Рет қаралды 16,074
Salam satu Hobi Outdoor.video kali ini memaparkan aktiviti saya menjala di tepi pantai bersama wife.Jenis ikan tepi pantai yang dapat di jala adalah ikan belanak,anak ikan senangin,ikan todak dan ikan2 kecil yang lain.Ikan2 ini saya proses buat ikan masin.sangat mudah cara nak buat ikan masin.Saya letak garam sedikit saja sebab tak nak masin sangat.Ok sahabat semua selamat menonton.Terima kasih pada yang sudi menonton dan support video2 saya ya."Nak ikan jangan takut basah dan kotor"..selamat menonton....FRUGAL OUTDOORS
Setup in this video :
Jala panjang 10 kaki dan size mata jala adalah 1.5cm
Redmi Note 10 pro camera
Tripod Weifeng WT-3110A
Follow our Social Media :
FacebooK : jomredah.jomredah
Instagram: halim_jomredah
Tik Tok : vt.tiktok.com/ZSe1evVEF/
My email address : jomredah@gmail.com
Video editor : filmora 9
Custom intro animation creator panzoid.com/tools/clipmaker?c...
Audio Trimmer MP3 Cutter audiotrimmer.com/#
jangan lupa subscribe ,like dan coment..terima kasih
tides4fishing.com/as/malaysia/klang
ng4il.blogspot.com/2016/04/10-musim-edaran-air-laut-mengikut.html
tin-beskut.blogspot.com/2014/02/ilmu-maritim-melayu.html
Ilmu maritim Melayu ini menghuraikan secara terperinci tentang kriteria-kriteria air laut mengikut pecahan musim yang di namakan musim-musim edaran air laut. Dalam sebulan (30 hari mengikut sistem kalendar Hijrah) ,sifat air laut ini terpecah kepada 10 musim edaran (setiap musim edaran meliputi 3 hari). 10 musim edaran ini pula terpecah kepada 2 pusingan, iaitu pusingan pertama - dari 1 hb hingga 15 hb Hijrah. Pusingan ke dua pula bermula dari 16 hb hingga 30 hb Hijrah.
Pusingan Pertama
1. Air Pasang Besar Peringkat 1 (1,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong Kecil (4,5 dan 6 hb ).
3. Air Pasang Mati (7,8 da9 hb).
4. Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5. Air Pasang Besar peringkat 2 (13,13 dan 15 hb).
Pusingan ke Dua
6. Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 16,17 dan 18 hb).
7. Air Menyorong Kecil (19, 20 dan 21 hb).
8. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
9. Air Menyorong Besar (25, 26 dan 27 hb).
10. Air Pasang Besar Peringkat 2 (28, 29 dan 30 hb).
Kriteria-kriteria mengikut musim edaran
Air Pasang Besar Peringkat 1 dan 2.
-Paras timpas (minima) yang sangat rendah ketika surut.
-Paras maksima sangat tinggi waktu penuh.
-Pergerakan arus yang sangat laju ketika air pasang.
Air Menyorong Kecil dan Air Menyorong Besar.
-Paras timpas dengan kedalaman sederhana (lebih tinggi sedikit dari musim air pasang besar).
-Paras maksima dengan ketinggian sederhana pada waktu penuh (kurang dari paras penuh waktu musim air pasang besar).
-Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.
Air Pasang Mati.
-Paras timpas agak tinggi berbanding musim edaran sebelumnya.
-Paras maksima yang agak rendah waktu penuh.
-Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.