt
@rahsiaalam818
@rahsiaalam818 2 жыл бұрын
Resepi Tok Johor ni nmpk byk kat parit bugis, tempat org bugis dgn org Jawa. Akhirnya Ada gak la makanan asli muo yg betul2 asli dr muo dipromosi. Tp terpikir gak, agaknya nnt ade ke promosi utk makanan khas org melayu johor mcm Nasi Beringin ke, mee siput ke atau Asam pedas muo ke.
@fauziahibrahim7882
@fauziahibrahim7882 2 ай бұрын
I 6yvvyy😅all
@shakirinzainal8587
@shakirinzainal8587 2 жыл бұрын
pada saya mee bandung yg sedap bila kita bole makan sampai habis kuahnya...steady abg din...lps ni beratur panjang customer...👍👍
@farahqurashiyah4671
@farahqurashiyah4671 6 ай бұрын
ya kekuatan dia pd kuah,bila isi dah abis siap menghirup hingga titisan terakhir
@kamalhisham9982
@kamalhisham9982 Жыл бұрын
Saya orang MUAR tapi sudah tinggal di KL lebih 40 tahun. Apabila balik Muar selalu singgah di Muar makan Mie Bandung. Salah salah kedai( warong/warung) yang kami singgah di tepi jalan Batu 8 Jalan Serom Sungai Mati, Muar ( Tangkak).
@danielazhar7
@danielazhar7 Жыл бұрын
Ada nama kedai tak bang? Teringin nak pi.
@zainudinghazali6335
@zainudinghazali6335 2 жыл бұрын
Cute lar abang Din ni, aku orang Kedah tapi suka mee bandung Muar ni.
@kertasputih8461
@kertasputih8461 2 жыл бұрын
Owner kedai mmg baik org nya..bersih muka nya..muka ada manis..mmg patut masak sedap..
@nasirramli3601
@nasirramli3601 Жыл бұрын
Wkwkwkw 😂🤣
@rikiriki6018
@rikiriki6018 2 жыл бұрын
Setiap tahun mmg akan turun johor cari makan best. Aku pasti akan datang kedai ni lah! Thanks for sharing
@karmickoala101
@karmickoala101 2 жыл бұрын
Selaku org Sarawak, member Muar aku siap2 bgi pesanan keramat. 1-Jangan cakap pnah makan Mi Bandung selagi tak turun Muar. 2- Berlapar dulu, baru turun Muar. Sampai hari ni, aku pegang. First time aku order telur separuh masak + cili jeruk tal putus 🤤
@GamingZone-dc4uw
@GamingZone-dc4uw 2 жыл бұрын
Nyaman palak
@spartawalker6358
@spartawalker6358 5 ай бұрын
Betul tu,klu bohong DPT dosa
@fazreenrazi
@fazreenrazi 2 жыл бұрын
Mee Bandung muar di muar mmg paling padu.. Balik kg mmg aku akan singgah ke muar untk cari dan insyaAllah soon akan singgah kedai abg din untk support.. Klau di KL ada 1 kedai yg rasa dia hmpir2 ori di Kedai Nurul Sate Batang Pinang.. Boleh cuba try dan mmg recommended
@terataiwurawari3158
@terataiwurawari3158 2 жыл бұрын
Aku org Kelantan suka masakan joho .Kalau lama2 duduk sana ,aku rasa mmg tak balik kg asyik jln2 cari mkn je keje😂
@nazzmasa371
@nazzmasa371 Жыл бұрын
Kebanyakan kedai/gerai di Muo ada rasa tersendiri. Di Tanjung Agas, ada 3 kedai mee bandung Central(Fuad, Ida dan Ajak), mee bandung Hjh Milah, mee bandung Satar 3 bersaudara, mee bandung Orang Lama, mee bandung Baridah dan mee bandung Udang Galah. Kalo di area bandar, kedai Abu Bakar Hanifah, Mak Pon, Abg Sayang dan lain2. Kedai Abg Din(SS corner) yg fendi review ni antara yg terbaik rasanya. Senang citer kalo gi muo ni, pergilah mana2 kedai/gerai yg mnyajikan menu mee bandung...90% tak akan mngecewakan. Terima kasih Destinasi TV.
@mibashar263
@mibashar263 Жыл бұрын
Bang, Tg Agas bukan daerah muo bang, tu daerah Tangkak
@naufalnoori89
@naufalnoori89 Жыл бұрын
@@mibashar263 org muo tak pikir dah tu tangkak ke muo...dr kecik ke besar tg agas tu muo...baru ni je dia pi buat daerah tangkak
@naufalnoori89
@naufalnoori89 Жыл бұрын
sy dlu skola sains muar tahun 2006...rajin makan mee bandung depan sekola sains tu tepi parit ada warung... tp pergi skrang dah takde dah...abg tau warung tu dah pindah mana?
@3dee206
@3dee206 2 жыл бұрын
standby orang beratur .. semoga maju jaya
@anann6681
@anann6681 2 жыл бұрын
Ameen
@jyoshigeru9222
@jyoshigeru9222 Жыл бұрын
Dapur bersih, pes tak kedekut, memang mantap abang Din ni, moga murah rezeki sentiasa
@MyGaviscon
@MyGaviscon Жыл бұрын
Kannnn... Dapur kedai abg ni bersihhh..
@rashidkasmari
@rashidkasmari 2 жыл бұрын
Allah..... nakal Abam Fendy kite nih.. 🤣 nyakat org x hinggat... Semoga Abam Shahrudin kita terus Sukses Dlm perniagaan beliau... Terliur kawan dengan resepi mee bandung gaya lama nih... Terima Kasih kerana mengekalkan cara masakan sebegini... To Abam Fendy & Destinasi TV jangan lupa untuk rasa plak menu menu lain kat Negeri Johor ni.... Seperti "ROJAK PISANG", "ROJAK TAUHU TEMPE" & "MEE RACHUN" ....... boleh roje roje sy kalo cari tak jumpa... MAntop
@mohdhazrancherozan8909
@mohdhazrancherozan8909 2 жыл бұрын
Hebat betul Fendi boleh pegang mee panas lama2. Nampak sangat biasa masak.
@ho4706
@ho4706 Жыл бұрын
Dah singgah dah minggu lepas... Memang terbaikkk !! Sedap sangatt 👍 dh balik selangor, rasa mcm nak patah balik ke muar je.. 😅 semoga bisnes terus maju abg din 👍👍👍
@azlanmokhtar2895
@azlanmokhtar2895 2 жыл бұрын
Lain kedai lain resepi..Semua sedap2 rasa mungkin ada sedikit berbeza setiap kedai 👍👍😊😊
@meowjer4794
@meowjer4794 Жыл бұрын
Aku anak jati muo. Dari kecik sampai beso dok muo Mee bandung yg sedap ada dua 1) Bus stand muo abg sayang punya 2) Warung acit betul betu sebelahtaman guru 3) Arwah pakcik aku mee bandung dkt PPD. Mmg power. Alfatihah Yg lain kuah cair, tak pekat and rencah tak byk sebab target market utk org luar makan. Selamat mencuba 😀
@ombakbesar3920
@ombakbesar3920 Жыл бұрын
Sy singgah makan sini. Kami berdua, makan mee bandung ketew bandung dan bihun soto. Mmg terbaik lah. Sedap. Kuih donat pau pun sedap. Err...masa sy pergi makan tadi, wak din pakai baju merah juga.
@toji634
@toji634 2 жыл бұрын
fav aku ni.. ayah aku orang johor selalu masak.. sekarang dok kat kedah mmg susah la nak jumpa..
@miesuhaimie6869
@miesuhaimie6869 2 жыл бұрын
Aku bukan org muor... Tp bila balik muor mst pergi cari mee bandung... Ade 1 kedai yg aku rasa mmg sedap la mee bandung dia berbanding kedai2 lain yg aku try... Nama kedai xtau pulak, lokasi dia sebelah petronas bukit gambir... Sebelah masjid bukit gambir...
@AbdulRazak-vv8jv
@AbdulRazak-vv8jv 2 жыл бұрын
Betul tu
@samsulazrinmusa2214
@samsulazrinmusa2214 Жыл бұрын
Berhadapan dgn petronas..selera johor bukit gambir
@nurfarisha4987
@nurfarisha4987 Жыл бұрын
orang muo hadirrrr 🔥 yess, mee bandung and asam pedas !! u gais should try !!!!!!
@mohdfairuz7687
@mohdfairuz7687 2 жыл бұрын
Mee Bandung Muar memang terbaik di negeri Johor
@zahrullailyusof
@zahrullailyusof Жыл бұрын
Masyallah...ya allah...sedapnya aku tgk fendi makan. Mee bandung yg mcm nie laaaa yg aku cariii...kuah diaaaa..nmpk pon dah sedap tuuu..ori..👍👍👍
@ummiraihan4542
@ummiraihan4542 2 жыл бұрын
Fendi pandai pelbagaikan loghat ikut negeri👍
@suryadidjasman319
@suryadidjasman319 Жыл бұрын
Channel ini membuat saya ingin ke Malaysia :)
@foziahramli3001
@foziahramli3001 Жыл бұрын
Sila ...sila...Kalau saudara org Bandung atau Madura , memang patut dtg ke Malaysia dan pergi ke Johor khasnya Muar untuk try makanan di sana .
@suryadidjasman319
@suryadidjasman319 Жыл бұрын
@@foziahramli3001 InsyaAllah, krn saya sudah berjanji kepada anak untuk mengajaknya jalan - jalan ke My, saya cinta Malaysia!
@Epy1990
@Epy1990 Жыл бұрын
Muar and batu pahat syurga makanan❤
@mohdiskandar9545
@mohdiskandar9545 Жыл бұрын
Mee bandung kat muar boleh singgah warong abg ni.dan warong abg syg..kadir mee bandung..mee bandung central tg agas.warong mee bandung muar tg agas.restoran mee bandung udang gala..ni yg padu
@ismehud
@ismehud 2 жыл бұрын
Terus sukses abg din dan destinasi tv.. Comeii abg din😁😂
@mohamadazhari3732
@mohamadazhari3732 2 жыл бұрын
Mi bandung dgn kupang.. Perghhh.. Kenangan sungguh laa
@akulahseptember2240
@akulahseptember2240 Жыл бұрын
Kupang kan Non halal.
@Lelouch-fv9yx
@Lelouch-fv9yx 2 жыл бұрын
fendi mariii. host selera bajet terbaik!!
@mohdtaufiqmohdnor1832
@mohdtaufiqmohdnor1832 2 жыл бұрын
Nanti try mee rebus johor. Hidangan simple tapi Sedap.
@sitinooraishah7080
@sitinooraishah7080 2 жыл бұрын
Nampak sedapp, bang, abang makan buat saya lapar😅, boleh pergi nanti🤗
@69mymemories
@69mymemories Жыл бұрын
saya orang negeri sembilan..tapi memang gila makan mee bandung dan mee rebus johor..
@hasrikuning5785
@hasrikuning5785 2 жыл бұрын
Terbaik Fendi, tengok hang makan pn dh tau sedap....
@amiryusofchannel3122
@amiryusofchannel3122 2 жыл бұрын
Aku nmpk abg din lurus sangat orangnya...semoga terus sukses
@akulahseptember2240
@akulahseptember2240 Жыл бұрын
Kan lurus lpas tu mcm bodo-bodo
@khairuddinahmad7885
@khairuddinahmad7885 2 жыл бұрын
Mee bandung memang kegemaran saya dan arwah ibu saya😭
@yusofm4646
@yusofm4646 Жыл бұрын
kalau nak mee bandung dgn rasa yg terbaik mmg kena gi muo..kebanyakan yg sy dah try mee bandung d luar kawasan muo,rasa dia berbeza..hanya pada nama. tu dari apa yg sy dh rasa la, kot2 ada yg pernah jumpa tempat lain yg rasa dia mantap boleh la share🤗
@bayou8086
@bayou8086 2 жыл бұрын
Pasti akan dtg.....peminat mee bandung ni😁
@mohdjafarmaon4934
@mohdjafarmaon4934 2 жыл бұрын
Viralkan pls,my hometown! Mee bandung original.
@kapalapi422
@kapalapi422 2 жыл бұрын
Saya suka mee bandung dulu2 yg guna bhn2 basic jer ada telur, sawi, tauhu potong, ada topping daging sikit .. Xde campur yg lain2.. Yg ni nmpk menarik, boleh dtg cuba ni
@zatajul
@zatajul Жыл бұрын
Dulu setiap kali balik Batu Pahat mesti singgah Mi Bandung Parit Bulat, sejak emak abah takde dah jarang balik dan lama tak singgah.
@shimadewina
@shimadewina 2 жыл бұрын
Nk mkn mee bandung muo mmg kna pegi muo. Padu n asli rasa dia. Dulu study kt poli merlimau so berkesempatan mkn mee bandung muo kt stesyen bas muo.👍😜
@taksengaja
@taksengaja 2 жыл бұрын
steady pmm/14 🤣🤣
@max1988159
@max1988159 2 жыл бұрын
sebenarnye yg original tu pes die tu... bahan2 lain tu trpulang pada tukang msak masing2 nk ltak ape,buat tmbah lg sdap... paling penting,pes tu kne ade udang kering pkai bnyak...
@dzulmohd8798
@dzulmohd8798 2 жыл бұрын
yes 👍🏼 nak kena cuba ni… alhamdulillah
@mohdhaizalyusoff4009
@mohdhaizalyusoff4009 2 жыл бұрын
Giler terus lapar mee bandung.. tengok cara makan tu.. adoii
@jaarazak4410
@jaarazak4410 2 жыл бұрын
Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum. Mari sama-sama kita Berselawat Buat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam . ‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم Allahumma salli ‘ala muhammadin ‘abdika warasulika nnabiyyi iummiyyi wa’ala aalihi wasahbihi wasallim..
@hanihmt6190
@hanihmt6190 2 жыл бұрын
Berapa kali saya tergelak. Terbaik Fendi, sempoi.
@norizakamaruddin7578
@norizakamaruddin7578 2 жыл бұрын
Saya pernah makan mee bandung mcm fandi mkn ni resepi nya sama spt bro ni buat..O la la mmg sedap sgt resto nya diampang je.Bahan yg cef tu bubuh sama .
@lilyazuraazura1087
@lilyazuraazura1087 2 ай бұрын
Ni baru mee bandung yg original muo..kacang dgn udang kering wajib ada..air rebusan daging dan daging padu
@ciknbm1458
@ciknbm1458 Жыл бұрын
Tuan kedai tu mcm iras² ajai pulak. Apepun suka tgk review Fendi yg ni. Bikin terliur...
@johnadam7275
@johnadam7275 2 жыл бұрын
Dh betul la mee bandung die ni..pakai air rebusan daging..cuma xde bahan wajib udang dgn sotong kembang..mee bandung kat bando byk dh manis2 melampau potong kaki x kena tekak..mee keras kejung.main siram kuah..mee rebus pn sama..kemain manis..mee bandung muo yg sedap pd aku setakat ni dh bkn kat muo tp kat melaka..mee bandung mizan medan selera sg rambai kedai mula2..bahan wajib mmg ada..rasa ori kurang manis sedang elok..bole cuba.
@yanspl8882
@yanspl8882 2 жыл бұрын
MANTAP JIWA RASA YG MENGUGAH SELERA SEMOGA Me LEZEN. SALAM HORMAT DARI BANDUNG HATUR NUHUN..
@FirstNameLastName-hq3db
@FirstNameLastName-hq3db 2 жыл бұрын
Terbaik mee bandung🤩🤩
@asyrafzainuddin
@asyrafzainuddin 2 жыл бұрын
Manis senyuman tuan kedai😆😆
@farizman4882
@farizman4882 2 жыл бұрын
Datang kedai pakcik saya warong mi Bandung...dekat felda Kledang gugusan Adela kota tinggi Johor
@hannyaalong
@hannyaalong 7 ай бұрын
Sy baru pergi 2 hari lepas. Mmg sedap....xde lebih, xde kurang....perfect
@farahqurashiyah4671
@farahqurashiyah4671 6 ай бұрын
alamat penuh kt mana ni tuan?nk pergi gak ni
@hannyaalong
@hannyaalong 6 ай бұрын
@@farahqurashiyah4671 search je SS corner...parit bugis..follow je cik man tu ckp ap.. Search je ap dye ckp tu..
@ezharbakar8732
@ezharbakar8732 2 жыл бұрын
Cadangan cari pembuat telur pindang, mee siput, nasi beringin, nasi beriani gam, burasak, otak otak Muar or otak otak kempas, sate Muar
@LucasTomy
@LucasTomy Жыл бұрын
Ni btul origatogozaimas muo ni brader ni
@luffman2677
@luffman2677 Жыл бұрын
This is real mee bandung.plus chili jeruk...yumeee
@izdor71
@izdor71 2 жыл бұрын
Moga ada rezeki, Insya Allah dpt merasa mee bandung Muar ni..aamiin..
@hahadib
@hahadib Жыл бұрын
Harap DTV dapat g warung mee bandung muar yang lain jugak yang lain resepi guna udang huhu yang tu confirm lagi surrrrr tapi terbaiklah serius baru tahu gak kat muar ada yang mee bandung guna kacang terbaik👍👍👍
@antiKAPIR_laknat
@antiKAPIR_laknat 2 жыл бұрын
salam destinasi tv ..saya suka sangat tengok resepi resepi tok ni ..best n layan 👍🏼 ,teruskan ..
@a2schanel295
@a2schanel295 2 жыл бұрын
Mee Bandung Muo ni bos ada lawan kah👍👍👍👍👍kalau dekat pekan/bando muo pun ada yg ori spt mee Bandung Abg sayang dan gerai sebelah nye dekat bustand bp sebelah muo trade centre,mmg therbaeeeek
@alilmohd
@alilmohd Жыл бұрын
Mmg terbaik. xsia2 dtg jauh2. Review jujur. Padu bak hang....
@mohdraqid6890
@mohdraqid6890 2 жыл бұрын
Susah nk jumpa mee bandung yg rsa mcm zaman dlu2 punya yg ada ckp muar bazar aka abu bakar hanafiah padu tp aku rsa boleh lah cuma udang n daging dia kecik2 je tp zaman dlu mmg power kedai tu..
@adlilutfi6039
@adlilutfi6039 2 жыл бұрын
terbaikkkkk👍👍
@o6fivmad86
@o6fivmad86 2 жыл бұрын
Fendi memang terbaikk 👍👍
@TheCtyarn
@TheCtyarn Жыл бұрын
Terbaiklah.. org utara pun suka mkn... tiap kali buat pasti licin..
@jundialkahfi7890
@jundialkahfi7890 2 жыл бұрын
Wah mantap cik, km dulu sering makan mie Bandung di Bakri Muar
@jana7x514
@jana7x514 2 жыл бұрын
mana² dekat area kampungkn kebanyakkannya mesti sedap2
@user-tr8sx4cw9i
@user-tr8sx4cw9i 2 жыл бұрын
terbaik...
@saffuansulaiman8547
@saffuansulaiman8547 Жыл бұрын
Mmng padu mee bndng muar bndr diraja ini mcm👍👍👍👍👍👍👍👍👍 Rmai² la prgi mkn..mmng sdp ini mcm👍👍👍👍
@rayzain3057
@rayzain3057 Жыл бұрын
Masa bertugas diMuar memang selalu maka di kedai Wah San jalan Abdullah.
@NazMalaya
@NazMalaya 2 жыл бұрын
Biasa mkn mee bandung tambah lada hijau ceruk potong...lagi padu
@kakitiub9361
@kakitiub9361 2 жыл бұрын
Fav dowhh mi bandunh muar
@rosmawatyahmad2197
@rosmawatyahmad2197 2 жыл бұрын
nampak sedapppp sangat
@sarahaida4239
@sarahaida4239 Жыл бұрын
Ala..terliur pula teringat zaman 80an mee bandung mak limah kat tepi bus stand muo..
@WifeMohdsazianisapian
@WifeMohdsazianisapian Жыл бұрын
mee bandung ni bahannya tak banyak tapi cara memasaknya tu buat rasa berbeza2 ,,apabila tengok ada kacang tanah betulla mee bandung muo,,daaappp nyerr,,blk kg kang nak cari kedai brader ni
@raziahzain2350
@raziahzain2350 2 жыл бұрын
Fendi mkn kita tgk selera 😋😋😋
@rosnanimohd6724
@rosnanimohd6724 2 жыл бұрын
bestt nye .nk kena gi muar ni
@KEROPFAIS
@KEROPFAIS 2 жыл бұрын
terbaek laa fendi 👍👍👍👍
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Жыл бұрын
Mee Bandung , terbaik tu....👍🤓
@hartinasuratan4614
@hartinasuratan4614 Жыл бұрын
Hu sedap nya terima kasih banyak banyak perkongsian
@izamurni
@izamurni Жыл бұрын
Mee bandung muo dekat depan sek sains muo la Best.. Kampung saya.. Rindu betul.. Tak merasa dah skrg.. Dok perak dah.. Huhy
@mohdyusuf5246
@mohdyusuf5246 Жыл бұрын
Terbaik mee bandung johor...
@mrezan9547
@mrezan9547 2 жыл бұрын
Mee bandung dia ni mmg sedap.
@KemaihCendoi
@KemaihCendoi Жыл бұрын
bgus la abg ni...muka snyum baik je.🙌 semoga lbih brjaya
@miaariyanti5742
@miaariyanti5742 Жыл бұрын
Mie bandung itu rasanya pedas manis,saya suka makan di kedai Thailand.pernah juga jadi tukang masak ikut orang Johor
@OppoA-mv2th
@OppoA-mv2th 2 жыл бұрын
MCM kenal je hihi...lama x pergi sana sebalah2 kedai runcit sempang parit nombor 5
@user-tr8sx4cw9i
@user-tr8sx4cw9i 2 жыл бұрын
kuali mantap...
@azeizulsam9093
@azeizulsam9093 2 жыл бұрын
DTV boleh cuba datang ke batu pahat. Cuba mi racun jalan sultanah di belakang bomba. Ada beberapa kedai mi racun di bp, tp tak boleh lawan yg ini.
@akmalrazak7620
@akmalrazak7620 Жыл бұрын
Btl bang sedap woo.. 1st time mkn tahun 2013 sb meeting kt b/pahat n x smpat nk mkn kt kedai. So bgkus mkn kt hotel, skali lupa nk amk sudu garfu. Smpai bilik, mkn pki sudu plastik kecik yg buat kacau kopi tu.. gila mengarut, tp mee racun pny psl.. layann😅.menggamit kenangan sgt
Rempeyek Ranggup Aneka Kacang | Resepi Tok Johor
29:09
DESTINASI TV
Рет қаралды 588 М.
Happy 4th of July 😂
00:12
Alyssa's Ways
Рет қаралды 68 МЛН
I Can't Believe We Did This...
00:38
Stokes Twins
Рет қаралды 133 МЛН
Little girl's dream of a giant teddy bear is about to come true #shorts
00:32
Makan Kulit Lembu Lebih 5 Tahun! | Resepi Tok Johor
24:15
DESTINASI TV
Рет қаралды 382 М.
Mee Badung Muar Asli memang sedap!
14:00
Azlita Masam Manis
Рет қаралды 161 М.
NASI AMBENG WARISAN JAWA
4:56
Buletin Samt 38
Рет қаралды 19 М.
Sate Juadah Sarapan Pagi Di Muar?! | Resepi Tok Johor
23:51
DESTINASI TV
Рет қаралды 248 М.
Daging MENTAH, Boleh Makan Ke? | Resepi Tok Kedah
24:22
DESTINASI TV
Рет қаралды 178 М.
Happy 4th of July 😂
00:12
Alyssa's Ways
Рет қаралды 68 МЛН