Рет қаралды 1,272
Ketika dianggap mempunyai peluang terbaik untuk muncul juara Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Roslin Hashim membuat kejutan apabila tidak hadir ke latihan pusat selepas hanya sehari mengikutinya. Banyak tanda tanya yang muncul termasuk adakah Roslin enggan berlatih di bawah ketua jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen. Ini berikutan tindakan Roslin yang ketika itu bernaung di bawah Kebab Nusa Mahsuri, memilih menyambung latihan bersama Misbun Sidek sehingga sanggup mengetepikan peluang beraksi di Sukan Komanwel.. Jadi, apa cerita sebenar di sebalik tindakan Roslin itu.