Рет қаралды 16,882
#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif filem dokumentari klasik, ''Kesah Kampong Kita: Dewasa Membawa Bahagia (1967) arahan Allahyarham Abdullah Chik. Diterbitkan Filem Negara Malaysia (kini FINAS), filem kedua dari siri Kesah Kampong Kita ini bertemakan pendidikan kepada masyarakat kampung yang mampu mengubah kehidupan mereka daripada cabaran ekonomi.
Ayuh tonton filem bersejarah ini secara eksklusif di slot 'Retrospektif' saluran KZbin FINAS Malaysia pada 20 November 2020 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di / finasmalaysiamy
Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘Kesah Kampung Kita' (Dewasa Membawa Bahagia) (1967) ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment
● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.
● Tayangan Filem 'Kesah Kampung Kita' (Dewasa Membawa Bahagia) (1967) ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**
● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**