Рет қаралды 46,941
MAKANAN PALING SIHAT DI SELANGOR!
Mat Salleh Cari Makan Selangor kembali lagi dan dalam episod minggu ini, Rhys William berada di Kuala Selangor untuk belajar mengenai proses penyediaan sebuah menu iaitu Pecal.
Pecal adalah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran bercampur dengan kuah kacang, biasanya disajikan dengan nasi kukus atau kadang-kadang dengan lontong atau ketupat. Sos kacang yang digunakan dalam pecal juga serupa dengan gado-gado.
Sos kacang untuk pecal tidak mempunyai santan. Namun pecal telah dikaitkan dengan masakan jawa, sementara gado-gado biasanya dikaitkan dengan masakan Betawi dan Sunda. Di Indonesia, ia dipanggil sebagai pecel seperti yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa (Wikipedia)
Kami berada di Warung Soto Pasir Penambang untuk berjumpa dengan Puan Musripah untuk melihat proses penyediaan kuah kacang untuk Pecal dan berkongsi sejarah tentang restoran beliau.
Patut lah orang Jawa Selangor sihat sihat, ramai yang panjang umur. Secara teori, amalan makan pecal ni menyumbang kepada kesihatan penduduk setempat. Sebab bahan bahan yang digunakan dalam Pecal terdiri daripada pelbagai jenis sayuran seperti kangkung, pucuk ubi, toge, timun dan kuah kacang
Ada ke penonton Destinasi TV yang suka macam Pecal? komen pengalaman anda di bawah!
📍Lokasi » Warung Soto Pasir Penambang
Lot 321, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
☎️ 013-304 0072
www.google.com...
⏰ Waktu Operasi Isnin - Sabtu 10AM - 10PM
Ahad 10AM - 7PM
Facebook: Warung Soto Pasir Penambang 2
- - - - - - - - - - - - - - -
🎥TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » bit.ly/2mUNck4
👕BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » bit.ly/2Y6xHab
💗SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » / destinasitv
RHYS WILLIAM » / si_rhys
- - - - - - - - - - - - - - - -
🎬KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI
( / ahmadzamri )
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN ( / alfaezy )
- - - - - - - - - - - - - - - -
📺 Latar Belakang Destinasi TV 📺
Destinasi TV merupakan channel KZbin di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di KZbin adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist KZbin Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
Ada ke penonton yang pernah makan dekat sini? kongsikan pengalaman anda diruangan komen!