Kisah Jemaah Tak Jumpa Jalan di Tanah Haram

  Рет қаралды 505,351

ML Studios

ML Studios

Күн бұрын

Orang kata kalau cakap besar di Tanah Haram, Allah akan bayar cash.
Kalau korang mencari tasbih, ni ada tasbih yang berkualiti shope.ee/8p99O...
#arif_sukri #gayahidup

Пікірлер: 634
@nadirahabidin2614
@nadirahabidin2614 4 жыл бұрын
Masa saya tawaf, saya terpisah dengan family saya. Masa tu ramaaai sangat orang. Dalam hati saya tak berhenti doa “yaAllah lindungila aku, jaga aku yaAllah” lepas tu tetiba betul betul sebelah saya ada makcik yang sama group dengan kami, saya terus pegang tangan dia and tawaf sama sama. Lepas 2 pusingan, dia lepaskan tangan saya sebab dia dah habis 7 pusingan. Saya ulang doa saya, and tetiba ada perempuan tinggi pakai purdah tepuk bahu saya dari belakang “sister May i hold your shoulders”, sepanjang tawaf tu dia pegang bahu saya. Kami tawaf sampai betul betul sisi kaabah, dan sesaaak sangat. Bila ada orang tolak tolak dia peluk saya, protect dari kena siku or bahu orang arab. MasyaAllah, dia teman saya tawaf, sampai tawaf saya selesai :’)
@lailashahzreen
@lailashahzreen 4 жыл бұрын
terharunya... allahu
@oppositedirection9935
@oppositedirection9935 4 жыл бұрын
Malaikat kot
@MrCoff33
@MrCoff33 4 жыл бұрын
ALLAH MAHA BESAR
@noans3663
@noans3663 4 жыл бұрын
Tersentuhnya baca lagi2 part "sister may i hold your shoulders", mcm seolah2 lega habis dah kat situ
@syaminiamran1683
@syaminiamran1683 4 жыл бұрын
Ya allah , terharunyaaa . Semoga kita semua dpt menjejakkan kaki ke tanah suci mekah . Aamiin
@pelitainsani
@pelitainsani 4 жыл бұрын
Terima kasih geng untuk komen korang. Kalau ada benda nak aku sharing lagi lepas ni komen. Insya-Allah ada masa aku cuba sampaikan konten tu untuk next video.
@arifirfan1830
@arifirfan1830 4 жыл бұрын
Tapi sedih ada orang tekan dislike😔
@TheHusfee87
@TheHusfee87 4 жыл бұрын
Terbaikkkkkkk lah... Tettiba rasa rindu untuk melawat Rasulullah saw... Teringin untuk pergi lagi.. Seronok beribadah disana... Pengalaman saya ketika dimadinah, saya tidak tahu di mana laluan ke raudhah dan tiang2 di dalam tu juga ade tanda2 tertentu.. Tu pun tahu lepas baca buku panduan.. Maybe arif boleh bercerita tentang raudhah pula..
@topazz8653
@topazz8653 4 жыл бұрын
Igtkn alif syukri. Haha
@amirulahmad9085
@amirulahmad9085 4 жыл бұрын
Done Subscribe chanel arif sukri
@noramira7347
@noramira7347 4 жыл бұрын
Cerita lagi. Nak lagi pleaseee
@mh8186
@mh8186 4 жыл бұрын
Ml studio klu boleh banyakkan lagi content islamic mcm ni.
@MrMask-be2cz
@MrMask-be2cz 4 жыл бұрын
adakah apabila sesuatu content itu ia bercerita tentang kaabah, islam, masjid, dsb, barulah dikira islamik? adakah content2 seperti penjagaan kesihatan, alam sekitar , dsb, tidak dikira islamik? adakah?
@ismailhakimibrahim8078
@ismailhakimibrahim8078 4 жыл бұрын
@@MrMask-be2cz ya
@MrMask-be2cz
@MrMask-be2cz 4 жыл бұрын
@@ismailhakimibrahim8078 ouh, jadi islam tak menitik beratkan kesihatan? kesihatab dan islam adalah benda yg terpisah?
@ismailhakimibrahim8078
@ismailhakimibrahim8078 4 жыл бұрын
@@MrMask-be2cz Islam menitikberatkan kesihatan. Tidak, tidak terpisah.
@yophahhahahm6914
@yophahhahahm6914 4 жыл бұрын
kite bukan sekular
@user-pv8uo9ex4y
@user-pv8uo9ex4y 4 жыл бұрын
Right now my mom doing Umrah.I hope Allah accept her umrah and her prayer and protect her
@Vorfreude7
@Vorfreude7 4 жыл бұрын
独眼竜Ryu Aminn
@putraalifnorazlan4144
@putraalifnorazlan4144 4 жыл бұрын
*Right now
@user-pv8uo9ex4y
@user-pv8uo9ex4y 4 жыл бұрын
@@putraalifnorazlan4144 thank you
@niknurafiqah5820
@niknurafiqah5820 4 жыл бұрын
my parents too. Semoga dipermudahkan urusan semuanya 😊
@zuddtraXR
@zuddtraXR 4 жыл бұрын
Sama la mak saya pun sama
@aliah6002
@aliah6002 4 жыл бұрын
Ada abg saya citer.. Seorang kwn dia citer yg isteri dia xnmpk kaabah. Even dh depan dia tu kot..lepas solat taubat apa smua.. Bru la nmpk.. Rupanya..dia brniat ke sana utk shopping..so pasang niat betul2 ye kawan2 semua 😊😍😄
@jjongmonn
@jjongmonn 3 жыл бұрын
Orang gi sana nak tengok kaabah,ni gi shopping😂😂
@dr.strange2041
@dr.strange2041 4 жыл бұрын
Allahuakbar mudahan² sesiapa yg baca komen ini Allah permudahkan mereka pergi ke Makkah Amin...
@efc2438
@efc2438 4 жыл бұрын
Ameen
@aishnabiltommy3053
@aishnabiltommy3053 4 жыл бұрын
Ameen
@nurhafizah6641
@nurhafizah6641 4 жыл бұрын
Aamiin
@mohdfaridzul8581
@mohdfaridzul8581 4 жыл бұрын
Amin
@user-fk3dr6uv8g
@user-fk3dr6uv8g 4 жыл бұрын
Dr. Strange amin
@Harris-oz2ve
@Harris-oz2ve 4 жыл бұрын
saya teringin nk bawak mak ayah saya ke mekkah , doakan supaya mak ayah saya dapat pergi ke mekkah 🥺
@n_a9235
@n_a9235 4 жыл бұрын
InshaAllah... Ada rezeki tu.. #otw tu.. Sabar tunggu...ye..🙏
@eqcell
@eqcell 4 жыл бұрын
Amin in shaa Allah
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 4 жыл бұрын
insyaAllah akan ada rezeki nanti...
@ItsRyuuuu
@ItsRyuuuu 4 жыл бұрын
Amin...
@taufiqiman_
@taufiqiman_ 4 жыл бұрын
Sons Comell ameen ameen ya rabbal a’lameen
@nasir110875
@nasir110875 4 жыл бұрын
Assalamualaikum, ni pengalaman diriku sendiri, waktu pertama kali sampai ke hotel ada satu peta terpampang di dinding hotel, masa aku lihat peta mekah tu hati terdetik " taklah besar mekah ni", dan itulah kesilapan aku, setelah itu aku terus menuju ke masjidil haram utk buat tawaf, masa tu aku buat sehinggalah aku keluar masjid, ketika itu aku jalan dan terus berjalan, hala jalan menuju ke hotel tak jumpa, subhanallah, saat tu lah aku tahu aku telah buat silap, masa tu kaki macam dah nak tercabut, melecet, penat, takut dan macam2 perasan ada, lps tu ada duduk istigfar toleh kiri kanan, tak de satu pun muka melayu, dlm hati aku tau aku telah buat silap, macam ada dorongan suara di hati untuk masuk semula dlm masjid, aku ikut, tiba depan kaabah hati bersuara lagi untuk buat sunat taubat, aku ikut lagi, subhanallah selepas aku beri salam, aku terasa hati nak ikut ke satu pintu keluar, dan setelah itulah baru aku nampak ramai jemaah haji dari Malaysia, pengajaran yang aku dapati ialah ketika di tanah suci, jagalah hati, zikir terus menerus, sekian. Wallahuaklam
@TheTruthExposing
@TheTruthExposing 4 жыл бұрын
wsalam, kisah saya pon sma tpi sisi lain.. hati klu ada sekelumit riak Allah bgi trus.. mse nk cium hajar aswad pertama kali dpt sbb penuh doa "Ya Allah aku nk cium hajar aswad klu xdpt pon xpe" Alhamdulillah dpt cium dgn mudah Allah bgi.. terdetik dlm hati xsusah mana nk cium.. pstu dlm hati try cium kali kedua.. mse ni mmng teruji betul payah nk cium tpi Allah bgi rezeki kali kedua cium tpi mse ni terjatuh kt bawah ada orng tolak badan xbalance.. mse jatuh dh pikir arwah sbb ramai orng mmng susah nk bangun mmng boleh meninggal sbb smua jemaah pakat nk cium hajar.. smua tk perasan.. and dlm hati teringat prkataan riak dan mse ni dh mengucap bertaubat.. Alhamdulillah Allah bgi peluang dpt bangun balik.. dn sya trus kluar banyak istigfar dan solat taubat takut betul.. dan xnak dh cium mngkin Allah nk tnjuk jgn riak dlm hati dn bgi pluang pd jemaah lain
@reeerinn
@reeerinn 4 жыл бұрын
We need content like this more!!!seronok dengar
@nuruladilah4263
@nuruladilah4263 4 жыл бұрын
Agree
@hambadia8058
@hambadia8058 4 жыл бұрын
bravo, exactly, absolutely, indeed, affirmatively, yes, correct, excellent
@zalhasmiyofficial478
@zalhasmiyofficial478 4 жыл бұрын
Yessssssssssssss
@efc2438
@efc2438 4 жыл бұрын
Best bro
@haziqah1582
@haziqah1582 4 жыл бұрын
Setujuu
@MrBudaxpening
@MrBudaxpening 4 жыл бұрын
My arwah abah...ada jantung...so, time dia nak pergi Turkey dgn buat umrah sekali...aku duk kt U...risau xtau nak ckp..nangis² aku sbb risau abah.. Time nak landed kt Turkey..abh aku kena heart attack tp dpt dikawal. Tp time nak pi Mekah...elok jer...ada satu cerita best..abg ipar abh ak ni, xjumpa selipar..dia jalan kaki, tp duk menjerit² kata lantai panas (tp mmg panas time tu). Abh bg selipar dia, dia elok jer jalan kaki..kata xpanas..sejuk jer. Lagi satu, abh ni, mana² ruang nak solat, senang jer dpt...biasanya bsesak²...sempit...tp abh cerita, dia x pun. Mana dia rasa nak solat, ada jer tempat...kdg² siap ada mcm ada org duk tggu abh ..simpan tmpt utk abh. Kalau ikotkan, niat abh mmg nak gi haji...tp xdpt sbb risau jantungnya. Tp tu lah...bonda ak pun cerita, abh kalau time umrah tu, abh bnyk dpt peluang² yg jarang org dpt. Syukur.
@khaikyo6079
@khaikyo6079 3 жыл бұрын
Ya Allah.. 😭 disana, KITA JANGAN SESEKALI PERNAH BERLAGAK & CAKAP BESAR 😭
@awathabaq3103
@awathabaq3103 3 жыл бұрын
Haah
@wawaleha4957
@wawaleha4957 4 жыл бұрын
Teringin sangat nak pergi. Teringin nak bawak parents sebenarnya dengan hasil titik peluh empat kerat ni kumpul duit utk umrah. Aku target tahun depan. Harap tuhan permudahkan semuanya
@TheTruthExposing
@TheTruthExposing 4 жыл бұрын
Aamiin smoga dipermudahkan.. sya btul rindu nk prgi sna lgi tngok kaabah, makam nabi dan raudah pengalaman xkan dilupakan
@fitrisuhaimi4670
@fitrisuhaimi4670 4 жыл бұрын
betul la doa dulu... D - doa U - usaha I - istiqomah T - tawakal
@thejokerisme1978
@thejokerisme1978 4 жыл бұрын
Kat Mekah/Madinah, Allah bagi cash trus. Kat Malaysia, !Allah bagi hutang. Riak skang, balasan pasti lambat/cepat je.
@botak6528
@botak6528 4 жыл бұрын
hutang bahaya tu bang, shahid tak diterima bang😂😂
@RieezK
@RieezK 4 жыл бұрын
@@botak6528 aku rse dia bukan ckp hutang duit
@rohana30
@rohana30 4 жыл бұрын
@@RieezK tulah pasal... Tiber..
@bengkungdara7655
@bengkungdara7655 4 жыл бұрын
@@botak6528 mana tau syahid org yg berhutang xditerima?..jgn main langgar je bang..cuba rujuk ustaz uai dia ada terangkan..apa2 pun brader atas tu ckp hutang psl lain ye
@rohana30
@rohana30 4 жыл бұрын
@@bengkungdara7655 cik... Mmg org yg mati syahid tapi berhutang mmg tk boleh masuk syurga terus... Awak yg tk fhm dn belajar nie..
@chillax9691
@chillax9691 4 жыл бұрын
Kalau dah sampai tanah haram, jangan cakap besar. Apa yang kita cakap senang nak makbul. Kalau cakap makanan tak sedap, selama kau kat sana lah makanan tu tak sedap. Macam pengalaman aku, lepas habis solat isyak teringin nak bungkus makanan kat clock tower. Nak jadikan cerita, aku order macam byk makanan. Lepastu aku cakap, kalau ada orang datang nak makanan, aku bagi je lah sedekah. Tup , tup tak sampai 5 minit aku cakap macam tu, tetibe ada orang arab ni tgh dukung bayi datang. Dia mcm bagitau dia dgn anak dia tak makan (dia cakap arab, tapi paham la body language dia tu). Lepastu, aku terus bagi makanan yang aku mmg niat nak sedekah tadi. Punya lah hebat kuasa Allah. Dia maha mendengar.
@alifwan99
@alifwan99 4 жыл бұрын
Pengalaman aku dulu masa buat saie dengan mutawif. Then dia cakap lah "penat penat ni kalau dapat kurma sedap ni" then last round tu ada orang tepi tepi tu bagi free kat kitorang satu bekas banyak. Kurma sedap pula tu.
@noone-mt9ut
@noone-mt9ut 4 жыл бұрын
Alifwan kalau macam kita doa kat sana kita nak ps4 . dpt x?
@alifwan99
@alifwan99 4 жыл бұрын
@@noone-mt9ut entah lah nak. Cuba lah dapat ya dapat tak dapat ya tak dapat.
@farstarz91
@farstarz91 4 жыл бұрын
@@noone-mt9ut yg makbulkn tu kn Allah.
@mamekuti4044
@mamekuti4044 4 жыл бұрын
Yakin dngn Allah
@ayonal-qodahi3327
@ayonal-qodahi3327 3 жыл бұрын
@@noone-mt9ut InshaAllah dapat Dik.. Yg penting ikhlaskan hati dan yakin pada Allah, doa dan tawakal k?
@ftnsyhrhh
@ftnsyhrhh 4 жыл бұрын
Mulut kena jaga, ya allah hebatnye tanah suci😭😭
@hazwanisaad3387
@hazwanisaad3387 4 жыл бұрын
mak saya ada seorang kwn. cth nama nya makcik minah. sebelum makcik minah sekeluarga pergi umrah, dia dh doa, niat siap2, dia ckp dia doa ya allah aku nak duk lama sikit kt tanah suci. Ditakdirkan allah.. suami nya meninggal di tanah suci.. betul2 allah bg dia duk lama kat sana.sebulan dia kat sana selepas suami dia meninggal.. keberatan nak balik. lps sebulan..anak nya ckp.. mak.. mak doalah kita dpt balik cpt2.. allah mudahkan urusan kita nak balik msia ni.. slps dia doa tu..esoknye terus dpt balik msia.
@hadiwuu6147
@hadiwuu6147 4 жыл бұрын
Kenapa kena stay sebulan kt sana?
@user-lb4em6od3l
@user-lb4em6od3l 4 жыл бұрын
best nya , doa cpt sgt termakbul 😭 doakan kita semua antara jemaah yg akan dpt pergi ke mekah madinah.. tuk buat umrah atau haji ❤️
@hazwanisaad3387
@hazwanisaad3387 4 жыл бұрын
@@hadiwuu6147 sbb perasaan dia keberatan nak balik seolah mcm tnggalkan arwah suami dia kt sana.. & mmg allah izin sbb dia mmg dh doa kan.. & ada org (family/sdara mara) sponsor penginapan & sbgnya. tp tu lah.. doa dia mmg makbul.. cuma cara allah kita xkan pernah sangka kan.. .(suami meninggal)
@hadiwuu6147
@hadiwuu6147 4 жыл бұрын
@@hazwanisaad3387 ooo
@beyoung7925
@beyoung7925 4 жыл бұрын
Nk Ps4 pun bleh Xbox pun bleh Iphone pun bleh..
@miyacampbell2546
@miyacampbell2546 4 жыл бұрын
cerita pasal jemaah sesat, tiba2 aku teringat baru2 ni aku pi umrah. waktu pagi dalam pukul 2, aku ngan kakak aku turun nak buat tawaf sunat. kami pun pi la buat tawaf sunat. dah lepas pusingan ketujuh tu, aku doa la kat Allah, teringin nak kucup hajarul aswad, berilah kesempatan untuk kami kucup hajarul aswad. dekat hajarul aswad tu memang ramai orang bertolak2 nak kucup, so kitaorang cam cuba nasib la, kalau dapat kucup, alhamdulillah. kalau tak dapat kucup pun takpe, tak wajib pun. bila kami dah masuk dekat tempat hajarul aswad tu, orang memang bertolak2, jadi kami pun ingat nak berundur la, sebab terlalu sesak yang amat. tapi tiba2, ada 2 orang wanita dari indonesia ni tolong kami, mudahkan jalan kami. tapi 2 orang indon tu kasar dekat orang lain, merempuh ikut sesuka hati dia. masa nak ke hajarul aswad tu, memang rasa cam nak mati, orang bertolak2 dah ada orang tarik nametag yang aku pakai, memang tercekik kejap. Kakak aku sampai telekung dia tertarik. Seram bila teringat balik. Tapi alhamdulillah, dapat kucup hajarul aswad waktu tu. memang mengalir air mata aku. lepas tu, 2 orang indonesia yg tadi tolong kami tadi, tarik kami bawak kami ke tempat wanita ceruk mana tah. kami ingat dorang ikhlas tolong, rupanya dorang mintak hadiah. 100 riyal seorang. aku memang tak sedap hati dah, hati ni rasa mcm nak je tampar dorang tapi ku sabar wahai jebat. berbekalkan 50 riyal je yang kami ada waktu tu, kami bagi dorang 50 riyal tu. dorang tak puas hati juga, dorang sampai mintak no telepon n hotel mana kitaorg. nasib baik kitaorg tak bagi. kitaorg cakap, lepas subuh, tunggu di hotel safwa, berhampiran toilet lelaki. kami akan bagi yg selebihnya di sana. memang lepas subuh tu kitaorg tunggu sampai pukul 7, dorang tak datang2. memang bukan rezeki diorang la kot. actually pengajaran yg aku dapat sebenarnya, doa kita tu kita kena betul2 specific. macam2 bentuk Allah boleh makbulkan.
@Xyzien
@Xyzien 3 жыл бұрын
Peh klau ak jdi kau lah ak x byr prmpuan tu, dah sape sruh dia tlg klau nak bg upah adakang makan selipar ni.. eyy,mcm lah diorg boleh buat bnde x elok kat kau en so rileks ah..(tapi tu lah nak brterima kasih la sikit,kne la gak brtmbg rse bg upah tp sumpah rse nak bagi diorg mkn selipar srs)
@user-fz5wn4jy4i
@user-fz5wn4jy4i 4 жыл бұрын
insyaAllah Jumaat 6 December ni saya berangkat menunaikan umrah.....saya doakan anda semua dirahmati di sisi Allah dunia akhirat......minta tlg doakan umrah saya selamat pergi dan balik, dan semoga semuanyaa lengkap sebaiknya dan diterima.... 😢 First time pergi...
@RRizalRoveca
@RRizalRoveca 4 жыл бұрын
Smoga d permudahkan , amin
@Dudaaanak10
@Dudaaanak10 4 жыл бұрын
amin..semoga dipermudahkan segala urusan disana,pergi dan balik
@keyrulazmi4122
@keyrulazmi4122 4 жыл бұрын
Doakan saya anis bt alias dapat dijmput allah utk sy dn ibu kesana stu hri nti.amin..
@farhanhakim8651
@farhanhakim8651 4 жыл бұрын
Aku ingt bro ni jnis yg sport content. Tpi die mutawwif umrah weii
@harithizzuddin
@harithizzuddin 4 жыл бұрын
Don't judge a book by its cover.Kena jugak tengok isinya sekali bro
@angahbg9089
@angahbg9089 4 жыл бұрын
Mmg selalu jgak budak2 sports yg pegi jadi sebab dorang nak jaga orang kat sana kena fit2
@sunshineisstay8098
@sunshineisstay8098 4 жыл бұрын
@@harithizzuddin ye la, sebb before this dia slalu citer sports je...bukan judge pnampilan dia
@maeofficial6021
@maeofficial6021 4 жыл бұрын
tlg doakan impian hidup sy yg pertama dalam hidup ni... Aku nak bwk mak aku pegi mekah... Tlg doa guys
@moonstar9555
@moonstar9555 4 жыл бұрын
Hmm betul....salalu org ckp usaha la dlu, pastu bru doa dan tawakal.sdgkan stiap apa perbuatan kita,kita kena minta dulu dgn Allah..hmmmm.. salah la saya slama ni..m
@nikzikry604
@nikzikry604 4 жыл бұрын
DUIT Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal
@istinggar
@istinggar 4 жыл бұрын
Doa dan tawakal itu sendiri termasuk dlm usaha itu sendiri. Gerak usaha tu la doa dan tawakal.
@jeffryhudson7009
@jeffryhudson7009 4 жыл бұрын
Sama la.. saya pun mcm Tu.. 🥺🥺
@Tzuyunisz99
@Tzuyunisz99 4 жыл бұрын
Beg sy dulu hilang pastu solat hajat x lama tu ada sy tanya guard perempuan and guard tu yg jaga beg sy. Beg tu ada dlm office guard dia. Alhamdulillah ☺️☺️☺️
@ajmalahmad9103
@ajmalahmad9103 4 жыл бұрын
Alhamdulillah.. sy baru balik dari umrah.. semoga dapat pergi kesana lg.. rindu mekah & madinah
@m.sahmad9672
@m.sahmad9672 4 жыл бұрын
In shaa Allah semoga dipermudahkan urusan utk kesana lagi
@TheTruthExposing
@TheTruthExposing 4 жыл бұрын
sma bru balik rindu ya Allah..lgi dkt mekah klu azan subuh msih trrgiang dan dia pnya environment.. klu madinah makam nabi rindu.. ada 1 cite sya.. hari terakhir dkt madinah nk balik malaysia..nk prgi raudah utk pertama kali nk solat doa dkt situ utk terakhir dkt madinah sblom balik malaysia.. Alhamdulillah Allah perkenan dpt msuk raudah skli solat zuhur rezeki Allah bgi duk situ lama dri kul 11 - 12.30
@h.z1793
@h.z1793 4 жыл бұрын
Pengalaman saya berdoa di tanah suci saya minta seekor kucing dan lebih kurang sebulan selepas balik dari umrah tiba2 ada 2 ekor anak kucing baru lahir atas bumbung rumah and at the end dapat bela seekor je sbb seekor lagi mak dia amik. Mungkin juga sbb minta seekor Allah bagi seekor je. So sesiapa yang pergi ke tanah haram tu jangan stop berdoa inshaallah makbul. Btw kucing tu masih ada lagi sampai sekarang :)
@mustaqimbasaruddin4686
@mustaqimbasaruddin4686 4 жыл бұрын
betul tu bang.. mak saya pesan dekat sana jgn cakap besar sbb memang Allah bagi direct kat kita semula.. Apapun, nak buat haji & umrah ni mmg kena banyak sabar.. apa Allah bagi tu terima je, sabar banyak2..ingat semula dekat Dia, doa banyak2 supaya semua dipermudah
@amnihaziqahh
@amnihaziqahh 4 жыл бұрын
it's all about duit guys. D-doa U-usaha I-ikhtiar / istiqamah / iltizam T-tawakkal
@emieziera5387
@emieziera5387 4 жыл бұрын
Awal tahun 2019 masa aku pegi umrah..tgh beratur nk cop pasport kat jeddah..ada sorang pakcik ni cakap kat aku, macam mana la orang boleh solat atas kerusi sedangkan nikmat solat waktu sujud tu la..dia cakap waktu tu kali kedua dia buat umrah dan sepanjang umur dia sekali pun tak pernah solat atas kerusi..aku diam seribu bahasa sebab masa tu aku bawak mak aku yg ada masalah lutut dan kat sana aku tolak mak aku pakai whellchair..kebetulan masa p.cik tu cakap kat aku, isteri aku yg tolak mak aku dok kat barisan wanita..masa tu dalam hati aku cakap.uiii berani betul pakcik ni cakap, baru jejak kaki ke tanah haram dah mula sembang..sedangkan orang yg solat atas kerusi bukan disengajakan, sakit yg sebabkan orang terpaksa solat atas kerusi bukannya dia yg mintak..kalau diberi kesihatan yg baik semua orang nk solat secara sempurna..
@tenz3748
@tenz3748 4 жыл бұрын
Aq pun penah lalui benda ni...wktu tu aq form 1 ..2017 ..first tu turun kt madinah mmg syok lah..dlm 4 haru lepastu..aq pun plan nk gi jln sorang dkt madinah .habis semua tu aq balik cam biasa takda apa jadi pun...bila sampai ke mekah...aq pun buat la cam biasa ikut orang tawaf kelling kaabah....habis tu orang suruh aq solat...aq pun terpikir rasanya dh batal wudhu time tu..aq pun nk gi ambil wuduk..sekali tempat tu tertutup...aq gi la naik atas guna tangga bergerak tu...abg aq pesan jgn gi lain..tpi aq gi wat pandai...sekali naik atas tak jumpa..aq pun nk turun..jaga kat situ x bagi...sekali aq sesat..bantuan kt situ hanyalah earbud yg ada suara ustaz tu ja ..kadang ii bunyi kadang x...akhirnya dekat setengah jam aq pusing..tempat sama akhirnya aq x jumpa family aq..aq jumpa org yg company sama dgn aq..aaq cakap kat ada nampak group ni x...pastu dia ckp x.dia suruh Aq masuk dlm ...bukit safa pastu keliling ..aqpunpergi la ...sekali headset tdi tiba ii bunyi..pastu hilang..aq pusing lagi tiba ii bunyi pastu hilang dekat 5 kali jugak..kali terakhir aq nk stop..aq dengar headset tu punya suara clear je...bila aq berhenti aq pandang depan..aq ternampak kakak aq huhuhu....time tu cam nak mati dh penat..akhirnya balikk...mak aq tnya time tu tawaf ada niat x ...pastu aq...mmm.....pastu mak aq kata kene wat balik.......mati aq....tnya ustaz ustaz tu kata xpe...akhirnya dpt blik hotel......the end
@khaleedaanithkudus8208
@khaleedaanithkudus8208 4 жыл бұрын
saya tak pernah pergi umrah tapi dekat sini saya ingin berkongsi ttg ayah saya yang pergi ke sana. Saya ingat lagi hari tersebut adalah hari VIVA saya..saya was up ayah tolong doakn agar segala proses pembentangan thesis saya berjalan lancar. Saya mmg mngharapkan keajaiban yg berlaku sebab preparation saya teruk dengan tak tidonya mabuk ketum (high dengan kafein). Waktu present apa yg sy ingat semua terabur...tapi saat komen dari examiner saya tahu Allah telah jawab doa ayah saya di sana. Examiner suka dan puji pembentangan saya..masa tuh hati saya merasa lapang selapangnya. Alhamdulillah sy juga dapat markah yg terbaik. Benarlah saudara tempat suci itu adalah mujarab untuk berdoa.....
@raudht_
@raudht_ 2 жыл бұрын
Saya bukan sapa² cuma mencari saham akhirat. jom selawat 💕 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
@adlanaziz2980
@adlanaziz2980 4 жыл бұрын
Sya baru balik dri tanah suci Mekah,rasa rindu nk prgi balik... Semoga dapat lgi prgi Mekah InShaAllah...
@chelutfi2254
@chelutfi2254 4 жыл бұрын
Thats why nama dia masjidil haram which is kau tak boleh buat “lagha” sesukati hati kat situ sbb balasan on the spot kene 😣😣
@nadzrinpuad1283
@nadzrinpuad1283 4 жыл бұрын
Nama dia haram sebab x bole perang kt tmpt tu.. haram berperang
@IZULHI
@IZULHI 4 жыл бұрын
Mastika buku favourite dulu😂
@user-lb4em6od3l
@user-lb4em6od3l 4 жыл бұрын
sama , dkt umah nenek ad lagi simpan 😂
@mfftv2286
@mfftv2286 4 жыл бұрын
paradox d skrng xdek dah kot kedai kt felda xjual dh 😭😭😭
@IZULHI
@IZULHI 4 жыл бұрын
Dah takde dah😥
@mh8186
@mh8186 4 жыл бұрын
Mastika dh berhenti kluar aq rase, ayah aku x pernah miss beli dulu²
@camaroonlutfi
@camaroonlutfi 4 жыл бұрын
Beli ringtone 3310 kt buku mastika🤣
@tmahadir5076
@tmahadir5076 4 жыл бұрын
Doa kan saya dan keluarga boleh pegi umrah bulan 1 ni..Aminn
@nursyahida7762
@nursyahida7762 4 жыл бұрын
Ade mkck aku 3org adk brdk buat umrah.dkt mekah mkck aku lg sorg ni pegi ckp dlm hati"klu aku tgk burung ni mahu tpisah dgn kakak2 aku" skli btl kakak2 ye xde xjmpe ..pstu mkck aku ni bdoa dkt allah btemukn dia gn kakak2 ye tu,xlme tu ade..kt sne mmg kne jage mulut wlupn ckp dlm hati
@syaminiamran1683
@syaminiamran1683 4 жыл бұрын
TAKBIR !!! ALLAHUAKHBAR ❤️ Semoga satu hari nnti , kita semua dpt pergi ke makkah dan madinah. Aamiin ya allah .
@xmirxzmxn
@xmirxzmxn 4 жыл бұрын
Minggu depan saya & keluarga akan menunaikan umrah. Doakan kami semua 🙂
@nazhujan9121
@nazhujan9121 4 жыл бұрын
ya Allahhhhhh....seronokkk nyaaa.... abang tolong doa kat saya boleh dakk... doa bagi bagi saya dapat peluang macam abang....
@blackelementar
@blackelementar 4 жыл бұрын
Nanges terus tengok video ni. Teringat kenangan gi umrah ngan family dan sedara. Memang banyak benda jadi. Takda la benda buruk buruk. Tapi benda yang nak menunjukkan tentang kekuasaan Allah dan betapa kita perlu menjaga pertuturan, tingkah laku, malah fikiran dan hati. 1. My uncle cakap masa kami nak buat umrah pertama, "kita tinggal selipar ni kat luar. Takyah la bawak masuk dalam gi tawaf. Kot kot ada najis. Nanti dah sudah kita balik amek la, kalau hilang pun takpe la. Niat sedekah" dia kata. Elok kami selesai umrah, datang balik nak amek selipar, mmg my uncle punya selioar takde. Padahal kami semua bungkus semua selipar dalam plastik yang sama. Tapi yang hilang mmg uncle punya je. Hahahaha bantai gelak masa tu. Takpe la.. Memang niat nak sedekah kan. 2. Masa tawaf. Nak pi dekat hijr aswad. Mak tetiba kata. "eeeeh... Cam ramai ngat. Bahaya je nanti" Sumpah masa tu bila mak cakap macam tu, I was liked, aiyaaak mak jgn cakap gitu. Tapi, ye laaah.. Dan dan tu, ntah datang dari mana orang besar besar gila, tinggi tinggi tolak kami dari belakang. Alhamdulillah selamat takda papa. Tapi tu lah. Jaga pertuturan, jaga hati, jaga semua.
@mrraiyan3625
@mrraiyan3625 4 жыл бұрын
Aku mendoakan supaya semua org islam dpt pergi rumah allah ni.mekah...amin...
@herwansofficial
@herwansofficial 4 жыл бұрын
Tengah fikir kenapa 15 orang tu unlike content yang sangat bagus ini .
@123syerah
@123syerah 4 жыл бұрын
Saya baru balik daripada Umrah 3 hari lepas. Memang betul apa Mutawwif ni cakap, tak boleh riak dan cakap besar. Kena selalu jaga hati dan mulut, jangan selalu merungut. Tuhan akan bayar cash kat sana.
@aiman89keshing
@aiman89keshing 4 жыл бұрын
pernah sekali saya berdoa agar saya dapat saf untuk solat fardhu di depan kaabah. ketika selepas saya habis buat tawaf , saf depan kaabah semua penuh. kemudian saya berdoa ketika saya berdiri " ya allah kau berikanlah aku ruang saf untuk aku solat". dengan berapa saat je alhamdulillah saya toleh ke kanan saya nampak ada ruang untuk saya masuk dalam saf. allahu akhbar. masa tu susah nak dapat saf betul2 depan kaabah sbb masa tu minggu hari cuti di tanah arab
@wansyarulnajmee3796
@wansyarulnajmee3796 4 жыл бұрын
sama macam aku..aku tk jumpa abg aku,aku doa je "ya allah jumpakan dgn abg aku balik"...molek je aku aminkan paling belakang terus ade abg aku👐
@aqiladyana1805
@aqiladyana1805 4 жыл бұрын
bestnya content dia! share lagi plis
@yellowrobot5852
@yellowrobot5852 3 жыл бұрын
Memang betul org kata kt mekah kena jaga mulut dan jaga hati. Aku nak share pengalaman aku p umrah dgn family. Ustazah ada Pesan Kalu ada peluang solat jumaat kt mekah, rebut la peluang tu. Bila lagi nak dpt peluang tu, kt Malaysia utk org laki ja. Bila aku cete kt mak, mak ckp tak payah la biar la org laki solat Jumaat. Aku jadi agak frust la jugak. Nak jadi cete jumaat pagi tu aku dan mak terlajak solat sehingga menghampiri waktu zohor, masa tu berpusu pusu org laki masuk masjidil haram. Kebetulan terserempak ayah dan adik. So mak pun jadi join solat Jumaat. Tetiba ada sorg pmpn (aku syak syiah) duduk betul2 depan mak. Wpun dah tegur suruh blah, pmpn tu buat bodo je. Even Minah Arab yang duduk sebelah kami turut tegur pmpn tu pun dia tak berganjak. Kesian mak aku tak boleh solat dgn sempurna sebab tak boleh sujud. Yg buat aku kagum punya la Ramai org kt situ, pmpn tu pilih duduk depan mak. Itu la Allah balas cash terus sebab mak asalnya tak mo join solat Jumaat. Masyallah
@serindit1597
@serindit1597 4 жыл бұрын
Alhamdullilah...saya sgt gembira disana dan madinah. Setiap kali masuk masjid nk cari tpt utk bersolat, saya sentiasa di gamit oleh jemaah2 yg bermcm bangsa dari berlainan negara utk berdiri 1 saf bersama2 mereka. Masyallah, waktu tawaf pun mcm tu gak. Walaupun bersesak, tp x pnh di siku ke, di tolak. Begitu jugak di Raudah, di permudahkan hingga dpt solat tiang Rasullah. Walaupun hilang selipar, hati tetap senang.
@farieqmustapha8481
@farieqmustapha8481 4 жыл бұрын
Niat kena baik, niat kena ikhlas, mulut kena jaga... Harap saudara cerita lagi kisah2 jemaah utk iktibar Kita semua...
@safiyya8424
@safiyya8424 3 жыл бұрын
Subhanallah...jazakallahu khoir Ustaz atas perkongsian. Rindu sungguh tanah suci...😭😭😭
@thooreqzamil5004
@thooreqzamil5004 4 жыл бұрын
Alhamdullilah,sumber yg bermanfaat
@noahismail3884
@noahismail3884 4 жыл бұрын
Aku pernah juga jadi leader group sebnyak 7x Kisah orang hilang ni 3x-4x berlaku dekat aku. Yang terkahir is3 aku sendiri terpisah dengan aku masa tengah buat ibadah umrah. lepas tawaf. Ak terpisah dengan dia. Isteri aku pertama kali . Bila perkara macam ni berlaku. Kita kena ingatkan jemaah. Yang penting .. habiskan dulu ibadah tu. siap semua lepas tahlul.. Ak mula mencari .. Alhamdulilah.. dalam satu jam mcm tu ak berjumpa dengan isteri aku. Lepas semua selesai dh smpai ke hotel.. Sorang nenek pula hilang. Ya Allah. Sebab ak dah penat cari isteri aku. Kaki memang dh sakit lah .. Allah nak mudahkan. Ak turun je lif. ak jumpa nenek tu. Ada seorang budak malaysia jumpa dia. Mujur la duduk hotel zam zam tower tu. Tapi yang jadi masalahnya ahli keluarga dia pula masih mencari cari dekat masjidil haram. Jadi.. kepada yang pergi. ak nasihatkan.. beli simcard supaya mudah berkomunikasi. Jngan pikir oh kt hotel ada wifi.. buat apa nak bazir2.. kita cuba mudahkan keadaan kita ni bila kita nk bermusafir. yang lain² kita serah pada Allah .
@MrDoomi-in9zm
@MrDoomi-in9zm 4 жыл бұрын
Sy kt maakah ni tgh tgok vdio ni..serius ckp...ujian kna trima dgn hti reda..doa ja bnyk2...
@therealguy5424
@therealguy5424 4 жыл бұрын
Srs ah
@Ferochime
@Ferochime 4 жыл бұрын
Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal . The real DUIT
@batu8554
@batu8554 4 жыл бұрын
usaha dengan ikhtiar tu sama kan?
@syafiqlimx
@syafiqlimx 4 жыл бұрын
@@batu8554 ye sama..
@syafiqlimx
@syafiqlimx 4 жыл бұрын
@@batu8554 Alah biase lh masyarakat melayu, cthnye hasda dengki, hasad tu bermaksud dengki, asal ulang 2x😂
@batu8554
@batu8554 4 жыл бұрын
@@syafiqlimx oh okay2 .. haha tnye je mana tau ade meaning lain
@catna_1192
@catna_1192 4 жыл бұрын
Kalau Doa Usaha Istiqamah Tawakal pun boleh kan
@muhammadhasif7518
@muhammadhasif7518 4 жыл бұрын
sebagai Mutawif, Ayat Yang last aku paling suka. Setiap kali Trip.Pengalaman takkan sama.Ujian berbeza-beza. Allah SWT kadangkala Dia bagi smooth Urusan jemaah. Tapi Ujian part lain plak yang datang.
@abdhamidselamat7209
@abdhamidselamat7209 4 жыл бұрын
Betul tu..setiap kali ke mekah baik sebagai jemaah atau mutawiffah, ujian Allah bagi lain2..Allahu Akhbar..#lina.
@MHAFIZnipahcapture
@MHAFIZnipahcapture 4 жыл бұрын
igt jumpa jodoh di madinah...
@n_a9235
@n_a9235 4 жыл бұрын
👏🏼👏🏼👏🏼
@aimanadeqemy
@aimanadeqemy 4 жыл бұрын
🤔😏
@yondaimehokage7994
@yondaimehokage7994 4 жыл бұрын
Dah 18 kali saya tolak...tapi yg ke 19 ni...aura dia MASYALLAH
@zuez65
@zuez65 4 жыл бұрын
@@yondaimehokage7994 hahaaha tau ii
@aidielmustaffa3406
@aidielmustaffa3406 4 жыл бұрын
Hahahaha peqeli bossku
@Irkuhs
@Irkuhs 4 жыл бұрын
Tahun depan bulan 1 aku akan pergi ke sana🤗 doakan baik² untuk saya
@gurlroxy243
@gurlroxy243 4 жыл бұрын
Cerita kedua tu sama kes dgn aku. Kenangan haji 2010. Masa tu dekat mina. Pagi sblum subuh tu nk p mandi apa smua dgn mak aku. Mak aku ckp kita short cut jalan pintas nk pi toilet dekat maktab yg lain sbb que panjang sgt n maktab yg kami duduk tu toilet dia xbrapa bersih. Aku pon ikut la pintas yg mak aku bwk tu, kona sana kona sini, aku ckp kat mak aku satgi pi boleh tp balik sat lagi xingt jalan plak. Mak aku ckp ingt aih, senang saja. 🤣Skali nak balik sesat sungguh. Hahaha 😂 punya dok pusing cari jalan xjumpa last2 tembus kat jalan nk msuk terowong nk pi melontaq. Tudiaa pnya jauhh sesat. Smpai berdoa hrp2 sempat nk solat subuh. Akhirnya jumpa mutawif tabung haji dia tlg kami hntaq smpai ke maktab 84. ☺️
@PEMUDASUCCESS
@PEMUDASUCCESS 4 жыл бұрын
Doa ibarat air sungai walaupun ia ditadah😔akhirnya melimpah keluar juga isinya... Aku ngalami nya juga mlm tu aku tak belajar kerana aku rasa demam dan penat... Setelah subuh aku berdoa ya Allah permudahkanlah urusanku dan berilah aku kelulusan.. Akhirnya keputusan keluar dan lulus dan cemerlang.. Tak ada kata kebetulan untuk sesuatu kejadian.. ALLAHUAKBAR
@putrarmyrulez
@putrarmyrulez 4 жыл бұрын
Pengalaman saya dulu, nak ke Madinah dari Mekah takda kenderaan. Tiket bus pon tadak dah.. saya dan kawan saya usaha dan doa supaya utk dipermudah urusan. Hari terakhir kami di Mekah, saya terjumpa Mutawif yang pernah bawak saya dulu. Kebetulan jugak jemaah dia pon nak ke Madinah dan ada bus ada jugak kerusi yang kosong. Kami minta izin tumpang ke Madinah. Alhamdulillah. Pengalaman yg tak kan dilupakan.
@kall01_52
@kall01_52 4 жыл бұрын
Thanks share pengalaman 😊!....harap2 10/12/2019 perjalanan umrah pertama saya dipermudahkan urusan olehNya..
@Pepepioq
@Pepepioq 4 жыл бұрын
Amirul Akmal ehh kita sama tp aku 12/12
@Pepepioq
@Pepepioq 4 жыл бұрын
Amirul Akmal harap. Dpt jumpa bro
@kall01_52
@kall01_52 4 жыл бұрын
Lahhh yeke??..hahahah insyaallah..sy dah buat umrah kali ke 2 dah ni..sini memang ramai
@farishahizam5379
@farishahizam5379 4 жыл бұрын
Sebak masa dia cakap dia jumpe balik ayah dia lepas berdoa Ya Allah hebatnya 😢
@amirahramlee8156
@amirahramlee8156 4 жыл бұрын
2017 ( Mekah) : pengalaman pergi umrah terlepas dari kumpulan lepas turun escalator sebab jadi orang terakhir yang turun, nak jadi cerita hari tu hari jumaat, memang ramai orang lepas solat nak keluar. Elok turun tu, dah tak nampak dh kumpulan umrah, termasuk family.Tengah dok cari-cari, jumpa kakak yang kumpulan sekali. kami berdua pun tunggu la depan pintu tu sambil dok cari mutawif dengan orang lain. Dah lama sangat, kami berdua balik, sebab dok rasa depa semua dah balik hotel. Sampai2 hotel, tengok depa tak sampai lagi. Nasib baik Mutawif ajak depa semua balik dulu hotel, lagipun kami yang hilang ni orang muda, still tau jalan. Lepas depa sampai tu, kakak saya kata depa semua dok tunggu sebelah pintu tu, mak saya dah risau sebab saya biasa sesat (dkt China, tapi still jumpa ada map). Tak tau kenapa, mungkin Allah hijab ka apa, saya dengan kakak tu betul2 ada depan pintu tu sambil dok cari depa, on the way balik pun still cari tapi tak jumpa. Alhamdulillah, itulah pengalaman dekat sana. Tak teruk pun, sebab dah memang ingat landmark.
@noratifahbintisahbuddin2748
@noratifahbintisahbuddin2748 4 жыл бұрын
Awat rasa nak nangis part anak dia jumpa ayah dia 😭😭😭
@edyakira1785
@edyakira1785 4 жыл бұрын
Aku mnat aku yg jnis cm ni,nmpk biasa je..tpi huh luar biasa..respect bro
@Adamdnnyal
@Adamdnnyal 4 жыл бұрын
1:20 sama mcm peristiwa saya masa umur 4 tahun hilang dkt situ. Alhamdulillah Allah makburkan doa ayah saya masa tu bersyukur sangat2 ✨
@harithmukhriz6672
@harithmukhriz6672 3 жыл бұрын
kite bole cek iman kite sdri bile blaku sesuatu yg xdisangka2,ape yg kite buat dlu.jika hati trus begantung pd allah taala inshaallah keadaan iman kite dlm thp selamat tp jike kite trus buat tindakan sdri tnpa hrp bntuan allah maka berhati2lah..wallahua’lam..
@user-le9eo4dt2s
@user-le9eo4dt2s 4 жыл бұрын
Masya Allah tabarakallah 💐
@RomeMonkee
@RomeMonkee 4 жыл бұрын
Ada satu kes ni lagi dahsyat. Ada satu Ustad ni pegi ke Makkah. Sedang dia beribadah tiba-tiba dia terasa aura yang luar biasa. Dia terjumpa jodoh, setelah 18 kali dilamar pelbagai wanita. Dahsyat
@sitizue5875
@sitizue5875 4 жыл бұрын
aku salu baca kisah² jemaah umrah di mastika. terima kasih saudara share kisah ini 👍
@nlochannel5561
@nlochannel5561 4 жыл бұрын
Betoi tu. Perkongsian yg best. Nanti up lagi nah. Supaya kami tau, kisah² yg jadi kat sana. Kisah ni, pasai kak ak. Dia p umrah. Bayangkan dia dah mkn ubt utk stop period. Tapi, ntah mcm mna. Msa kami teman dia nak naik bas utk p airport tu, dia period, slalu kalau dh mkn ubt ni, dia akan delay period tu.. Salah kat mna tu, ak xtau lah.. Tu semua kuasa Allah. Ada la tu x kena kat mna² kan. Wallahualam.
@yusrinazri6034
@yusrinazri6034 4 жыл бұрын
This kind of content that we need 🙌🔥
@Amirullah7707
@Amirullah7707 4 жыл бұрын
Betul tu. Pergi sana jangan takbur, jangan celupar. Silap aku dulu 4 kali dapat balasan sebab celupar. Cash Allah bagi tang2 tu jugak 😅
@syafiqtube7890
@syafiqtube7890 3 жыл бұрын
Semoga satu hari nanti kita semua dapat menunaikan umrah . Ammiin .
@sailormoon4674
@sailormoon4674 4 жыл бұрын
Alhamdullillah 1/4/17 1st time jejakkan kaki ke makkah bersama suami dan anak perempuan semuanya baik2 mula2 takot sgt nk p yelah kita manusia biasa byk khilaf solat pun x sempurna apa ntahlagi ngaji quran qhatam pun x .. ade jgk suara2 kata ngaji pun ko x qhatam solat pun x cukup 5 waktu.. tp sy mmg berniat sgt nk p sebab byk tempat dah p psg niat aku nk pg jgk walaupun aku x cukup sempurna tp mungkin niat pun dah baik Alhamdullillah semua pun baik2 sampai sana sampai lah pulang adelah demam batuk flu sikit2 tp semuanya baik2 .. kalo ade rezeki nk pergi lagi .. InshaAllah
@muhdarifiqbal5414
@muhdarifiqbal5414 4 жыл бұрын
terbaik ! kami perlukan a lot of vid2 yang sebegini. teruskan istiqamah !
@saidahtulzafirah946
@saidahtulzafirah946 4 жыл бұрын
pengalaman aku masa kat mekkah. aku teringin nak tngok jenazah kat sana, teringin nak rasa solat tingkat paling atas rasa mcm mana. alhamdulillah, Allah bg aku pengalaman tu. kat sana, percayalah, apa yg kau hajatkan / kata² yg keluar, mmg berdezub terus makbul..
@khairudin1289
@khairudin1289 2 жыл бұрын
Pengalaman masa menunaikan umrah. Msa tu demam sbb prubahan dgn cuaca d sana. Dpndekkan crita sy x larat sgt msa smpai mekah dsbbkan demam dan lesu. Smpai je terus tido kt bilik hotel pda pukul 2 pagi. Slps itu, azan subuh brkumandang tp diri berat sgt nk bgun so truskan tido. Tp slps bbrapa minit ada dgr ketukan dan bayang2 kaki kt celah bawah pintu. So sy ingtkn ada org ketuk suh bgun. Dgn lemah sy bgun Sekali buka pintu xda org pun. Akhirnya terus ambk wudhuk solat terus kt bilik tu & demam pun hilang
@danialrosle1268
@danialrosle1268 4 жыл бұрын
alhmdulillah content yg mmbuka minda n doakan sya skluarga ibu bapa adik dpt menunaikan umrah suatu hari nnti...aminn🙂🙂🙂
@videoviralcompilation1604
@videoviralcompilation1604 4 жыл бұрын
ALLAHUAKHBAR.. TERINGIN NAK MENJEJAK KAN KAKI DI RUMAH ALLAH.. SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA INSYALLAH
@ken0men021
@ken0men021 4 жыл бұрын
Aq dulu jarang nak solat jemaah...tiba bila aq menunaikan umrah, aq sering solat jemaah, dekt sana mmg seronok
@farhanhakim8651
@farhanhakim8651 4 жыл бұрын
Kesimpulan: Dont judge man by their look. . . . . . Easy😎
@n_a9235
@n_a9235 4 жыл бұрын
#pengalaman tu bnde paling berharga. #💌😭😔 Jgn sia²kan ..
@MuhammadShahid-ue3py
@MuhammadShahid-ue3py 4 жыл бұрын
Aku pernah juga.. wktu 2 thun lpas g umrah.. nk cek in hotel kt mekah dlm 800m.. naik lif ade satu fmli india / pakistan lmbt2 nk naik lif.. dlm hati aku "haish lambat betul dorg ni,".. Then smpi bilik, aku n wife nk buka pintu tak bole.. fikir salah kunci.. pstu aku turun n gtau staff hotel tu.. die ikut naik, pulas sekali je gune kunci aku pgg, terus bole .. n bile aku try smule mmg bole. Pdahal tdi mula2 da abes ejas try pulas kunci
@zaisusu9502
@zaisusu9502 4 жыл бұрын
Ya jangan sembang walaupon dalam hati.... sy pernah kena 2017 dulu sy perkecil Airport Sultan Tunku Abdul Aziz pengurusan lambat time nk balik, jemaah lain semua lepas last sampai sy ada masalah passport wal hal tiada apa2 pon. Dan byk lg terjadi pada sahabat sy. Allahuakbar.
@armscurll
@armscurll 4 жыл бұрын
Rindu doh nak pegi sana,last pegi 2012,dulu pergi dengan parents insyaalah tahun depan pegi dengan wife
@darklone303
@darklone303 4 жыл бұрын
Ikut Juara Travel.. memang terbaik
@daddyilllofficiall4768
@daddyilllofficiall4768 4 жыл бұрын
Alhamdulillah diberi kesempatan utk mengerjakan umrah. Sebelum sampai sana mmg aku dah niat nak cium hajarul aswad. Sampai sana doa dan niat. Alhamdulillah Allah permudahkan. Semoga Allah memberi rezeki kepada kita semua utk menjejakkan kaki ke sana, InsyaAllah
@melayu_champa
@melayu_champa 4 жыл бұрын
Aku Suka channel Ni sebab takda opening lambat2...buang masa.. Street to the point... Mantulllll
@zulfikrikhari3815
@zulfikrikhari3815 4 жыл бұрын
Kisah Yang Pak cik tu teringat pula masa saya pergi umrah...Ada seorang pakcik dia pon kata Yang dia pergi umrah 6 Kali bila hari ke 3 hilang semasa solat zohor katanya nak balik tapi dia tak jumpa menara jam... Dan difahamkan dia tak nampak apa2 pun
@MintgoASMR
@MintgoASMR 4 жыл бұрын
Haah aku pun pernah alami jemaah yg sekali dgn aku hilang tp alhamdulillah dlm 30 min je dah jumpa
@nnnnnnn1682
@nnnnnnn1682 4 жыл бұрын
bestnya kalau dpt pegi mekah... nak2 lgi yg jdi mutawif..dpt tolong org lagi kat tnh suci...smoga kita smua dpt pegi sana stu hri nti..insyallah..
@almelody117
@almelody117 4 жыл бұрын
Pernah terpisah dengan mak masa nak masuk raudhah. Memang betul la kuasa doa senjata mukmin. Doa sungguh2 masa dah masuk raudhah tu pastu toleh kanan sat ja nampak mak baru nak masuk kawasan raudhah tu. Alhamdulillah.
@khairilhaziq2335
@khairilhaziq2335 4 жыл бұрын
alhamdulillah 15 hari bulan ni saye pergi umrah...doa kan saye yg baik ii
@muhammadzulfarez7050
@muhammadzulfarez7050 4 жыл бұрын
Bayangkan bukan hilang berjam jam je tapi berhari hari sebab sombong dekat sana. Allahuakbar
@amanlala6266
@amanlala6266 3 жыл бұрын
kisah cikgu aq cerita kat kami sekelas semase dia pergi buat umrah...dia pergi dgn suami dan kawan2 dia buat umrah.. sesampai mereka di mekah... mereke membuat tawaf.. selepas tawaf mereka pun solat.. selepas solat tu,kawan dia ternampak byk tahi burung.. lalu kawannya ckp kat dia.. banyaknye tahi burung kat mekah ni...selepas itu kawan asyik kene tahi burung di atas kain smbhyg dan mukenye.. lalu cikgu saye pergi teman kawannye ke tandas utk cuci kain smbhyg dan mukanye.. selepas keluar drpd tandas.. dan mereke meneruskan ibadah.. kawannye terus dihujani dgn tahi burung..kumpulan jemaah cikgu saye dan suaminye tak kene sikit pun.. sampai satu tahap.. cikgu aq tak boleh nampak muka kawannye sebab penuh dgn tahi burung.. last2 kawannye menanggis sambil doa.. selepas itu dh tak kene tahi burung... mutawih cikgu aq ckp kat kawan cikgu aq tu, jage perckpn... cikgu aq bercerita sambil menggigil kpd kami sekelas.. aq masih ingat lagi
@TheG4glory
@TheG4glory 4 жыл бұрын
Dekat dunia ni kalau Allah balas dulu dan kita insaf atas perbuatan kita inshaAllah kita masih lagi ada harapan di akhirat nnti.itu mnjadi matlamat kita sebenar...
@qiemohdghazali3792
@qiemohdghazali3792 3 жыл бұрын
Pengalaman aku masa tawaf sunat.. ad terjumpa seorg hamba allah ni.. keturunan kulit hitam.. dia cacat dia tawaf atas papan ad roda.. u know what.. masa tawaf tu jemaah sesak.. tp allah bg mudah utk dia.. dpn dia lenggang je..
@jemimychannel7893
@jemimychannel7893 4 жыл бұрын
Hmmm teringat masa berada di tanah suci.. now ak paham kenapa ianya berlaku dan itulah sikap sebenar bila berada di tanah asal... hmmmmm 1 je aku nak cakap terutama bagi kaum2 hawa... tolong jaga kata2 bila berada di tanah Haram... jangan sesekali berkata akan perkara yang belum berlaku terutama perkara buruk... kelak kalian menyesal Arwah kawan baik aku merupakan Eksekutif Haji dan Umrah di CS HOLIDAY... hmm alfatihah buat Abd Samad..aku rindu kau sahabat... 😊
@megatzulfikrybinmegatabdul3882
@megatzulfikrybinmegatabdul3882 4 жыл бұрын
D -doa U -usaha I -ikhtiar T -tawakal
@deenmohd4085
@deenmohd4085 4 жыл бұрын
Makcik aku umur 70. Hilang di masjid nabawi..last2 ada org jumpa dia dan bawa ke guard polis. Alhamdulillah Allah permudahkan. Apapun sentiasa tenang dan berdoa. Allah sentiasa ada. Kalau dia nk tolong sekelip mata dia bagi.
Kisah Jemaah Dirasuk di Tanah Haram
5:08
ML Studios
Рет қаралды 1,2 МЛН
Apa Terjadi Selepas Sangkakala Ditiup?
4:31
ML Studios
Рет қаралды 461 М.
Lehanga 🤣 #comedy #funny
00:31
Micky Makeover
Рет қаралды 29 МЛН
Пройди игру и получи 5 чупа-чупсов (2024)
00:49
Екатерина Ковалева
Рет қаралды 3,1 МЛН
天使救了路飞!#天使#小丑#路飞#家庭
00:35
家庭搞笑日记
Рет қаралды 85 МЛН
Kids' Guide to Fire Safety: Essential Lessons #shorts
00:34
Fabiosa Animated
Рет қаралды 14 МЛН
Red Flag Perempuan Arab
7:09
ML Studios
Рет қаралды 156 М.
PodcastMG: Di Sebalik Serangan Gaza, Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu
40:13
MalaysiaGazette TV
Рет қаралды 177 М.
CABARAN Alif nak pi Haji! Tak sesenang itu!
20:06
Alif Satar
Рет қаралды 271 М.
Şanlıurfa: Tempat Nabi Ibrahim Dibakar Namrud
4:48
ML Studios
Рет қаралды 506 М.
Orca Lawat Malaysia
4:06
ML Studios
Рет қаралды 454 М.
MUSTAFA KEMAL ATATURK
24:59
GiGiEMAS Ent.
Рет қаралды 581 М.
[UHUD TOUR] Kisah Bukit Uhud - Umroh 24 Januari '2021
14:40
Khalid Basalamah Official
Рет қаралды 169 М.
Manusia Pertama Di Atas Muka Bumi
4:03
ML Studios
Рет қаралды 242 М.
Dulu Nabi Ajak Pindah Tak Nak
5:33
ML Studios
Рет қаралды 340 М.
MISTERI PEMBXN0HAN JALIL IBRAHIM
16:52
GiGiEMAS Ent.
Рет қаралды 131 М.
Lehanga 🤣 #comedy #funny
00:31
Micky Makeover
Рет қаралды 29 МЛН