[panas] SAFEHOUSE DISERBU SPRM RAMPAS RM5 JUTA! PEMIMPIN PEMBANGKANG HEBAT DI SELANGOR!

  Рет қаралды 4,919

ORAITNOPO Channel

ORAITNOPO Channel

Күн бұрын

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua lagi lokasi yang digunakan untuk menyimpan wang susulan siasatan terhadap dakwaan skandal konsesi perlombongan pasir di Selangor.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan wang Singapura berjumlah SGD$74,000 (RM243,000 ) dan SGD$78,000 (RM256,000) dirampas di dua lokasi berasingan di Lembah Klang.
Selain itu, katanya, SPRM juga mendapat maklumat ada wang, yang jumlahnya tidak didedahkan, dilaburkan di Singapura.
“Dan juga mungkin ada dibuat penyimpanan di bank-bank lain. Yang ini sedang kita siasat,” katanya.
Ahad lalu SPRM menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur yang disyaki digunakan sebagai tempat menyimpan wang rasuah dan menyita mata wang Singapura berjumlah SGD1,529,000 (RM5 juta).
Wang itu dikatakan untuk membiayai kegiatan politik seorang pemimpin pembangkang.
Terdahulu SPRM menahan bekas pegawai kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, ahli perniagaan yang rapat dengan seorang pemimpin politik, seorang pemandu serta pegawai syarikat penerima konsesi.
Semua mereka berumur 40-an.
Setakat ini seramai 15 orang telah dipanggil memberikan keterangan.
Sementara itu, SPRM juga akan memanggil ahli politik yang dikaitkan dengan seorang daripada empat suspek selepas ini.
“Dia akan dipanggil pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat saya,” kata Azam dalam sidang media di Sabah hari ini.
Katanya seperti lazimnya, SPRM perlu mendapatkan segala bukti-bukti yang kita rasa wajar dan telah disahkan barulah orang yang berkenaan akan dipanggil.
Ditanya pemberita, dia enggan mendedahkan kedudukan ahli politik itu sama ada daripada blok kerajaan atau pembangkang.
“Oh, itu soalan cepumas.
“Saya akan beritahu kami bila masanya sesuai,” katanya.
Kes disiasat bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Pencegahan Rasuah 2009.
Sumber Video/Berita
1. FB Lokman Adam
2. www.malaysiaki...
#malaysia #skandalpasirpembangkang #rm5jutadirampas
Join this channel to get access to perks:
/ @oraitnopochannel

Пікірлер: 16
@lanjawanglan3154
@lanjawanglan3154 9 сағат бұрын
Patutlah NK sangat jatuh kerajaan perpaduan...
@ristagarupang8459
@ristagarupang8459 8 сағат бұрын
Mujurlah jemin tidak bersama dgn pkr sekarang.
@johariahmad8387
@johariahmad8387 9 сағат бұрын
Terlanjangkan satu persatu apa bekas menteri tersebut. One of the mastermind tebuk atap involve. Bongkar semua kesalahan yg membabitkan beliau.
@johariahmad8387
@johariahmad8387 9 сағат бұрын
Orang ini harus dipenjarakan dgn title Banduan, disebat 10 rotan, denda RM100 juta dan penjara 20 tahun serta gelaran ditarik balik.
@zaitonmarican6754
@zaitonmarican6754 10 сағат бұрын
Wow 5 juta wang besar wang besar koyak lah nampak nya😂😂
@dindeendin8382
@dindeendin8382 7 сағат бұрын
Baru 5 juta disiasat,sebelum ini berapa juta, dan mana sumber bank yg mungkin puluhan juta LG ada
@fooshechon6889
@fooshechon6889 9 сағат бұрын
TERBAIK PENJELASAN DLA
@abdulrashidsulaiman7414
@abdulrashidsulaiman7414 8 сағат бұрын
Apakah insan'safe house' ini yg pernah suruh DSAI 'cermin diri'(waktu DSAI jadi Ketua Pembangkang dulu).....Nak tanya juga mana chgu org kuat insan 'safe house' tu?...cgu yg tiada nilai sesen pun.Diam berbillion bahasa ja cgu itu
@Grogag684
@Grogag684 8 сағат бұрын
Chegu Butt@Bontot
@Johor126
@Johor126 7 сағат бұрын
Rasa2nya kis Safehouse ni dah tak kabur lagi ,apapun sama2 tunggu.
@budanyupi311
@budanyupi311 9 сағат бұрын
Azmin Ali video kabur ,tapi skrg dah tak kabur lagi, dah mula semakin terang.
@mansaman4132
@mansaman4132 8 сағат бұрын
azwan ali tolong buat video live abg semburit hang manyak shimpan wang kertas oo
@VivoY12-r5s
@VivoY12-r5s 7 сағат бұрын
Wanperlis,berlakon baik,tapi hati tak seindah bahasa....bolih buat semua atas kepentingan diri dan kuasa.....jawablah nanti didua alam
@ramnamansur3954
@ramnamansur3954 5 сағат бұрын
Nanti dapat lh perlindungan drpd madir yidinsakau mb selangor kn pkr amnh harapan dap punya geng2
@mohdfirdausyap7851
@mohdfirdausyap7851 8 сағат бұрын
hahaha.habis la duit di sakau menteri melayu.dap selalu tak baik
@mawardiabdullah3859
@mawardiabdullah3859 8 сағат бұрын
Safe " house " ? " Play " safe ?? Safe " BOX " ..... ???😂😂😂 Soalan KBAT bang oiiii....
RM248,443 disorok bawah katil pegawai imigresen Gred KP19
2:13
Harian Metro
Рет қаралды 65 М.
Когда отец одевает ребёнка @JaySharon
00:16
История одного вокалиста
Рет қаралды 13 МЛН
Cool Parenting Gadget Against Mosquitos! 🦟👶
00:21
TheSoul Music Family
Рет қаралды 9 МЛН
#950 Bekas Ahli Ini Buktikan Bahawa GISBH Sebenarnya Tidak Sesat?!
1:33:53
Syihabudin Ahmad
Рет қаралды 24 М.
GEMPAR‼️BANJIR KILAT KUALA LUMPUR
4:50
NuR MuHD
Рет қаралды 56 М.
Kuala Lumpur Lmpuh 9 Minit Banjir Sekitar KL Hari Ini
9:12
Harian Semasa
Рет қаралды 84 М.
'SPRM tak boleh tangkap perdana menteri,' kata Mukhriz
4:44
Perkembangan Di Taman Melawati
9:29
Astro AWANI
Рет қаралды 30 М.
Lokman cabar bos SPRM
3:55
KiniTV
Рет қаралды 72 М.
Когда отец одевает ребёнка @JaySharon
00:16
История одного вокалиста
Рет қаралды 13 МЛН