Terbang tinggi burung menekut, Cari makan di tepi paya, Walaupun tenang air di laut, Riaknya sampai ke pantai jua. Buah cermai separuh masak, Gugur berserak dipukul ribut, Tasik dan sungai lagi berkocak, Inikan pula air di laut. Masuk ke kampung memetik bunga, Hendak dijual di dalam pekan, Pulau terkepung gunung bertanya, Tidakkah sunyi di tengah lautan. Masak tumis ikan cencaru, Masuk sekerat ikan tenggiri, Pulau menangis orang tak tahu, Nak balik kedarat tak boleh lagi. Petai muda dimasak tumis, Ikan selar dimasak pedas, Pantai dijaga lagi terhakis, Kenapa pulau tidak terjejas. Budak-budak menjual lobak, Baru datang dari Palembang, Hakisnya pantai dilanda ombak, Pulau hanya mainan gelombang. Kalau pergi ke pasar malam, Belikan saya buah mempelam, Gelombangnya besar lautnya dalam, Banyak sudah kapal tenggelam. Kalau nak sedap jeruk mempelam, Tambahkan lagi gula dan garam, Kapal besar selalu tenggelam, Perahuku kecil tak pernah karam.
@mirahmohamad55968 ай бұрын
Wah setiap bait berkait kait..maksud tersiratnya saya xdapat nak terjemah. Apa maksud yang nak disampaikan? Kiasannya agak dalam
@mathewlovegod11 жыл бұрын
Memang hebat berdua orang yang bikin pantun! Sekarang sudah jarang generasi muda tahu bikin pantun. Saya harap ada banyak orang muda bikin Dan belajar pantun. :)
@Atuqjay13 жыл бұрын
suara Almarhum Pak Maarof amat unik... amat-amat Melaka dan tersemat dipersada, - Al-Fatihah
@makincek5 жыл бұрын
Pantun lama tinggi kiasannya . Jiwa rasa sgt trtarik dgn pantun2 lama ni. X mcm pantun zaman skrg, byk yg asal boleh je. Xde makna tersirat dan tersurat. Sungguh ku amat cinta bangsaku melayu. Anak nyonya mencari kayu Bawa pulang sikayu nibong Martabat diri bangsa melayu Sembah kebumi kan tetap kujunjung Naik kolek bersama teman Air nya masuk sampai dalam Jaga agama dan juga iman Kelak dijaga dilain alam Bangsaku tua beribu zaman Hikayat raja seluruh alam Dulu terlepas dari genggaman Jangan diulang kisah silam Bangkitlah wahai bangsaku Adat dijunjung warisan melayu, Takkan ada orang yang menyambung, Andai ke barat kita menonong.
@ARMZ8714 жыл бұрын
hilang 1 lagi bintang dondang sayang yang amat kita kasihi al-fatihah,sy sungguh suka mendengar pantun2 lame...
@umarlisyarif8354 жыл бұрын
Semoga pantun2 melayu tetep di lestarikan..dalam dari kerinci
@dekwan80357 жыл бұрын
Lembut bahasa org dulu2.. pantun banyak yang tersirat tp menusuk hati. al fatihah untuk nyonya tan dan pak maarof. Harap kerajaan negeri melaka hidupkan blk dondang syg dan pantun bg x lapok dek hujan, x lekang dek panas.
@Sparatis1239 жыл бұрын
sedapnye oang dulu ni.. romantis sangat lah.. budak sekarang tak de macam ni.
@kamilaabdul1137 жыл бұрын
Kapal dagang dari seberang Penuh sarat kayu jati Terima kasih saudara/i datang Orang Melaka riang gumbira menanti...Meghiah...
@zaiyanizack34912 жыл бұрын
Mmg awesome makna yg mendalam
@SUZILALHAbdWahidTV5 жыл бұрын
Anak gembala pergi memburu Pergi memburu sambil mengembara Sungguh Indah pantun melayu Dialun oleh orang yang lama
@tintaberdarah13 жыл бұрын
suka pantun mcm ni.. madah mudah penyentuh jiwa :)
@faizalcrows30567 жыл бұрын
Damai tu indah. Anak malaysia melaka cinta kn indonesia
@adik_manja5 жыл бұрын
Ayat endon haha
@zamrizamri66575 жыл бұрын
Org malaysia cinta damai. Cuma org seberang sana sebahagiannya jiwa tak tenang
Indahnya si bunga mawar. Indah lagi si bunga anggerik. Apa kah ubat penawar. Melihat wanita malam yang cantik🌓🌒🌑🌑
@suarimi5904 жыл бұрын
AL fatihah buat arwah AMEEN ya rabbbal alamin semoga pantun terus diiktiraf oleh generasi muda sekarang
@BerdondangWarisan15 жыл бұрын
aku sedang usahakan ler ni...insya allah aku akan upload koz pc yang aku simpan video semi final bintang asli kat melaka tu crash...sabau yer...kalau tak boleh jugak nanti aku bagitau...selamat hari raya!!!...hehe
@muhdnurimanabdhalim16536 жыл бұрын
saya pun nak dengar.. suka betul saya..
@wohinjetzt12 жыл бұрын
Hebat! Anakanda terpegun...terkesima...
@cassandraerica132 жыл бұрын
Lagu background dia apa ya ?
@BerdondangWarisan15 жыл бұрын
dah dekat setahun dah pak maarof takde....dia meninggal tahun lepas...al-fatihah....ha lagi satu clip semi final bintang asli kebangsaan 2007 kat melaka aku tak dpt retrieve la...segala kesulitan amat dikesali...harap maaf...
@aqbal88 Жыл бұрын
Rasa harmoni tengok cara mereka berdua ni
@putehsahad51673 жыл бұрын
Tinggi tinggi simatahari Anak kerbau mati tertambat Bertahun tahun Aku mencari Baru sekarang Aku mendapat
@ghafurhasana71625 жыл бұрын
Indah nye bahasa..
@mhaminudinmd43332 жыл бұрын
Harap2 depan masuk syuga
@kamarulzamanbinmdsangatkpm19284 жыл бұрын
bagus kan... dah lama berpantun baru jumpa yang ni..
@muhammadaliffdanial96543 жыл бұрын
Tersepak batu jatuh tersadung, Nasib badan ditimpa bala, Anak kerbau dicucuk hidung, Mengikut telunjuk sang gembala,
@amadocarillo4238 жыл бұрын
ulau melingkar atas pagau apa kabau lahabau? haaa jawab jawab!!!!!
@acikhsn90596 жыл бұрын
Baik habauu
@zamrizamri66575 жыл бұрын
Ulau melingkau diluau pagau Hawau kau memang seghau
@elizaeri12954 жыл бұрын
Hahahaha...I have melaka heritage tapi dah cakap xde bunyi melaka...tapi kelakau giler
@KertalaSari3 жыл бұрын
_Dari Perak hingga ke Perlak_ _Telah kususuri perjalanan yang mutlak_ _Pergi jauh ke Timur Tengah_ _Asal bermula Islam dan dakwah_ _Samudera Pasai punca_ _berkembang_ _Syiar yang asal sampai ke tujuan_ _Satu Nusantara menjadi terang_ _Demi menghadapi fitnah akhir_ _zaman_ _Melaka dan Aceh pembawa tali_ _Hubungan Ilahi Melayu sejati_ _Lama kucari diri dan erti_ _Baru tertanggung rahsia abadi_ _Kini semua sudah kufahami_ _Punca diri menjadi dagang_ _Sampailah masa menabur bakti_ _Akhirnya sirih pulang ke gagang?_ #PantunMelayu
@ammarytgaming80152 жыл бұрын
Habau baik
@whysoserious32717 жыл бұрын
kemudi penting ooo...baek2
@tenangfokus68322 жыл бұрын
Orang dulu dulu cakap Mereka beralas. Mereka gunakan pantun untuk menyampai hasrat.
@bonbon403010 жыл бұрын
Al-fatihah (pantun dunia) the best
@eskim39357 жыл бұрын
bon bon charice The
@KertalaSari3 жыл бұрын
_Dari Perak hingga ke Perlak_ _Telah kususuri perjalanan yang mutlak_ _Pergi jauh ke Timur Tengah_ _Asal bermula Islam dan dakwah_ _Samudera Pasai punca_ _berkembang_ _Syiar yang asal sampai ke tujuan_ _Satu Nusantara menjadi terang_ _Demi menghadapi fitnah akhir_ _zaman_ _Melaka dan Aceh pembawa tali_ _Hubungan Ilahi Melayu sejati_ _Lama kucari diri dan erti_ _Baru tertanggung rahsia abadi_ _Kini semua sudah kufahami_ _Punca diri menjadi dagang_ _Sampailah masa menabur bakti_ _Akhirnya sirih pulang ke gagang?_ #PantunMelayu
@fighterfighter93403 жыл бұрын
Anak ramai la tu😆
@adjr89906 жыл бұрын
Lagu kena perlahan masa bercakap
@normahanim38026 жыл бұрын
what is the title of this background music?
@itsrazt6 жыл бұрын
haNim aneem ntah ler
@normahanim38026 жыл бұрын
RaztNeko help meee mirul 😭
@elizaeri12954 жыл бұрын
Ni irama dondang sayang...title tak pasti
@haniwasrita3 жыл бұрын
nur nilam sari
@Alan_MS43 жыл бұрын
GEMPOUKK
@BerdondangWarisan15 жыл бұрын
ha?biler masa pak maarof pakai?dia kan dah meninggal...
@FtdFtd-hw1kb7 жыл бұрын
ile aye maho mno tampek maho
@muhammadfaez87447 жыл бұрын
Ulaq melingkaq ataih pagaq ..skgi kepala hg ak putaq..hehe
@jimbitootan39494 жыл бұрын
♥
@muhammadamirulfitry03935 жыл бұрын
👍
@jsreeyjsrieeyamy95433 жыл бұрын
Al fatihah
@mhaminudinmd43332 жыл бұрын
Doa depan
@ahmadmuhaimin33156 жыл бұрын
Palembang cinte kan Melayu
@tanyewleng78933 жыл бұрын
orang berpantun Janganlah main lagu kuat sangat mainlah lagu Pelan pelan sikit okay
@ZaMviCioUs886 жыл бұрын
pantun last tu mcm terjadi sekarang 2018 BN TUMBANG...selepas 60thn gagah 2018 KARAM sbb kemudi x betol so semua karam
@baharuddinismail1284 жыл бұрын
Tak sampai 2 tahun pH pulak patah kemudi berebut nahkoda😁😁😁😁