Рет қаралды 2,888
Shah Alam, Khamis, 28 Julai 2022 - KAWASAKI hari ini secara rasmi kembali ke pasaran dengan
memperkenalkan semula model Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250
ABS dari segmen sport bike dan naked bike, menerusi pengedar rasmi baharunya, , Edaran Modenas
Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd
(“MODENAS”). Berikut merupakan senarai warna, spesifikasi serta harga jualan yang disyorkan:
Modenas Ninja 250 (2022): “Metallic Carbon Grey” dan “Metallic Matte Graphite” - (RM18,900)
Modenas Ninja 250 ABS (2022): “Metallic Matte Graphite Grey” - (RM20,500)
Modenas Z250 ABS (2022): “Metallic Spark Black” - (RM19,500)
Ekoran daripada hasil peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd,(“KMC”) di dalam Motosikal & Enjin
Nasional Sdn Bhd. (“MODENAS”), kesemua model motosikal KAWASAKI 650cc kebawah akan
dijenamakan semula dibawah MODENAS.
“Kami di MODENAS amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak KAWASAKI dalam
mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan kami
mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi. Kami berhasrat untuk membawa
penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda,” kata Ketua
Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan.
“Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal KAWASAKI, lama dan baharu; di bawah pengurusan
MODENAS, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa atau lebih lagi.
MODENAS sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana
rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama dengan KAWASAKI, kami
bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar. Membawakan anda produk dan tawaran
untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat. Sehingga itu, pastikan anda
memantau perkembangan kami yang akan datang.”
Ketiga-tiga model motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah KAWASAKI mulai 1 Ogos
2022. Untuk sebarang pertanyaan, ataupun maklumat, anda boleh melayari laman web rasmi
www.kawasaki.co... atau menghubungi Talian Bebas Tol KAWASAKI di 1-800-880-
008 atau WhatsApp KAWASAKI Careline di +6019-570 8135.