Рет қаралды 36,719
Hi semua,
Nasi goreng mak mertua ini sangat lain dari nasi goreng yang dijual di kedai. Simple sangat. Bahan-bahannya pun ada lima sahaja.
Kadang-kadang masakan ini mengingatkan kita kepada memori. Bila masak nasi goreng ni teringat kepada arwah mak mertua yang suka masak nasi goreng ni bila kami balik kampung.
Sudilah kiranya mencuba resepi ini ye.
Resepi ada di bawah.
Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:
Instagram: @azianhasan
Facebook: @azianhasan
Blogspot: azianhasan.com/
Resepi
Bahan-bahannya:
2 mangkuk nasi sejuk
2 biji cili merah (dihiris halus)
8 biji bawang merah kecil (dimayang halus)
2 biji telur
½ sudu teh garam
200 g isi ikan
5 sudu besar minyak masak
Cara membuatnya:
Gaulkan nasi bersama telur, garam dan isi ikan. Gaul rata.
Panaskan minyak dan masukkan bawang.
Goreng bawang sehingga keperangan dan kemudian masukkan cili merah.
Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi betul-betul garing.