Рет қаралды 2,054
Masa ni, saya ke site visit bisnes ke kilang printing anak murid, @abemey82 di Sarman Printing Bangi.. Alhamdulillah, sampai juga ke kilang barunya ni, padahal dia dah pindah ke sini setahun dah😜
Abemey ni, 2018 lagi masa bisnes kecik lagi, saya nampak kerja kuatnya.. Rajinnya.. Gigihnya ..Maka tak hairan, hari ni ada 2 kilang termasuk kilang besar ni..
Kali ni, saya tengok budak2 Bangla dia.. Memang giler rajin diorang.. Kuat kirija.. Sopan santun.. Solat jaga.. Sempat juga solat berjemaah dengan diorang, yang mana diorang juga jadi imam..
Diorang ni, minimum RM1k hantar balik kampung.. Ada yang RM3k hantar balik kampung..Kat kampung beli tanah, buat rumah, ada buka kedai..dapat sara keluarga..
Kat sini, saya dapat lihat keazaman, kegigihan orang Bangladesh ni.. Saya pernah lepak dgn orang Bangladesh di New York.. di Dubai, di Abu Dhabi, di Mekah.. Dan memang majoriti diorang memang kuat kerja, dek keazaman yang sangat tinggi..(masa di New York, drebar taxi Bangladesh tu ouhi Msia, sebab saudara dia ramai berjaya bila kerja di Msia)
Abemey bagitau saya, ada staff bangla dia ni dah 8 tahun kerja dgn dia..
9 kesimpulan saya, kenapa diorang ni kerja kuat.
1. Diorang ni ada azam yang kuat.
2. Diorang ada impian besar untuk keluarga diorang.
3. Selagi diorang ada tenaga, selagi itu diorang berusaha.
4. Sikap menyimpan duit diorang tinggi.
5. Hidup berjimat cermat, untuk kesenangan keluarga.
6. Buat kerja kena laju, baru income pun padu.
7. Bila bekerja, fokus 100%!
8. Tak pandai takpa, usaha belajar sampai pandai.
9. Kerja, jangan lupa tunaikan solat.
Saya lihat, ini antara faktor mengapa bisnes Sarman Printing makin maju, menjadi pilihan byk syarikat untuk buat packaging & printing di sini.. Dapat team yang rajin begini, rezeki..
Kita pon boleh ambil apa yang positif dekat orang Bangladesh ni..Boleh dijadikan motivasi kita untuk kita juga rajin, kerja kuat, laju, dan gigih dalam bekerja untuk impian.
MEMANG ADA ORANG BANGLA YANG MALAS2, BUAT HAL JUGA.. (manusia, biasalah.. sama juga macam orang Melayu ke, Cina ke, Arab ke).
TAPI..
KEBANYAKAN ORANG BANGLA SAYA JUMPA, MEMANG RAJIN KERJA, BAIK2. KORANG RASA?