Рет қаралды 2,427
Apabila bercerita mengenai muzik rock tanah air, nama Lefthanded pasti akan disebut. Mereka diletakkan antara ‘ranking’ paling atas dalam senarai kumpulan rock tanah air selain Search, Wings, May, Bloodshed dan banyak lagi. Sejak dikenali selepas menyertai pertandingan Juara Rock pada 1983, Lefthanded terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Kini, bersama dua anggota yang cukup sinonim dengan Lefthanded iaitu Man Kidal (gitar) dan Datuk Nash (penyanyi), mereka disertai oleh Hafiz Dayak (dram), yang juga anak bekas pemain dram Lefthanded, Allahyarham Man Dayak, Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass).
Berita lanjut sila layari news.ewana.asia