Рет қаралды 3,357
Orang Asli VS Sukarelawan
Sabtu lepas aku ke Kampung Orang Asli di Manang. Dalam perjalanan aku terserempak dengan Cikgu Sukarelawan yang sedang mengutip barang-barang yang dibawanya jatuh ke jalan.
Aku berhenti motor dan membantunya. Sempat bertanya dan berbual. Aku bantu bawa barang-barangnya ke kampung orang asli.
Jarak rumahnya ke kampung orang asli 50km. Ulang alik naik motor kerana kerera tak sesuai. Aku memang simpati pada dia, sebab aku dah pernah melaluinya.
Sesampai di sana, ramai pelawat datang membawa barangan untuk di beri kepada orang asli. Maka orang asli mewah dengan makanan, pakaian dan duit.
Sukarelawan atau pejuang sapa pun tak pandang. Walaupun dia seorang guru sekolah, namun pengorbanan dia setiap sabtu dan ahad datang mengajar TIDAK DIPANDANG LANGSUNG.
LINK VIDEO :
Aku tau hangpa akan cakap ganjaran pahala besar. Itu bagi orang Islam tapi macamana bagi bukan Islam.
Senang cakap macam inilah. Setiap hari gaji, majikan atau tokey anda cuma membaca doa saja tanpa memberi duit. Takkan hangpa nak marah kot.
Hangpa mesti cakap bahawa membayar gaji itu wajib setelah siap bekerja.
Macam kami sukarelawan buat kerana fardu kifayah. Kalau kami tak buat, sehingga memudaratkan masyarakat maka semua orang akan berdosa.
Namun hangpa cuma sedekah doa saja kat kami. Sebab hangpa pikiaq, di akhirat Allah akan membalasnya.
Bagaimana dengan makan dan minum kami. Kekadang kalau pi tolong orang accident yang jauh, maka banyak belanja yang kami kena korbankan.
Namun dah nama pun sukarela. Suka atau tak suka kena rela.
Aku dan sukarela orang asli tu ada membuat video youtube untuk mencari dana. MENURUTNYA nak minta subcribe percuma pun amat payah hangpa nak bagi. Apatah lagi nak minta derma ?
Hangpa takut kami jadi kaya ka ?
Kami tak cemburu hangpa derma kat orang asli TAPI hangpa buka mata sama tengok kami.
KZbin channel aku baru 700++ nak dapat 1000 subcriber pun jenuh.
Tolong Tolong Tolong subcribe share like dan komen.
Semua percuma saja. / karlisahalim