P.RAMLEE | AHMAD ALBAB FULL MOVIE BERWARNA I MALAYSIA VIRAL TUBE

  Рет қаралды 371,872

Malaysia Viral Tube

Malaysia Viral Tube

Күн бұрын

Ahmad Albab merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1968. Filem Ahmad Albab diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna
Mengisahkan di Kampung Pening Lalat tentang tiga orang adik beradik perempuan Mastura (Saloma), Zahara (Mariani) dan Suhara (Mimiloma). Ayah mereka Saudagar Mas'hud Al Buaya (A. R. Tompel) berhasrat untuk mengahwinkan anak anak mereka dengan pilihannya.
Keesokkan harinya dia berjumpa dengan Ainul Polisi (Bakar M.), ayah kepada Muharam (Tony Azman) untuk masuk meminang untuk anak sulungnya , Zahara. Kemudian dia berjumpa dengan Sahibul Khastam (M. Suki), ayah kepada Safar (Karim Latiff) untuk anak bongsunya, Suhara. Mas'hud sanggup membayar wang hantaran sebanyak 88 dinar dan belanja hangus 2000 dinar serba dua untuk setiap anaknya. Hanya Mastura sahaja yang berdegil tidak menuruti perintah ayahnya.
Keluarga Muharam dan Safar mempunyai niat jahat untuk membolot harta Mas'hud dalam tempoh 3 bulan selepas anak mereka berumah tangga.
Selepas beberapa hari majlis perkahwinan Zahara dan Suhara, Mas'hud dan orang² telah memaksa Mastura berkahwin dengan seorang pengembala kambing yang bernama Syawal (P. Ramlee). Walaupun Syawal kebingungan, Mastura tetap sudi menjadi isteri kepada Syawal. Syawal sungguh gembira dan memberitahu kepada ibunya (Minah Hashim).
Muharam dan Safar tidak bekerja dan sering berbohong dan menggadaikan harta milik isterinya. Di belakang isterinya, mereka berfoya-foya di kelab malam. Selepas harta tersebut telah habis di belanjakan, mereka pergi berjumpa mak ayah masing masing untuk meminjam sedikit wang tetapi tidak diendahkan oleh orang tua masing masing. Manakala Syawal pula dinaikkan gajinya oleh Saudagar Umar.
Dengan wang itu, Syawal telah membelikan sebentuk cincin untuk Mastura sebagai hadiah perkahwinannya. Kerana kesempitan hidup, Muharam dan Safar telah melakukan satu rompakan di kedai barang kemas di malam hari. Hasil dari rompakan tersebut, mereka mempersembahkan kepada isteri masing masing.
Di suatu hari, Mas'hud telah mengirim surat kepada anak menantunya untuk hadir ke jemputan hari jadinya dan mesti membawa hadiah yang istimewa. Muharam dan Safar tidak mempunyai masalah untuk memberikan hadiah kepada ayah mertuanya.
Muharam dan Safar telah bersepakat untuk membeli semua kambing milik Saudagar Umar, ini bermakna Syawal tidak lagi mempunyai pekerjaan dan ini sangat merungsingkan dia kerana hari jadi Mas'hud akan berlangsung tidak lama lagi.
Syawal berasa sangat sedih tetapi dia telah ditenangkan oleh Mastura kerana hasil tanamannya telah membuahkan hasil. Syawal kembali senang semula. Tiba di hari jadi Mas'hud. Suhara, Safar, Muharam dan Zahara telah memberikan hadiah yang istimewa kepadanya.
Syawal pula telah memberikan hadiah semangkuk garam dan gula, lalu diherdik oleh Mas'hud manakala Mastura pula memberikan hadiah berupa sekeping roti gandum/chapatti, kari daging tanpa garam dan secawan kopi tanpa gula. Mas'hud telah dipermainkan di hari jadinya oleh Syawal dan Mastura. Syawal meneruskan perniagaan menjual hasil pertaniannya di pasar pagi.
Kehidupannya bertambah senang. Di suatu hari, Saudagar Umar dan Mualif telah menawarkan pekerjaan semula menjaga semua kambing kambingnya kepada Syawal. Syawal nampak keberatan untuk membantu kerana dia sudah menjadi ahli perniagaan sekarang ini. ibunya sudi membantu Syawal untuk menjual hasil pertanian di pasar manakala Syawal menjaga kambing milik saudagar tersebut.
Suatu hari, seekor kambingnya telah tersesat ke dalam gua. Syawal pergi menyelamatkan, alangkah terkejutnya dia mendapati terdapat banyak harta karun di dalam gua tersebut. Tiba tiba satu suara jin menegurnya dengan menyatakan harta tersebut adalah milik Ahmad Albab. Syawal kebingungan, siapakah Ahmad Albab. Tujuh bulan kemudian, Mastura selamat melahirkan seorang anak lelaki tetapi anakya kerap menangis dan ini merisaukan Syawal, Mastura dan ibunya.
Bermacam tempat diubatinya tetapi tetap tidak berhasil. Ini menyebabkan anaknya belum diberikan nama. Atas nasihat jiran tetangganya, Syawal dan Mastura membawa anaknya berjumpa ibu dan ayah mertuanya. Mas'hud telah berjaya mendiamkan anaknya dan diberikan nama Ahmad Albab.
Ketika itulah Syawal teringat akan nama tersebut beberapa bulan lepas lantas dia terus membawa Ahmad Albab berjumpa dengan Jin di dalam gua tersebut. Syawal diberikan upah oleh Jin dengan bersyarat. Syawal perlu membawa Ahmad Albab setiap satu purnama untuk bermain dengan anaknya dari kecil sehinggalah besar. Syawal menurutkan sahaja. Kehidupan Syawal bertambah senang dan menjadi orang kaya di Kampung Pening Lalat. Syawal kerap membantu orang orang miskin dan yang dilanda musibah.
Saksikan Babak menarik sepanjang filem Ahmad Albab . Jangan Lupa Klik Like Loceng Dan Subscribe ye. Terima Kasih 🤗
follow Instagram 👇👇👇
...

Пікірлер: 17
AHMAD ALBAB (full movie)
1:47:18
Jalur Cerita
Рет қаралды 1,5 МЛН
P Ramlee Nujum Pak Belalang Full Movie HD
1:51:25
Warga Bengkalis
Рет қаралды 8 МЛН
Win This Dodgeball Game or DIE…
00:36
Alan Chikin Chow
Рет қаралды 40 МЛН
The selfish The Joker was taught a lesson by Officer Rabbit. #funny #supersiblings
00:12
From Small To Giant Pop Corn #katebrush #funny #shorts
00:17
Kate Brush
Рет қаралды 72 МЛН
FILEM P RAMLEE TIGA ABDUL 1964 (VERSI WARNA)
1:53:40
mohdazmi10
Рет қаралды 2 МЛН
ALI BABA BUJANG LAPOK (full movie)
2:02:34
Jalur Cerita
Рет қаралды 2,5 МЛН
Melawat Rumah Kelahiran Seniman Agung Tanah Air KIta Tan Sri P Ramlee
4:33
Borneo Program (MyPath) Official
Рет қаралды 8 М.
Do Re Mi (full movie)
1:36:33
Jalur Cerita
Рет қаралды 815 М.
[EPISOD PENUH] POKYA CONG CODEI | THROWBACK TELEMOVIE GEMPAK
1:36:53
Astro Gempak
Рет қаралды 387 М.
prebet lapok -scene lawak badul masuk askar
33:39
Eija Zait Channel
Рет қаралды 123 М.
P Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok 1961 Full Movie
2:02:34
A.A.K
Рет қаралды 4,6 МЛН
Fighting scene, Donnie Yen vs Darren Shahlavi/Ip Man vs Twister
11:54
Fierce Fights with ASARGAS
Рет қаралды 75 МЛН
P.Ramlee Madu Tiga
1:40:17
Sam Majid
Рет қаралды 4 МЛН
Musang Berjanggut (full movie)
2:04:08
Jalur Cerita
Рет қаралды 1,6 МЛН
Win This Dodgeball Game or DIE…
00:36
Alan Chikin Chow
Рет қаралды 40 МЛН