Ayat 98 1. Ada baiknya kalau penduduk sesuatu negeri itu beriman. Sepatutnya penduduk Makkah mencontohi kaum Nabi Yunus. 2. Kaum Nabi Yunus tatkala mereka beriman, Allah hilangkan dari mereka azab yang hina dalam kehidupan dunia dan berikan mereka kenikmatan dunia sehingga tiba ajal mereka. 3. Nabi Yunus, nama beliau adalah Yunus bin Matta, dari Nineveh. Beliau telah berdakwah berpuluh-puluh tahun tetapi kaumnya ingkar. 4. Beliau dah frust dan marah, maka akhirnya beliau keluar meninggalkan negeri itu tanpa arahan daripada Allah. 5. Apabila Nabi Yunus meninggalkan mereka, kaum tersebut rasa takut, kerana mereka sebelum itu telah diberi ancaman bahawa azab akan menimpa mereka. Walaupun mereka derhaka, mereka tahu Nabi Yunus tidak berbohong. 6. Kelihatan langit dah berubah, semacam ada malapetaka yang akan berlaku. Maka semua penduduk negeri itu keluar dari rumah2 mereka dan serta-merta beriman dan bertaubat. 7. Maka Allah menghilangkan azab tersebut daripada menimpa mereka. 8. Kebanyakan umat para nabi terdahulu yang mengkufuri dakwah nabi mereka akhirnya dibinasakan dengan azab, seperti kaum Nabi Nuh dan juga puak Firaun. Akan tetapi, kaum Nabi Yunus terselamat daripada kena azab yang membinasakan itu oleh sebab mereka beriman dan bertaubat. Ayat 99 1. Sekiranya Allah kehendaki, Dia boleh saja buat semua manusia di bumi beriman. Maka patutkah kamu memaksa orang supaya mereka beriman? 2. Rasulullah sangat menginginkan agar semua manusia beriman, tetapi hanya Allah yang boleh memberi petunjuk kepada mereka. Ayat 100 1. Seseorang itu takkan beriman melainkan dengan izin Allah. 2. Hatta Nabi dan orang2 mukmin keseluruhannya pun takkan beriman melainkan dengan izin Allah. 3. Allah menimpakan azab ke atas orang2 yang tidak menggunakan akal. Rugilah kalau ada akal tapi tidak memanfaatkannya. و الله أعلم
@mujahidahAishahКүн бұрын
Assalamualaikum. Maaf, Al Quran tak boleh kita letak buku dan tulis di atasnya. Peringatan utk kita semua.❤