Рет қаралды 491,579
#Doaarwah #kenduriarwah #doakenduriarwah
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa orang yang telah meninggal dunia itu masih dapat menerima ganjaran pahala dan rahmat dari amal kebajikan yang dilakukan oleh orang-orang yang masih hidup untuk mereka. Oleh itu Islam sangat menggalakkan orang yang hidup terutamanya kepada anak-anak dan keluarga terdekat supaya sentiasa membaca Al-Qur’an, berdoa dan berzikir dan menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang telah meninggal dunia dengan harapan semoga roh mereka akan dihindarkan dan diringankan daripada mendapat azab kubur serta mendapat rahmat dan ketenangan.
Selain daripada amalan tahlil tersebut, sedekah amal jariah juga elok diamalkan dan pahala tersebut diniatkan oleh orang yang telah meninggal dunia. InsyaAllah dengan demikian mereka yang meninggal dunia akan mendapat pahala daripada amalan tersebut, sebagaimana kisah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:
عن عبدالله بن عباس رضى الله عنهما أن سعد بن عبادة رضى الله عنه توفيت أمه وهو غائب عنها: يا رسول الله، إن أمى توفيت وأنا غائب عنها، أينفعها شىء إن تصدقت به عنها؟ قال: (نعم). قال: فإنى أشهدك أن حائطي المخراف صدقة عليها.
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abas Radiallahu Anhuma, bahawasanya Sa’da bin Ubadah Radiallahu Anhu, meninggal ibunya dan dia (Sa’da) tidak bersamanya, maka ia mengatakan: Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku meninggal dan aku sedang tidak bersamanya, apakah bermanfaat jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: “Ya” Sa’ad kembali mengatakan: Maka sesungguhnya aku saksikan kepada mu ya Rasulullah bahawa kebunku yang sedang berbuah ku sedekahkan atasnya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sebagaimana kita ketahui bahawa tiada sesiapapun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Oleh itu sebagai orang muslim yang beriman kita hendaklah mempersiapkan diri dengan amal ibadah sebagai bekalan untuk akhirat selain itu janganlah kita melupakan ibubapa, kaum keluarga serta sanak-saudara kita yang telah kembali