Рет қаралды 508,070
Join "Membership" APHD Channel dan pilih "Exclusive video" untuk mendapatkan akses video eksklusif
JOIN NOW
► / @aphdchannel
Anda juga boleh download Mobile Apps APHD Channel dan langgan "subscription" untuk mendapatkan dokumentari "Exclusive" , Tanpa Iklan dan Early Access
DOWNLOAD NOW
► linktr.ee/aphd...
_______________
Perang Nuklear Rusia VS Ukraine Dan Nato
Perang Rusia-Ukraine yang bermula pada 24 Februari 2022, dengan tiada tanda akan berakhir malah semakin tegang. Tajuk berita-berita antarabangsa akhir-akhir ini, mula menulis tentang ancaman penggunaan senjata nuklear dalam perang ini.
Pada awal September 2022, Rusia telah menawan seluas 116,000 km persegi kawasan di Ukraine, iaitu meliputi bandar-bandar utama di Selatan dan Timur Ukraine, serta mengawal laluan perdagangan penting di Laut Hitam.
Pada 23-27 September, Rusia telah mengadakan referendum, atau pungutan suara, untuk mengambil 18% wilayah milik Ukraine, dan pada Jumaat 30 September 2022 Presiden Putin mengadakan upacara formal bagi mengisytihar wilayah baharu milik Rusia, iaitu Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia. Putin berikrar akan melakukan apa sahaja untuk melindungi kedaulatan Rusia, termasuk ancaman nuklear dan ini boleh menyebabkan konflik semakin buruk
Jadi dalam video kali ini, kita akan melihat situasi tegang terkini dalam Perang Ukraine-Rusia sehingga membakitkan isu penggunaan senjata nuklear.