Jika mana-mana pakar Syariah dan Bank Islamic hendak menggunakan Hadis tentang kambing URWAH dan mengambil untung berganda, mereka perlu melepasi TIGA syarat iaitu; 1)PENIAGA perlu membeli terlebih dahulu barangan yg hendak dijual 2) Memastikan barangan dagangan adalah berupa barangan boleh alih seperti kambing/makanan/kereta & lain² barangan BOLEH ALIH 3) menepati hadis riwayat Yahya bin Yahya bahawa Rasulullah melarang menjual barangan yang dibeli ditempat/dipasar yang sama; وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كُنَّا فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبْتَاعُ الطَّعَامَ فَيَبْعَثُ عَلَيْنَا مَنْ يَأْمُرُنَا بِانْتِقَالِهِ مِنْ الْمَكَانِ الَّذِي ابْتَعْنَاهُ فِيهِ إِلَى مَكَانٍ سِوَاهُ قَبْلَ أَنْ نَبِيعَهُ 22.32/2811. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata; Saya membaca di hadapan Malik dari Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata; Kami di zaman Rasulullah Shallallu 'alaihi wa sallam pernah membeli makanan, lantas beliau mengutus seseorang untuk memerintahkan kami agar pindah dari tempat jualan kami, menuju tempat lain sebelum kami memasarkannya". Apabila menepati syarat menjual barangan BOLEH ALIH yg akan dijual ditempat lain seperti di atas, barulah seseorang boleh mendapatkan untung sebagaimana yang mereka kehendaki. Berkenaan menjual barangan TIDAK BOLEH ALIH seperti Tanah, Rumah dan sebagainya perlu memenuhi syarat; 1)Tidak boleh membeli barangan yang sedang dibeli orang lain. -Kita pembeli rumah berurusan dengan penjual rumah dengan membayar 10% kepada penjual rumah melalui peguam penjual, manakala Bank Islam mengambil peluang yang terhidang apabila urusan jual-beli rumah dibuat di premis Bank Islam untuk melakonkan watak sebagai pembeli pertama dan menjual kembali kepada pembeli asal dengan harga dua atau tiga kali ganda dari market value. 2)Tidak boleh menjadi pihak yang memonopoli harga pasaran. -Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Bank Islam dan Bank Konvensional telah memonopoli perniagaan dengan menetapkan syarat dan memanipulasi sistem agar rakyat terikat dengan sistem dan syarat yang mereka tetapkan. 3)Tidak boleh Orang Tengah mengamalkan membeli terlebih dahulu hasil petani,sedang petani/pemaju perumahan berupaya mencari pembeli mereka sendiri. Kebanyakan orang tengah(Bank Islam) akan menjual harga yang mahal atau 2@3 kali ganda dari harga asal. berdasarkan hadis; وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُتَلَقَّى الرُّكْبَانُ لِبَيْعٍ وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا يَبِعْ حَاضِرٌ لِبَادٍ وَلَا تُصَرُّوا الْإِبِلَ وَالْغَنَمَ فَمَنْ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا فَإِنْ رَضِيَهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ سَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِنْ تَمْرٍ 22.11/2790. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya dia berkata; Saya membaca di hadapan Malik dari Abu Az Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Janganlah mencegat pedagang untk memborong barang-barangnya (sebelum sampai ke pasar); jangan membeli barang yang sedang dibeli orang lain; jangan menipu; orang kota hendaknya tidak memborong dagangan orang dusun (dengan maksud monopoli dan menaikkan harga); jangan menahan susu unta atau kambing yang akan dijual supaya kelihatan susunya banyak. Jika dia membeli dan memerahnya setelah membali, maka dia boleh memilih dari dua keadaan, jika ia suka, maka dia boleh ditahannya namun jika tidak suka dia boleh mengembalikannya dengan satu sha' kurma (pengganti susu dan perahannya). Pertanyaan seorang ustaz bernama Ustaz Ahmad Umar kepada saya yang menyokong sistem jualan Bank Islam dengan memetik Hadis; Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaybar sebegini?”, jawab lelaki itu: “Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6 kg) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa’ (6 kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg). Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu.” (Riwayat Al Bukhari) Dari hadis tersebut adakah nabi pun nak manipulate hukum supaya nak elak riba maka tukar akad jual beli??? Mohon jawab.. Jawapan saya kepada ustaz Ahmad Umar; Ya, itulah jual beli yang HALAL yang sahabat lakukan berdasarkan apa yang Rasulullah perintahkan. Tapi sejauh langit dan bumi jika dibandingkan dengan BANK ISLAM. Mereka cuba menangguk di air keroh, BANK ISLAM adalah orang tengah, bukan seorang peniaga. Jika BANK ISLAM itu peniaga dimana buah tamar 3kg milik BANK ISLAM yang hendak dijual untuk mencairkan ia menjadi duit Ringgit Malaysia. Janganlah berpusing-pusing dengan istilah Arab untuk menampakkan HALAL perkara HARAM berniaga atas angin tanpa memiliki barang/aset diniagakan terlebih dahulu seperti Sahabat Rasulullah tadi. BANK ISLAM cuba menjadi tamar 3kg milik orang lain sebagai miliknya sebelum dicairkan sebagai komoditi dalam bentuk duit Ringgit Malaysia untuk dijual atau dipinjam kepada pihak pembeli dengan kadar 2@3 kali ganda... Nauzubillahi min Zalik. Sehingga kini saya tidak nampak BANK ISLAM ini boleh bertindak sebagai "peniaga" apabila meneliti dua tiga hadis ini tetapi lebih kepada membuat perlanggaran Hadis. Manakala yang sebenarnya disebut "peniaga" adalah mereka yang memiliki hasil tani untuk dijual, memiliki hasil ternakan untuk dijual, pemilik rumah/pemaju perumahan memiliki aset tersebut untuk dijual adalah menepati prinsip sebenar seorang "peniaga" iaitu mereka adalah pemilik asal barangan dan bukannya bertindak sebagai orang tengah yang makan atas angin dan menangguk di air keroh. Bank-bank Islam ini menetapkan kepada penjual rumah atau hartanah untuk menjual mengikut harga semasa sedangkan mereka sendiri (Bank Islam) dibolehkan menjual melampaui harga semasa dua atau tiga kali ganda ketika perjanjian jual-beli dibuat. Ini adalah penganiayaan kepada pembeli dan kerosakan yang nyata kepada sistem ekonomi. Moga Allah SWT hancurkan sistem yang mereka telah ada-adakan. Kini Bank Islam memerangkap penghutang yang dibiayai pinjaman dengan menawarkan produk komoditi sawit yang dijual 2 hingga 3 kali ganda dari harga semasa untuk menghalalkan jual beli dan pembiayaan yang mereka beri. Inilah juga disebut RIBA kerana di dalam pembiayaan terdapat Syarat perlu membeli Produk Bank yg dijual 2 hingga 3 kali ganda bagi meluluskan pembiayaan. Sebenarnya terdapat perbuatan kes PECAH AMANAH yg dilakukan oleh Bank Islam sebagai agen yg dilantik apabila Produk yg dibeli 3 kali ganda telah dijual murah untuk memberi duit tunai kepada kita yg dibiaya pinjaman.
@saifulazhar195711 ай бұрын
isunya ialah bank tidak beli dari supplier. kerana bank pikul risiko yg tinggi bila bank beli dan memelik asset. bank kene pegang capital yg tinggi against asset tu. narrative jual beli temberang saje. bank jual barang yg bukan ia miliki. ni haram!
@Ear_Hear_Wear_Gear11 ай бұрын
17:00 👍❤️
@amirulmuminin419811 ай бұрын
Arabic Words اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ Romanic Words Allahumma Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad The 5 Extra Zikrs Subhanallahi Wa Bihamdihi Subhanallahil 'Aziimi Subhanallahi Alhamdulillahi Laa ilaa haa illallahu Allahuakbar Astaghfirullahal 'Aziim Allazi Laa ilaa haa illaa Huwal Hayyul Qoyyumu wa atuubu ilaih Hasbunallahu Wa Ni'mal Wakiil ____
@bkslyg263111 ай бұрын
Takbir
@hojiqabait11 ай бұрын
Promoter palatao belum terbuka hijabnya akan penciptaan wang menerusi aqad. Bank takde duit tanpa aqad - fundamental modern money mechanics. 'Bank' adalah sejenis trade peminjam wang berlesen di bawah BNM. Buku 'Panduan Bebas Riba' adalah menyesatkan.
@eidrealyasir854811 ай бұрын
Ustaz Lariba? dlm bahasa arab; La = Tiada Riba = Riba La + riba = Lariba Lariba = Ustaz Lariba. 😃😃😃 Semoga ustaz Lariba dapat mencegah riba😊👍
@muhsin_8911 ай бұрын
❤
@mohdrozibakar64093 ай бұрын
BNM sendiri hidup ats riba....BNM ibarat akar tunjang........mmg dah tak bleh tukar dah sistem perbankan negara kita
@eidrealyasir854811 ай бұрын
👀
@mohdrazali36425 күн бұрын
assalamualaikum ustaz.. Riba adalah untuk mengelak dari penindasan dan ketidak adilan kepada peminjam dan pemberi pinjaman, jika tahun ini kita beri pinjam RM400K dgn nilainya sama dgn 1kg emas dan jika akan di bayar 20tahun akan dtang dgn sama nilai iaitu RM400k, sedangkan pada masa itu RM400k hanya sama nilai setengah kilo emas, di mana keadilan kepada pemberi pinjam duit dan adakan ini satu penindasan kepada pemberi pinjaman .? jika seseorang bagi pinjam 1kg emas dah bila bayar dia minta lebih dari 1 kilo emas, itu jelas penindasan kepada peminjam kerana nilai emas itu ikut keadaan semasa.. munkin zaman nabi merujuk kepada wang emas dan perak kerana nilai dia sentiasa mngikut keadaan semasa jadi pembayaran pun tetap sama jika pinjam 1 dinar emas walaupun 1400tahun tetap kena bayar 1 dinar, sb zaman nabi 1dinar emas boleh dapat 1 ekor atau 2 ekor kambing, sama seperti zaman ini jika 1 dinar emas hanya dapat 2 ekor kambing yg besar.. dan boleh ke saya bagi pinjam 10 dinar emas (harga semasa RM10000) dan saya mahu dia bayar satu 10 dinar emas atau dgn duit mengikut kadar harga 10 dinar emas pada 5 tahun kedepan munkin harga RM15000 ?
@khairyzal72438 ай бұрын
"FRACTIONAL RESERVE" Tu je dah riba'. Sumber dah riba' hasilnya semua halal ke?
@shamsuddinariff282011 ай бұрын
As salam ustaz, mcmana agamawan nk bahaskan sebab sistem negara tidak berasaskan ISLAM (al Quran dan sunnah) dan pendapatan negara byk dtg berasaskan riba. Dlm bank syariah ada byk keharamannya dr bank konvensional. Dlm bank syariah terdapat multiakad dan berbagai keharaman nya
@shamsuddinariff282011 ай бұрын
Klau kite fikir logik aje, bank2 dlm Malaysia ini semua bank duduk bawah bank negara dan bank negara duduk bawah bank dunia kan. Adakah bank konvensional akan ikut ISLAM, dasarnya adalah manafaat aje bukan syariat.
@saifulazhar195711 ай бұрын
Bank Islam tak beli asset kerana asset tidak terbukti dalam balance sheet bank. only narrative yang tidak ternyata. Hakmilik aset tak berpindah ke bank. sekiranya berlaku, bank diwajibkan memegang capital against the asset. This is not what the bank wanted. Stress to hold capital against the asset.
@eidodoos11 ай бұрын
menarik. ada penjelasan yg lebih pnjg tak tuan? ada buat video atau penulisan utk sy baca?
@BangsarFengtao11 ай бұрын
Knp nak pegang aset, tggu ada org nak beli rumah, baru bank Islam beli rumah tu dan jual on the spot.
@saifulazhar195711 ай бұрын
bank kene jadi pemilik asset sebelum menjualnya kepada customer. dalam accounting, banks put the asset on their banking book or balance sheet untuk membuktikan they own the assets.
@BangsarFengtao11 ай бұрын
@@saifulazhar1957 tak perlu pun. Ko je memandai
@saifulazhar195711 ай бұрын
Kamu juge lah yang terpandai@@BangsarFengtao
@bmz947411 ай бұрын
Salam. Antara cara untuk mengetahui samaada perbankan Islam ini riba atau tidak ialah menggunakan kaedah mubahalah seperti yang pernah dilakukan oleh Khalid Al Walid. Demi membuktikan yang Islam adalah agama yang benar, Khalid Al Walid telah meminum racun di hadapan penduduk yang masih kafir. Racun tersebut tiada memberi kesan kerana Allah telah berjanji untuk mempertahankan 'cahaya-Nya' atau kebenaran. Guna kaedah yang sama untuk debat riba perbankan Islam. Dua pihak berada di satu pentas untuk berdebat dan masing-masing di akhir acara, dua-dua berdoa kepada Allah untuk menurunkan bala atau penyakit yang berat dalam tempoh tertentu kepada salah seorang pendebat yang salah. Dengan ini kita akan dapat jawapan segera daripada Allah SWT. Kaedah ini juga dicadangkan oleh Sheikh Imran Hosein. Maaf ye tulis panjang sikit. Allahualam..
@eidodoos11 ай бұрын
bank peringkat dunia tuan. bukan peringkat malaysia.
@BangsarFengtao11 ай бұрын
Itu nama dia mubahalah. Taip panjang2 tapi nama konsep pn tak tau sebut.
@bmz947411 ай бұрын
@@eidodoos Ye betul ini bank dunia punya sistem. Tapi riba tetap riba. Dosa tetap dosa. Ini hak semua orang Islam untuk tahu dia telah terambil riba atau tidak dalam sistem perbankan Islam. Sekarang ni samar2 sbb ramai agamawan dan bekas ceo bank yang kondem perbankan Islam. Jika riba, kita semua yang beriman kena cuba elakkan semampu mungkin.
@bmz947411 ай бұрын
@@BangsarFengtao Terima kasih tuan sbb tlg ajar..
@shafieq32511 ай бұрын
bagus jugak, tapi siapa yang nak buat😄
@idaharmohamedsohaimi391411 ай бұрын
"Money and bank" vs "money is bank"
@saifulazhar195711 ай бұрын
yes, bank creates money ie deposits, when they make loans
@atncreativechannel20844 ай бұрын
Sapa nama ustaz ni ye..sbb klu blh sy ada permasalahan nak tanya..tq
@kenapadengansaya54054 ай бұрын
Ustaz nor derus
@xGen72011 ай бұрын
hujah followers lariba selalu guna ialah analogi ayam sembelih dgn ayam tak sembelih atau sex dengan akad nikah vs sex di luar nikah
@eidrealyasir854811 ай бұрын
Owh...bgi pendapat sya...sya ulang,ini bagi pendapat sya. Kaedah yg mereka gunakan itu sangat berbahaya dan cendrung kpd kezaliman; penyalahgunaan maksud akad.Sedangkan 'akad' itu sendiri ada konteksnya. Perkara haram tak akan jadi halal hanya kerana akad atau ada persetujuan bersama. Sbgi cth orang berzina jga ada persetujuan bersama; jika tiada bermakna bukan zina tapi rogol.
@Eaglesky711 ай бұрын
Biar papa asal bergaya..rumah mesti bagus..kereta mesti branded...dosa pahala tu simpan dulu kat stor masjid..hidup cam nasara pun takpa..janji nampak class gituu