Рет қаралды 63,097
A)Perigi Batu Pahat
Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446-1459), askar-askar Siam pada pemerintahan dinasti Ayuthia telah menyerang kerajaan Melaka. Apabila tentera Kesultanan Melayu Melaka berjaya mematahkan serang tentera Siam tersebut, askar-askar siam melarikan diri dan dikejar oleh ‘Bendahara Tun Perak’, iaitu Bendahara Melaka pada ketika itu dan pengikut-pengikutnya sehingga ke Muar.
Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Tujuannya ialah untuk mengumpulkan air tawar untuk keperluan mereka semasa belayar. Selepas itu askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan melalui Singapura dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan.
Daripada peristiwa tersebut maka lahirlah nama Batu Pahat sehingga sekarang.
B) Kampung Minyak Beku
kampong Minyak Beku mendapat nama bersempena dengan nama sepohon pokok ‘kuing’ yang besar (kononnya kini dah pupus). Oleh kerana pokok ini menghasilkan minyak yang boleh digunakan sebagai kemasan dinding rumah ataupun sampan, maka semua penduduk kampong pun menebuk batang pokok kuing ini untuk mengambil minyak yang terkandung dari dalam pokok.
Suatu hari, penduduk kampong yang hendak mendapatkan minyak daripada pokok tersebut berasa hairan kerana minyak dari pokok tersebut telah beku. Dengan erti kata lain, penduduk kampong tidak lagi boleh mengambil hasil minyak dari pokok tersebut. Sejak saat itu, nama tempat terletaknya pokok ‘minyak yang beku’ itu dinamakan kampong minyak beku.Dari sini bermulalah pula gelaran kepada pantai minyak beku yang terletak di kawasan kg Minyak Beku.
___________________________
✅ Biografi: Nazri Salleh dan pn.Ita (akak) adalah perawat Islam yg telah menjalani proses pembersihan hati melalui zikir dan amalan surah-surah selama 40 hari pada waktu tahajud. Jadi bila berjaya melalui proses beberapa peringkat tersebut baru disanadkan jadi perawat Islam.
Jadi dari situ Allah kurniakan sedikit kelebihan yang dipinjamkan untuk manfaat manusia tak kisah dalam apa jua perkara seperti merasa, melihat, dan mengetahui sedikit rahsia Allah yang Allah izinkan.
____________________________
✅ Matlamat explorasi ini untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat yang ada segelintir yang tidak tahu sejarah atau lokasi sejarah ini. Selain itu untuk mengingatkan kembali sejarah melayu ini dalam diri kita.
Saksikan video ini sehingga habis untuk mengetahui pengalaman team Explorasi Misteri Mistik yang akan dikongsikan.
_________________________
🔴Adakah anda ingin menyumbang dana kepada program explorasi ini? Sila klik link berikut:
t.me/InformasiEMM_bot
__________________________
✅ Channel TELEGRAM Explorasi Misteri Mistik:
t.me/ExplorasiMisteriMistik
#ExplorasiMisteriMistik #SejarahBatuPahat