Рет қаралды 97,920
Kali ini kami berada di Jalan Taman Melawati Kuala Lumpur untuk melihat sebuah kedai yang mula beroperasi sewaktu Covid-19, tahun 2020 iaitu D'Homecooked. Mereka terkenal dengan menu Nasi Kandar Ayam Bawang, Nasi Kandar Ayam Goreng dan juga Nasi Kandar Ayam Madu, kedai ini menjadi pilihan rakyat setempat untuk menikmati hidangan Nasi Kandar Kedah yang datang dari hati. Puan Diana mendapatkan resepi ini dengan banyak membuat 'trial & error' dari menonton pelbagai video-video dari KZbin! Memandangkan resepi ini diambil dan dipelajari melalui KZbin, resepinya pun adalah umum tetapi, dia mempunyai gaya tersendiri jadi rasanya tidak seperti orang lain walaupun resepinya dari Internet. Selain itu, mereka yang tak suka makanan pedas, pasti akan suka makan kat sini sebab makanannya tak sepedas nasi kandar yang lain.
📍 Anjung, 5, Medan Selera, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
⏰ Buka setiap hari kecuali Hari Isnin pada pukul 10am - 6pm
☎️ 013-895 2335
💬 www.dhomecooked.com | Facebook: D'Homecooked | Instagram: dhomecooked | TikTok: dhomecooked2020
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZbin, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.