Рет қаралды 11,951
Rayuan anak meminta mencari ibunya, menguatkan semangat dan keyakinan Pegawai Kanan Bomba II Muhammad Amirudin Mohd Hassan untuk masuk ke dalam lurang kumbahan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Masjid India pada 23 Ogos lalu.
Kisah itu dikongsikan dalam Podcast Apa-Apa Saja Harian Metro yang turut menjemput Pegawai Operasi BBP Titiwangsa, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Azam Alip sebagai panel dan dikendalikan oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor sebagai moderator.
Meskipun berdepan gas berbahaya dan pergerakan yang terbatas, Muhammad Amirudin dapat melakukan selaman sejauh 20 meter dan turut mengesan halangan.
Sementara itu, Mohd Azam yang turut terbabit SAR mangsa tanah jerlus selama sembilan hari mengakui ia antara operasi berisiko.
www.hmetro.com...
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di www.hmetro.com.my