Рет қаралды 179
Projek LRT3 Bandar Utama - Johan Setia
Bahagian Perancangan Rel APAD telah mengadakan pemeriksaan tapak bagi Projek LRT 3 Bandar Utama-Johan Setia bagi Eastern Package. Antara lokasi pemeriksaan yang dijalankan adalah di Stn 03 BU11 dan Stn 05 Damansara Idaman Jajaran Bawah Tanah dan East Portal.
Tujuan pemeriksaan tapak ini dijalankan adalah bagi memastikan pembinaan Projek LRT3 ini mematuhi syarat-syarat skim kereta api yang telah diluluskan yang merangkumi aspek keselamatan, kualiti dan status kemajuan projek.