Рет қаралды 4,413
Masyarakat Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Masyarakat Bidayuh juga dikenali sebagai Dayak Bukit atau Land Dayak. Mereka terdiri daripada 5 pecahan etnik iaitu:
i. Bukar / Sadong ( Daerah Serian )
ii. Biatah ( Daerah Padawan )
iii. Jagoi / Singai ( Daerah Bau )
iv. Selakau / Lara ( Daerah Lundu )
v. Kuching Tengah / Bidayuh Baru / Bidayuh Moden
( Kawasan tengah antara Padawan dan Bau )