Рет қаралды 5,841
Siasatan di tapak nahas tragedi MH17 oleh pasukan Malaysia termasuk pasukan antarabangsa sudah dihentikan sepenuhnya sementara menanti ketegangan beberapa pihak di antara Kerajaan Ukraine, Rusia dan kumpulan pemisah pro Rusia, REDA.
Namun, akses yang terhad di lokasi, bukan perkara baru kerana sejak hari pertama tragedi, kesukaran sudah dilaporkan untuk pasukan keselamatan masuk ke lokasi nahas kerana di kawal oleh puak pemisah walaupun ada jaminan keselamatan di pihak sama.
Menanti keadaan kembali tenang, nampaknya agak sukar kerana kerajaan Ukraine dan Rusia mula bertindak agresif dengan menuduh antara satu sama lain sebagai pencetus kepada masalah geopolitik di Timur Ukraine sekali gus meyukarkan siasatan siapa menembak MH17.
Berkongsi kesukaran pasukan khas Malaysia, kami jemput ke studio Dr Muhamad Akmal Saleh. Beliau merupakan penterjemah untuk pasukan penyiasat MH17.