Nahas Helikopter: Upacara pengebumian jenazah Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal

  Рет қаралды 52,829

Air Times News Network

Air Times News Network

Ай бұрын

KUALA LUMPUR, 23 Apr - Jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin TLDM, 37 yang terkorban dalam nahas 2 helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam, selamat dikebumikan.
Allahyarham Wan Rezaudeen selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.50 malam.
Sebelum itu, proses bedah siasat semua mangsa nahas helikopter TLDM terhempas di Lumut selesai jam 2.20 petang.
Lebih 200 ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan hadir di Masjid Salahuddin Al -Ayubbi Taman Melati dan tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir.
Turut hadir memberikan penghormatan akhir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Ithnain.
Khaled turut menyerahkan bendera Malaysia kepada balu mangsa.
Terdahulu, van yang membawa Allahyarham Wan Rezaudeen tiba Masjid Salahuddin Al - Ayubbi Taman Melati untuk solat jenazah selepas bertolak dari Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Ipoh.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Alia Amalina Noor dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun.
Allahyarham Wan Rezaudeen adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, pagi semalam.
Turut terkorban, Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad TLDM dan Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli.
2 pegawai berpangkat Leftenan Komander turut terkorban, masing-masing Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin dan Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.
Selain itu, mangsa yang terkorban ialah mendiang Leftenan T Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Nahas turut mengorbankan 3 penumpang, masing-masing Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna.
Dalam kejadian 9.32 pagi Selasa, Helikopter Operasi Maritim HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) masing-masing dilaporkan berlanggar antara satu sama lain di ruang udara sebelum terhempas di Pangkalan TLDM Lumut serta mengorbankan 10 mangsa. - airtimes.my
#AirTimes #Malaysia #TLDM #nahashelikopter #helikopter #tenteralaut #navypeople #navy #pertahanan #helikopterjatuh #lumut #helicopter #helicoptercrash #fennec #agustawestland

Пікірлер: 45
@DorineKong
@DorineKong Ай бұрын
Takziah buat anggota yg terkorban,moga dipermudahkan segala urusan,,anda semua wira negara.
@noorelisa738
@noorelisa738 Ай бұрын
Bersemadi lah perwiraku tercinta semoga rohmu tenang disana ditemptkn bersama para sahabat yg mati syahid ..segala jasa perjuangn dn pengorbananmu akn dikenang sentiasa selagi hayat maseh Ada ❤️🇲🇾❤️❤️❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾
@zilaazmi2736
@zilaazmi2736 Ай бұрын
Semoga Allah kurniakan ketabah & kesabaran pd keluarga mangsa ....menyanyat hati sgt tgk anak dan isteri yg ditinggalkan ...😢
@nikanuwar7350
@nikanuwar7350 Ай бұрын
Allahummafirlahu..Waafihi Waqfuanhu..Salam takziah buat kluarga Arwah ..semoga bnyk kn lh bersabar. Redha akn tkdir ketentuan dari Allah Swt..
@amy6465
@amy6465 Ай бұрын
ya Allah tempatkan hamba2 mu bersama org2 beriman..
@widan8
@widan8 Ай бұрын
Aku auto menangis😭. Semoga roh allahyarham dan allahyarhamah anggota TLDM ditempatkan dikalangan org org yg beriman dan beramal soleh. Aamiin ya rabbalalamin
@abdullahrawahahchannel1921
@abdullahrawahahchannel1921 Ай бұрын
Al-Fatihah.. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Aamiin.. Salam takziah buat ahli keluarga dan warga TLDM..
@lorinamojingol3173
@lorinamojingol3173 Ай бұрын
Salam takziah pada isteri, anak & keluarga.
@muhammadsyamin1256
@muhammadsyamin1256 Ай бұрын
Al fatihah..... Salam takziah dari kami sekeluarga
@roszmanmohammad6147
@roszmanmohammad6147 Ай бұрын
Al-Fatihah🤲 Kita semua ada lah milik ALLAH
@lilian2731
@lilian2731 Ай бұрын
Al-Fatihah 🙏😔 Takziah kepada keluarga....Terima kasih atas perkhimatan untuk negara...
@abhnzajnai8087
@abhnzajnai8087 Ай бұрын
Alfatehah n takziah kpd kluarga mangsa.. Semoga tabah dgn ujian..
@HasimahSaadEma
@HasimahSaadEma Ай бұрын
Ya Allah permata yang berharga buat negara telah pergi buat selama lamanya😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭
@ummerparerikkal6056
@ummerparerikkal6056 Ай бұрын
Ennalilillahi waenna elehi rajiun 😢(Hairihee Sherihee minallahithalla, 🙌)
@nooradrian5975
@nooradrian5975 Ай бұрын
😪😪😪😪.... Muda lagi arwah Leftenan Wan... 37 tahun...
@Andy.Kobayashi
@Andy.Kobayashi Ай бұрын
Salam takziah. Seluruh rakyat Malaysia turut bersedih atas kehilangan 10 orang perwira negara yang tiada gantinya. 🇲🇾
@mohamadfitribinmdzain184
@mohamadfitribinmdzain184 Ай бұрын
Jujur la aku tgok video ni tak brenti air mata mgalir...sedih aku tgok anak dia...kuat smngat ya adik
@rozanahalim4084
@rozanahalim4084 Ай бұрын
ALLAHUMMAGH FIRLAHUM WARHAMHUM WA'AFIHI WA'FUANHUM, SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA PERWIRA-PERWIRA NEGARA. JASA KALIAN TETAP DI KENANG SELALU...
@user-je9sc3wi4p
@user-je9sc3wi4p Ай бұрын
Al Fatiha di baca.
@HasimahSaadEma
@HasimahSaadEma Ай бұрын
Salam takziah
@fared7319
@fared7319 Ай бұрын
Al-Fatihah
@silverjupiter200000
@silverjupiter200000 Ай бұрын
Semoga ALLAAH SWT Mencucuri Rahmat keatas Roh ALLAAHYARHAM serta menempatkannya dikalangan Roh Roh Syuhada dan Mukminin dan di kurniakan Jannahtul Firdaus. Aamiin Yaa Rabbal Aalamiin.
@butterfliesONrainbows
@butterfliesONrainbows Ай бұрын
Rip. That's life. God gives and He takes.
@MatZack-fe7op
@MatZack-fe7op Ай бұрын
Surga manati.. Alfatihah untk arwah...
@janetfatimah3630
@janetfatimah3630 Ай бұрын
Salam takziah perwira perwira Negara
@mohamadali7029
@mohamadali7029 Ай бұрын
AL Fatihah buat arwah Aamiin ya Rabbal Alamin ya Allah ya Tuhanku
@wandokmohameddali5835
@wandokmohameddali5835 Ай бұрын
Harap Ahki keluarga bnyk ujian Dan dugaan
@mohddanial7181
@mohddanial7181 Ай бұрын
Allahuakbar innalillah sang wira negara. Jasamu dikenang
@wengchow3740
@wengchow3740 Ай бұрын
Takziah
@armiesuzylabeatriz7472
@armiesuzylabeatriz7472 Ай бұрын
salam takziah dari kami sekeluarga.
@thehitcher6677
@thehitcher6677 Ай бұрын
😢😢😢
@Ruslinah-ds7wp
@Ruslinah-ds7wp Ай бұрын
Innalilahiwainailaihirojiuun...semuga di tempatkan bersama org solleh..aamiin....persoalan....kenapa org pompuan ikut gi kubur
@sms7302
@sms7302 Ай бұрын
Knp? Tak boleh ke?
@nafriz2010
@nafriz2010 Ай бұрын
Innalillah wainnalillah hirajiun
@khuzainimajid1255
@khuzainimajid1255 Ай бұрын
RNU 🤴🏻
@Mishellysia
@Mishellysia Ай бұрын
Innalillahiwainnalillahi rojiun
@puteh2071
@puteh2071 Ай бұрын
Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan kuat meneruskan hari dan mengingat kenangan manis bersama arwah selamanya. Nak tanya, pernah tengok, bendera Amerika buat lipatan sama, dan setiap lipatan ada maknanya. Apa makna setiap lipatan bendera kita? Boleh beritahu kat mana saya boleh dapat lebih maklumat berkaitan itu?
@nazirulnaim5418
@nazirulnaim5418 Ай бұрын
semua bendera dilipat mcm tu, eveb kt skolah menengah pun.
@someonesuggested2104
@someonesuggested2104 17 күн бұрын
😢😢
@UcaibidorBidor
@UcaibidorBidor Ай бұрын
🥲🥲🥲😭😭😭🤲🤲🤲
@EshahMhdnoh-uz6su
@EshahMhdnoh-uz6su Ай бұрын
Innalillahiwainnailaihirajiun 😭
@khuzainimajid1255
@khuzainimajid1255 Ай бұрын
RNUM 🤴🏻
@khuzainimajid1255
@khuzainimajid1255 Ай бұрын
🎒👕👖🤴🏻 RNUM
@khuzainimajid1255
@khuzainimajid1255 Ай бұрын
10
@suilehwati9281
@suilehwati9281 Ай бұрын
Km
MGPerak : Nahas Helikopter TLDM Jasad Sivasutan Selesai Dibakar
2:37
MalaysiaGazette TV
Рет қаралды 288 М.
HELIKOPTER TERHEMPAS | Jasad Leftenan T. Sivasutan Disemadikan
4:48
LAWATAN NEGARA PERTAMA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG KE SINGAPURA
4:59
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Рет қаралды 264 М.
Peribadi Wan Rezaudeen menyenangkan, minat tentera sejak kecil
1:50
Free Malaysia Today
Рет қаралды 10 М.
Jenazah 10 Mangsa Nahas Helikopter Selamat Dikebumikan
2:26
Buletin TV9
Рет қаралды 10 М.
Tragedi helikopter TLDM: Jenazah Noor Rahiza selamat dikebumi.
2:16
Utusan Malaysia
Рет қаралды 23 М.
Jenazah wira, wirawati dibawa pulang
1:55
Harian Metro
Рет қаралды 53 М.