Рет қаралды 22,113
Pokok kemboja atau juga dikenali sebagai pokok cempaka kubur, frangipani atau plumeria merupakan pokok yang mudah dijaga dan sesuai di tanam di halaman yang bersaiz sederhana atau kecil. Pokok ini boleh dijadikan pokok utama atau pokok fokal dalam landksap di kediaman. Sifatnya yang mudah dijaga dan mempunyai akar yang tidak merosakkan struktur bangunan menjadikan pokok ini menjadi pilihan para pemilik kediaman. Ikuti penjelasan dan tips penjagaan pokok kemboja hanya di Pokok Hijau Channel!
-------------------------------------------------
Mengenai Pokok Hijau Channel
Peminat dan pencinta landskap, kebun, halaman dan pertanian di Malaysia. Kerja landskap, kebun, halaman dan pertanian yang nampak kotor dan biasa sebenarnya memberikan kepuasan sekiranya dibuat dengan penuh tekun serta minat dan sudah pasti menjanjikan seribu kepuasan dan merupakan terapi kepada ramai peminat. Nantikan tips percuma membentuk landskap dan halaman yang cantik terutamanya peminat konsep tropika atau tropical garden atau dikenali sebagai balinesse landscape. Juga tips percuma kebun dan pertanian yang sangat penting untuk membentuk halaman dan landskap yang cantik.
Selamat berlandskap dan membentuk halaman idaman serta berkebun dan bertani semua!
sila ikuti Pokok Hijau Channel di media sosial untuk sebarang info terkini
/ pokokhijau.channel
/ pokokhijauchannel
subscribe Pokok Hijau Channel di KZbin
/ @pokokhijauchannel