Рет қаралды 174,395
Pasar Besar Dungun menjadi tumpuan kerana segala keperluan asas makanan ada di sini. Bukan itu sahaja, pakaian dan kelengkapan rumah juga boleh didapati di sini.
Bagi penggemar kueh mueh tradisi, Pasar Besar Dungun pastinya tidak akan mengecewakan anda. Pelbagai pilihan makanan di jual di sini. Apa yang pasti, rasanya sedap-sedap belaka.
Hasil laut segar yang dinaikkan di jeti Kuala Dungun semestinya menjadi idaman penggemar makanan laut. Sediakan saja duit, apa yang dihajati hampir pasti semuanya boleh didapati di sini.
Video ini adalah rakaman semula selepas video Pasar Besar Dungun sebelumnya mendapat sambutan daripada pengguna youtube. Kali ini, rakaman lebih menyeluruh berbanding video pertama.
Diharap anda terhibur menonton video ini. Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan. Saya menantikan komen anda di bawah. Terima kasih juga kerana membantu saya dengan subscribe channel ini seadanya.
Akhir kata, salam hormat kepada semua. Semoga kita jumpa lagi di video akan datang. Salute.
Khairulkhar Explorer
#ExploreYourPassion
Music: Nobody ( by FUGUE )
URL: icons8.com/music/