Рет қаралды 42,218
KUALA LUMPUR, 22 Jul: Seramai 228 orang Pegawai Kadet Akademik Latihan Ketenteraan (ALK) telah ditauliahkan dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Padang Kawad ALK, Kem Perdana Sungai Besi, hari ini (22 Julai 2023).
Kesemua Pegawai Kadet ALK itu terdiri daripada 136 Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 46 Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 46 Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Pegawai Kadet itu juga merupakan graduan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang telah tamat pengajian pada November tahun lalu dan seterusnya mengikuti Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) selama 6 bulan di kolej perkhidmatan.
#airtimes #pertahanan #ALK #pegawaikadet #UPNM #LKTA #TDM #TLDM #TUDM #ATM #YDPA #SungaiBesi