Part 1: Perodua Kelisa | Masalah Engine Tidak Dapat Dihidupkan | Sistem Alarm Bermasalah

  Рет қаралды 26,455

Izham Zurin Garage

Izham Zurin Garage

Күн бұрын

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Kemahiran.
Conten video ini saya kongsikan cara penyelesaian masalah engine kenderaan perodua kelisa tidak dapat dihidupkan berpunca dari masalah kerosakan komponen modul kotak alarm (sistem alarm kenderaan).
untuk sambungan video part 2, saya akan kongsikan cara penggantian modul kotak alarm dan reset remote alarm yang baharu.
Terima kasih kepada viewers, jangan lupa subscribe, like, share dan tekan button loceng untuk tidak terlepas content berkenaan automotif pada masa akan datang.
Terima Kasih

Пікірлер: 83
@raffeebinrusiman4015
@raffeebinrusiman4015 26 күн бұрын
Terima kasih info dan video..Saya dah dpt start..Semoga owner dipermudahkan segala urusan.U help me alot.
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 26 күн бұрын
Sama Sama
@yansham1961
@yansham1961 18 күн бұрын
Alhamdulillah bang..trima kasih atas ilmu diberi.baru kena td dekat camerron
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 18 күн бұрын
Alhamdulillah Terima Kasih sudi support YT saya, semoga segala urusan dipermudahkan🫡🫱🏾‍🫲🏻
@khairusyuyu3562
@khairusyuyu3562 6 ай бұрын
Terima kasih bang, jd molek terima kasih info, xyah jumpa pomen
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 6 ай бұрын
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan, Terima Kasih support YT saya🙌🏽
@akimwrn4657
@akimwrn4657 6 ай бұрын
baru je kena td..tq bang kongsi ilmu yg bermanfaat..
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 6 ай бұрын
alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan👍🏽
@Dazzy-Das
@Dazzy-Das Жыл бұрын
Terima kasih bro.. kamu selamatkan saya hari ini... kereta boleh hidup .. saya dah like & subscribe ..
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
Sama sama, Terima Kasih support🙏🏽 semoga dipermudahkan segala urusan
@Dazzy-Das
@Dazzy-Das Жыл бұрын
Bro.. nak tanya berkenaan kelisa. Bila buka Pintu driver, lampu cabin tak bernyala atau kalau saya buka pintu driver pakai kunci semasa alarm aktif, alarm tak berbunyi. Semua pintu lain ok tak ada masalah. Saya dah tukar switch pintu driver dan wire di switch pun ada voltage . Tapi problem sama. Saya nak try Trace wire output dari switch pintu tapi saya tak dapat cari dia pergi mana. Kamu tahu tak output wire dari switch pergi ke mana?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
switch yang di power window ke? boleh cuba check damper switch rubber yang ada pada badan kereta bahagian sisi tepi luar seat belt , belakang dia ada wire, jika semua ok modul kotak alarm yang bermasalah, jika guna alarm original bila kita buka modul kotak alarm itu, pada setiap pin yang keluar pada socket akan ada tulisan kecil yang menandakan bahagian mana ia disambungkan untuk kefungsian satu2 parts sistem alarm.
@Dazzy-Das
@Dazzy-Das Жыл бұрын
Ok terima kasih sifu.. 👍
@siapaaku11
@siapaaku11 3 ай бұрын
Saya kadang² sgt start kosong... Bengkel check ok...susah nak agak dia kata sbb jarang-jarang kena... so try n error tukar Ignition switch belakang kunci tu.... Xtau lah tu
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 3 ай бұрын
semoga dipermudahkan segala urusan🫱🏾‍🫲🏻
@ammarismail5037
@ammarismail5037 Жыл бұрын
Terbaik
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
Terima Kasih🙏🏽
@brochip
@brochip 11 ай бұрын
TQ sharing info...
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 11 ай бұрын
Mostwelcome, TQ Comment🙏🏽
@sayaamin8765
@sayaamin8765 Жыл бұрын
Tq bang kongsikan.. baru jadi ni.. 😅
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
Alhamdulillah, sama2, terbaik👍🏽
@anasbaharin2884
@anasbaharin2884 Жыл бұрын
dah buat mcm tu....selesai masalah
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
Alhamdulillah, Terbaik👍🏽
@fendimarshall7720
@fendimarshall7720 Жыл бұрын
assalamualaikum bang wayar saiz apa ni ke apa2 wayar boleh..lepas bteri kong tukar bateri pon xnk hidup kreta
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
waalaikumsalam tak kesah wire size apa pun asalkan ada sambungan. masalah kereta tak boleh hidup ada 2 jenis 1. tiada bunyi langsung semasa on switch kunci ketika ingin menghidupkan engine: jenis masalah seperti ini biasa starter motor bermasalah (boleh cuba ketuk pada bahagian badan starter motor dan cuba hidupkan engine) 2. ada bunyi semasa on switch kunci tetapi engine tidak mahu hidup: jenis masalah seperti ini perlu check batry, minyak petrol dan api pada sambungan ke spark plug untuk lebih detail dan masalah lain2 yang mungkin terlibat boleh direct whatsapp saya ke 0133185687 Terima Kasih
@halim1644
@halim1644 5 ай бұрын
bang mcmna nak tau yg bukan starter problem ..
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 5 ай бұрын
check menggunakan test light pada relay starter, semasa pusing suis kunci ke start, jika api tak sampai ke relay starter bermakna ada komponen yang bermasalah sebelum api sampai terus ke starter motor. jika api ada di relay starter motor, dan di wire cucuk pada badan starter motor, kemudian tak dapat start engine kereta, itu baru starter motor yang bermasalah. Terima Kasih
@aleefazmi6328
@aleefazmi6328 Жыл бұрын
bang kalau cabut kotak alarm ni kereta boleh start tak ? sebab saya punya kereta macamni juga. dah try cara abang tapi takboleh start jugak
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
jika cabut wire pada kotak alarm tak jadi masalah apa boleh hidup engine, cuma socket yang perlu jump wire seperti tertera divideo perlu disambungkan untuk sampaikan api dari switch kunci ke starter motor di engine, jika masih tak hidup (start on kunci tak bunyi apa2 senyap) perlu check relay starter dibahagian kotak fius engine, jika sampai api kedepan berkemungkinan starter motor bermasalah, ini adalah step untuk pemeriksaan kerosakan berkenaan engine tidak dapat dihidupkan, untuk nak comfirm lagi starter bermasalah, semasa start switch kunci, minta bantuan seorang untuk check menggunakan testlamp pada wire yang cucuk pada badan starter motor, jika ada api sampai comfirm starter motor bermasalah, cuba ketuk2 dulu starter motor, jika hidup boleh start engine, boleh kebengke berdekatan untuk ganti komponen kerosakan.
@cokolateboy
@cokolateboy Жыл бұрын
done subscribe
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
Terima Kasih🙏🏽
@hanifhaizie3445
@hanifhaizie3445 10 ай бұрын
Bang kereta kelisa saya gear P x bole start,gear N bole start,apa masalah bang?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 10 ай бұрын
cuba check pada bahagian cable bawah tombol gear, jika semua ok tiada bush atau apa2 pecah/ menghalang pergerakan gear knob ke P, check pula inhibitor switch pada gearbox🙏🏽 untuk maklumat lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687 Terima Kasih
@ruhaizat84
@ruhaizat84 8 ай бұрын
Im having d same problem also
@MrBuread
@MrBuread 7 ай бұрын
Assalamualaikum bang.. kalu alarm x jd time tekan button remote n kemudian kita biarkan mcm tu saja module alarm tanpa cabut soket besar tu, ada efek apa² ke cnth kuat makan beteri ke? tima kasih🤝
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 7 ай бұрын
Waalaikumsalam, jika tiada isu current leaking, contoh park kereta satu malam esok tak boleh start, baru perlu buat pemeriksaan dari mana punca kuat makan bateri, jika tak ada apa2 masalah untuk nak start engine ok sahaja👍🏽 Terima kasih juga sudi komen🫱🏾‍🫲🏻
@ahmadkhairulaziziahmad3073
@ahmadkhairulaziziahmad3073 11 ай бұрын
Bang spec wire tu mcm mana utk by pass wayar starter tu.. x peru ke alarm box..?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 10 ай бұрын
untuk sementara tak kesah pun berapa spec wire, asalkan ada sambungan untuk arus current lalu membolehkan engine dihidupkan🙏🏽 maklumat lanjut lebih detail boleh whatsapp saya ke 013-3185687 Terima Kasih
@WANMARYANIWANMOHAMADSOTAR
@WANMARYANIWANMOHAMADSOTAR 9 ай бұрын
Mcm kereta saya bila bawak kereta jauh sikit bila off kunci kereta tak unlock sendiri dan bila nak start balik dah tak boleh..jadi macam video diatas..adakah masalah alarm jgk...bila tekan remote kereta tak lock dan unlock...
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Күн бұрын
check bateri remote alarn, check bateri kereta dan sistem charging (alternator) pada kereta. jika semua dalam keadaan baik, berkemungkinan kebiasaanya modul alarm yang beri tanda awal mahu bermasalah. Terima Kasih
@milobing3608
@milobing3608 Ай бұрын
terima kasih bang,masalah sudah selesai,tapi kalau mau settle masalah ini kena tukar alarm box ke?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Ай бұрын
sama sama, iya perlu tukar alarm box, jika nak original boleh terus pasang sahaja tanpa buat wirering baru. boleh search di facebook "modul alarm atau alarm box". jika ke accesories dia akan pasang jenis aftermarket dan perlu wiring semula. Terima Kasih🫡
@milobing3608
@milobing3608 Ай бұрын
@@IzhamZurinGarage kalau tak mau tukar alarm box,wire direct saja,boleh tak?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Ай бұрын
@@milobing3608boleh sahaja, tak ada apa masalah besar, cuma jika nak tukar remote alarm baharu, nak reset untuk guna remote baru tak boleh, itu sahaja masalah. Terima Kasih
@apit8947
@apit8947 3 ай бұрын
kalau mcm ni kite ,kalo nk set remote baru boleh ke?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 3 ай бұрын
Untuk masalah modul alarm box, jika dah direct seperti ini untuk reser remote baharu memang tidak akan boleh disebabkan wire dari kunci tidak disambung masuk ke dalam modul alarm box. Terima Kasih
@PiJie_iRoSH
@PiJie_iRoSH Жыл бұрын
Viva pun kena loop soket tu jugak ke?sbb bila pasang alarm tu balik..bila kita tutup pintu,double signal berkelip lepas tu dia bunyi alarm ( horn)..kena on kunci pijak brake baru diam bunyi horn tu
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
maaf, loop socket ini hanya untuk kotak modul alarm rosak sahaja yang melibatkan masalah kereta tak boleh nak start, cuba encik check adjust sensitivity level pada modul kotak alarm itu jika ada (bulat dan ada garisan untuk pusingan adjust), jika tak ada sebaiknya pergi ke accesories untuk baikpulih kerosakan. Terima Kasih
@PiJie_iRoSH
@PiJie_iRoSH Жыл бұрын
@@IzhamZurinGarage sy nk bg bypass kotak alarm tu..sbb dia ada mslh akn bunyi sendiri bila kita lock guna remote..tp bila sy cabut soket dari kotak tu mslh starter takda api masuk pulak..pulas kunci starter jd kosong ja
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
cuba buka kotak alarm tu dan cuci dulu menggunakan pencuci electronic, diy ada jual, perfume pon boleh guna sebab ia bersifat alcohol, pastikan sebelum pemasangan perlu betul2 kering. jika masalah berulang kotak alarm tu mungkin bermasalah perlu buat pemeriksaan pada yang pakar, terima kasih
@muzliamir3391
@muzliamir3391 11 ай бұрын
Bang ,wire siren ori kelisa dia kaler ape ya bang ? Sbb alarm sy bru beli , tp siren xbnyi. Siren dh tukar baru dh. Test direct bunyi. Sambung pada alarm xbnyi. Sbb wire xtahu mana 1 siren ori dri kelisa
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 11 ай бұрын
maaf perlu check untuk kepastian, tapi boleh kenalpasti mana satu dengan cara buka casing modul kotak alarm, nanti pada bahagian pin socket board dalam tu ada tulis kod perkataan singkatan bagi setiap 1 pin yang akan keluar ke wire socket
@muhammadzulfikri6638
@muhammadzulfikri6638 Жыл бұрын
Baru kene tadi , start ii tak hidup lpastu bunyi alarm tekan remote alam mati , start enjin boleh
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
👍🏽
@edineammar4059
@edineammar4059 Жыл бұрын
Assalamualaikum, saya tadi ade masalah lain berkaitan fius ECU Yang sudah dibetulkan. Tetapi skrg ini ade masalah dimana kereta hidup Dan boleh berjalan, tetapi sesetengah masa enjin Tiba-tiba mati Dan tidak boleh hidupkan starter. Selepas beberapa saat enjin boleh dihidupkan semula. Adakah Ini masalah pada alarm ke sebab time betulkan fius alarm tidak stop Dan saya telah cabut bateri untuk stopkan alarm?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
waalaikumsalam maaf masalah seperti ini perlu check dahulu untuk kenalpasti masalah, semasa engine tidak dapat dihidupkan tu maknanya sewaktu start switch kunci kosong tiada bunyi? jika seperti ini masalah yang jadi, semasa masalah ini berlaku perlu check api sampai tidak pada wire sambungan di starter jika ada api tetapi masih tidak boleh dihidupkan ia masalah starter, jika tiada api sampai pada starter boleh check fuse yang berkaitan pada starter dan juga boleh check pada socket di module alarm seperti dalam video. berkenaan dengan engine tiba2 mati semasa kenderaan berjalan perlu check sekali sistem minyak petrol, fuel pump ataupun api pada coil/ spark plug. untuk pertanyaa lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687 Terima Kasih
@ayahyarra
@ayahyarra 10 ай бұрын
Sy punya kenari sama mcm ni juga ke nk matikan alarm..sbb button merah kecik tue dah tak ada
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 10 ай бұрын
nak matikan alarm cabut sahaja socket yang paling besar pada kotak modul alarm encik🙏🏽 yang tertera di video berkenaan masalah alarm rosak sehingga melibatkan masalah kereta tidak boleh start, jika nak matikan alarm hanya cabut 1 socket yang paling panjang/ besar sahaja🙏🏽
@sufiyassin6290
@sufiyassin6290 Жыл бұрын
Kereta kelisa alarm x hidup.kereta bole start mcm biasa..cuma alarm je x de..mcm mna nk check bos..ke ade fius ke kt mna2..
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
soalan encik berkenaan alarm ya? jika alarm perlu periksa modul alarm box pada bahagian tengah bawah radio berdekatan dengan console gear lever untuk perodua kelisa jika modul alarm masih original ia terletak disitu, jika tiada mungkin hanya socket sahaja ada disitu dan boleh menggunakan aftermarket modul alarm box yang dijual di shopee atau accesories lebih baik untuk siap pemasangan sistem alarm sehingga berfungsi pada kereta dengan baik, untuk pertanyaan lebih lanjut boleh whatsapp saya ke 013-3185687 TERIMA KASIH
@sufiyassin6290
@sufiyassin6290 Жыл бұрын
@@IzhamZurinGarage dh whatapp x de respon pun
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
maaf nanti saya check 1 per 1🙏🏽 Terima Kasih
@mohdzahid-jv5fg
@mohdzahid-jv5fg 10 ай бұрын
bang sya dah baypass socket tu tetap xhidup apa masalah lagi ye yang perlu sya lakukan
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 10 ай бұрын
mungkin ada masalah lain, boleh check api pada starter motor ada sampai atau tiada, kena check di bengkel bagi kepastian kerosakan. Terima kasih untuk maklumat lanjut boleh hubungi whatsapp 013-3185687 Terima Kasih
@GunawanSapabanda
@GunawanSapabanda 8 ай бұрын
Bosku Kalau kereta kembara boleh k
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 8 ай бұрын
untuk yang menggunakan modul kotak alarm yang sama seperti didalam video (socket sama) sistem sama boleh gunakan cara ini, jika socket yang cucuk ke modul kotak alarm berlainan sebaiknya cari seseorang yang mahir untuk kenalpasti diagram fungsi setiap 1 pin pada modul kotak alarm kereta. Terima Kasih
@amirulhaizat7079
@amirulhaizat7079 9 ай бұрын
Bang nak tanya klu alarm bermasalah kereta boleh tiba2 mati masa drive ke?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 9 ай бұрын
tidak pernah lagi saya terima masalah seperti itu, tapi rasanya takkan mati tiba2 semasa drive jika ada masalah berkaitan alarm. masalah yang melibatkan engine mati tiba2 masa drive biasanya berkenaan 1. komponen yang melibatkan supply api ke spark plug 2. komponen yang melibatkan supply bahan api (petrol) ke ruang pembakaran dalam engine Terima Kasih
@amirulhaizat7079
@amirulhaizat7079 9 ай бұрын
@@IzhamZurinGarage sblm ni kereta waja mmc saya mati2 x kira masa drive atau running enjin.hantar bengkel dia tukar mcm2 sensor pastu dah siap kita bayar total rm550 untuk masalah tu.tp.ada satu benda pomen x ckp dia cabut box alarm yg dekat belakang radio tu.xtaw ape sbb
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 9 ай бұрын
@amirulhaizat7079 jika ada masalah alarm modul kenderaan tak akan mati tiba2, biasanya masalah yang terjadi akibat kerosakan modul kotak alarm engine tak boleh start atau alarm berbunyi semasa bawa kereta, kecuali dia ada sambung wire alarm kepada sensor2 engine, yang foreman tukar sensor tu berkemungkinan betul, biasa masalah yang mengakibatkan engine mati tiba2 semasa pemanduan akibat sensor tidak dapat baca kitaran operasi engine, cuma kena betul2 kenalpasti punca kerosakan dari mana. itu sahaja Terima Kasih sudi comment dan berkongsi cerita🙏🏽🫡👍🏽terbaik
@muhammadzulfikri6638
@muhammadzulfikri6638 Жыл бұрын
Bang kereta saya , bunyi alarm lpstu diam sendiri , tapi kalau bukak pintu driver tak bunyi , bila bukak pintu penumpang . Bising 1 taman 😂 ,alarm rosak ke ?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
saya pernah juga jadi mcm ini, lagi parah semasa kereta sedang gerak atas jalan alarm bunyi, dah macam polis😅 penyelesaian masalah boleh cuba buka dulu kotak alarm tu, cuci board electronic kotak alarm dengan pencuci electronic spray yang ada jual di DIY atau perfume pun boleh, selesai cuci lap2 dan biarkan betul2 kering baru buat pemasangan semula, in sha allah menjadi jika bukan kerosakan yang teruk👍🏽
@cikkantin5494
@cikkantin5494 10 ай бұрын
@@IzhamZurinGarage salam bang..kelisa saya mcm tu juga..kadang dia bunyi alam sendiri waktu kereta tgh jalan..padahal alarm dah lama saya xpakai sebab dh rosak..jd boleh guna cara tu juga ke? cuci pin soket dlu?
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage 10 ай бұрын
waalaikumsalam, ya cuba cuci bersihkan dahulu, jika jadi elok alhamdulillah, jika tidak menjadi boleh cabut socket yang paling besar/ panjang pada alarm modul untuk offkan terus alarm. Terima Kasih
@MohdAzrol-zi7bf
@MohdAzrol-zi7bf Жыл бұрын
Bang kalau kita sambung wayar macam abang buat tu tapi alarm sentiasa berbunyi
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
maaf, itu soalan atau nak beritahu perkara yang terjadi bila buat direct wire mcm itu? ada satu lagi jenis masalah iaitu alarm tiba2 berbunyi sendiri semasa kereta sedang dipandu, ia kerana box alarm module mengalami sedikit masalah atau rosak, punca masalah datang dari titisan wap air yang terjadi dari kotak aircond yang berada pada bahagian atas alarm box module, cara baikpulih kerosakan, cabut, buka dan bersihkan menggunakan spray pembersihan peralatan electronic yang ada dijual di Shopee dan kedai DIY untuk bersihkan board boc alarm module, selepas itu pasang semula dan jika tidak mengalami masalah yang teruk, box alarm module akan baik dan boleh digunapakai semula secara normal, untuk mencegah masalah kerosakan berulang, lindungi box alarm module dengan sesuatu bagi mengelakkan wap air masuk kedalam board box alarm module. untuk lebih lanjut dan detail boleh whatsapp saya ke 013-3185687 Terima Kasih
@shahrulsidek5525
@shahrulsidek5525 8 ай бұрын
Bang kelisa saya,, alarm tiba2 bunyi,, apa punca bang?? Kdang 2 3 pgi bunyi,
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Күн бұрын
Perlu check sensor pada pintu, kebiasaanya sensor ini bermasalah boleh jadi ia berbunyi sendiri. Terima Kasih
@hafifmacho5612
@hafifmacho5612 Жыл бұрын
Kalau remote rosak, macamana nak hdupkan kereta
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
masalah remote alarm rosak kereta apa ya? model kereta lama jika remote alarm rosak ataupun tiada remote alarm tidak jadi masalah untuk start kereta, kecuali modul kotak alarm rosak seperti dalam video ini, boleh gunakan cara seperti ini bypass terus tanpa masuk ke dalam modul kotak alarm untuk hidupkan kereta untuk model kereta baharu tidak boleh hidupkan kereta jika remote alarm rosak kerana pada remote alarm mempunyai cip yang diselaraskan pada modul kotak alarm kereta bagi tujuan keselamatan anti thief pada kenderaan. Terima kasih
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
untuk masalah remote alarm rosak bagi kereta model baharu perlu baikpulih atau gantikan sistem alarm/ immobalizer yang bermasalah secara reprogramming menggunakan scan tools ataupun gantikan baharu untuk hidupkan kereta
@fxnexxxgaming6621
@fxnexxxgaming6621 Жыл бұрын
bng knpa kete sya xde socket alarm
@IzhamZurinGarage
@IzhamZurinGarage Жыл бұрын
perlu check disekitar2 kawasan terdekat seperti di video, mesti ada terselit mana2, ada setengah tu dia tarik keatas🙏🏽
小路飞嫁祸姐姐搞破坏 #路飞#海贼王
00:45
路飞与唐舞桐
Рет қаралды 25 МЛН
Don't look down on anyone#devil  #lilith  #funny  #shorts
00:12
Devil Lilith
Рет қаралды 20 МЛН
РОДИТЕЛИ НА ШКОЛЬНОМ ПРАЗДНИКЕ
01:00
SIDELNIKOVVV
Рет қаралды 3,4 МЛН
Spongebob ate Michael Jackson 😱 #meme #spongebob #gmod
00:14
Mr. LoLo
Рет қаралды 11 МЛН
Install Push Start button in any car at Home | DIY | Telugu
14:26
AutoFix - Telugu
Рет қаралды 453 М.
#14 Kelisa | Punca engine semput
21:42
Repair Je
Рет қаралды 47 М.
Causes of Engine Hooking | rpm unstable | kenary perodua
11:31
Dunia Automotif
Рет қаралды 133 М.
小路飞嫁祸姐姐搞破坏 #路飞#海贼王
00:45
路飞与唐舞桐
Рет қаралды 25 МЛН