RETROSPEKTIF : KAMPUNG GANDA TEMENGOR (1976)

  Рет қаралды 81,876

FINAS Malaysia

FINAS Malaysia

Күн бұрын

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Kampung Ganda Temengor (1976)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan kisah sebuah desa yang terletak di tengah-tengah hutan belantara di Ulu Perak yang akan tenggelam apabila Projek Empangan Hydroeletrik siap nanti. Sebuah perkampungan baru di sediakan bagi penduduk-penduduk di Desa Temengor ini, lengkap dengan segala kemudahan asas. Turut dirakamkan adalah langkah-langkah pemindahan yang dijalankan bermula dari mesyuarat perancangan hinggalah ke hari perpindahan yang dijalankan pada bulan Ogos 1976. Peralatan dan barang kepunyaan penduduk di bawa dengan menaiki lori, haiwan ternakan di pindah dengan dikendalikan oleh Jabatan Haiwan, manakala wanita, kanak-kanak dan warga emas di bawa dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia. Kawalan rapi di jalankan oleh anggota-anggota petugas keselamatan sepanjang tempoh perpindahan di jalankan. Pada 4 Ogos 1976, KDYMM Sultan Perak diiringi Menteri Besar Perak dan Pengerusi Lembaga Letrik Negara merasmikan perkampungan baru ini yang di beri nama Kampung Ganda Temengor.
Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 2 Disember 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan KZbin FINAS Malaysia pada 3 Disember 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di • RETROSPEKTIF : KAMPUNG...
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia

Пікірлер: 223
@wansatirahwanmohdsaman5537
@wansatirahwanmohdsaman5537 Жыл бұрын
Terima kasih Finas Malaysia atas dokumentasi yg sangat bermakna, saya berumur 2 tahun ketika dipindahkan dengan helikopter tersebut, mak bgtahu, saya menangis takut dlm helikopter, bila dah masuk rumah, komplen pula rumah berduri (selumbar kayu), sebelum dipasang tikar getah sbg alas. Banyak sungguh kenangan di sini. Rumah yang dilawati Tuanku tu rumah moyang saya Hj idris. Moyang meninggal pada usia 113 tahun selepas beberapa tahun berpindah, Teringat beliau kuat berkebun di belakang rumahnya wapaupun badan sudah bongkok. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, bakal penghuni syurga.
@FinasMalaysiaMY
@FinasMalaysiaMY Жыл бұрын
❤️
@brofirdaus4878
@brofirdaus4878 11 ай бұрын
Panjang Umur org dulu2..113 tahun Masih kuat berkebun..semoga roh moyang puan dicucuri rahmat..Amin..
@mohdzulazrichannel1795
@mohdzulazrichannel1795 2 жыл бұрын
Tengok lg sekali video ni. Rindu kg temenggor wlaupon lahir di kg ganda temenggor. Nama arwah pah...nma mak dan kak yg sulong antara nama disebut dlm video ni. Saya lahir tahun 91....terima kasih semua pihak yg menguruskan perpindahan ni...alhamdulillah
@norhadzirahramli74
@norhadzirahramli74 3 жыл бұрын
Terharu, nak menangis tengok orang kampung dilayan begitu first class
@jeffreyzain
@jeffreyzain 3 жыл бұрын
TERIMA KASIH FINAS! TERUBAT RINDU MELIHAT SEMULA SEBAHAGIAN LIPATAN SEJARAH TAHUN 70AN YANG BERJAYA DIBERI NAFAS BARU UNTUK TONTONAN ANAK BANGSA BUMI MALAYSIA 🇲🇾🌺
@zamnahzulaikhazamnahzulaik787
@zamnahzulaikhazamnahzulaik787 3 жыл бұрын
Seronok tengok masa lalu.... Teringin kembali.... Tapi X kan mungkin... Rasa Damai... Tenang... Kicauan burung... Ayam berkokok
@AMAM-jp6nb
@AMAM-jp6nb 3 жыл бұрын
Masa ni betul² org Malaysia. Tiada PATI Indon jauh sekali bangla & Myanmar.
@zainuddinothman3770
@zainuddinothman3770 3 жыл бұрын
Kalau ada kereta back to the future boleh lah kembali kak
@noormazmiza3870
@noormazmiza3870 3 жыл бұрын
Tq finas,dpt jugak kami cucu cicit tgok sejarah kg kami yg amat bharga nie.. alfatihah buat yg tlah pergi..
@shahfini3320
@shahfini3320 2 жыл бұрын
Terima kasih FINAS....dapat lah kita tengok sejarah era tahun 70an.....Ye memang betul pihak tentera perlu pada masa tu bagi menjaga keselamatan.....terima kasih pasukan tentera....GAGAH SETIA....
@faizhjkadir2493
@faizhjkadir2493 Жыл бұрын
Bile tgk video lama dulu2.. cuaca macam tak panas langsung.. rilek je berjemur tak nampak peluh menitik.. sekarang ni panas cam matahari nak sejengkal dengan kepala..
@markqlatekitchen2723
@markqlatekitchen2723 3 жыл бұрын
Filem2 lama gini patut siar di tv, generasi kini boleh lihat tgok semua. Terasa syg kat negara kita tgok orang dulu2.
@sitikhadijah-co4fd
@sitikhadijah-co4fd 2 жыл бұрын
Budak sekarang mana nak tengok tv dah. Semuanya pegang phone ajer
@yusofkahal7569
@yusofkahal7569 Жыл бұрын
Unifom tentera zaman ini memang terbaik,,nampak sungguh garang,,tahan lasak,,terims kasih anggota tentera yg terlibat,,Al Fatihah kepada anggota yg telah pergi,,semoga semua ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman,,jasa kalian amat tinggi,,terima kasih sekali lg,,
@ccsccs6212
@ccsccs6212 2 жыл бұрын
Coloreng tu nostalgia sungguh. Celoreng masa rekrut dan kekal sampai pencen.
@zanaanas3865
@zanaanas3865 3 жыл бұрын
Sungguh kerajaan pandai ambil hati penduduk sgt menjaga kebajikan mrk. Seronok tgk
@rizone2504
@rizone2504 3 жыл бұрын
biase kita dengar 1 rumah pindah .. ni satu kg pindah wehh .. salute pde pihak pemerintah .. yg tlng dari A smpi Z.. bila lagi kita nk dpt pemerintah yg btul2 amanah mcm ni .... :(
@yiecombat2412
@yiecombat2412 2 жыл бұрын
Lihat orang sekarang sejarah tentera kita, semoga mereka dirahmati dari allah hingga sekarang
@abdullahbinramlinorhasliza4443
@abdullahbinramlinorhasliza4443 3 жыл бұрын
Kenangan 1976 dekat kg saya Air Panas Grik terharu melihat kerjasama dari semua agensi dan Tentera
@수염-s5g
@수염-s5g 2 жыл бұрын
Kampong ni memang dalam la nak masuk...Tinggal buat selamanya Kalau empangan pecah barulah nampak tapak kampong dulu
@samsulnazri2008
@samsulnazri2008 3 жыл бұрын
Dapat juga tgk sejarah perpindahan kampung aku
@royalmalayregiment5787
@royalmalayregiment5787 2 жыл бұрын
Ini negaraku, tanah tumpah darahku, In Shaa Allah akan ku pertahankan sedaya nya hingga ke titisan darah yg terakhir. Demi agama, bangsa & tanah air.
@mufahir6937
@mufahir6937 2 жыл бұрын
terbaik FINAS LLN - lembaga letrik negara
@abdullahbinramlinorhasliza4443
@abdullahbinramlinorhasliza4443 3 жыл бұрын
Saya orang kg air panas bekerja kontrak membakar memerun kayu kayu yg sudah di tebang utk d jadikan kg ganda tahun 1974
@PakAtan-g3e
@PakAtan-g3e 5 ай бұрын
Semoga Allah terimanya sbagai ibadah..amin
@amrperdana
@amrperdana Ай бұрын
Aamiin..mantap bang
@sitinorlida8997
@sitinorlida8997 3 жыл бұрын
Alhamdululillah. Terima kasih Finas yg tlh merakam dan menerbitkan rintitan kisah benar ini. LLN dan Pihak tentera yg bekerjasama dlm usaha membangunkan rakyat. Menitik air mata bila pertama kali dpt tonton kisah benar ini. Ramai waris kami terlibat dlm peristiwa ini. Ibu bapa kami tidak turut serta dlm perpindahan ini. Mereka je Kg. Pahat dan kemudian balik ke Kg Padang Kunyit. Kg kelahiran ibu kami. Terima kasih sekali lg bg semua yg terlibat. Ianya mnjd sebuah sejarah yg indah.
@dilf8
@dilf8 7 ай бұрын
aminnn terbaik tentera ku dan kami gembira bila cerita lama yg kami tidak mengetahui dapat di lihat semula allah humaa aminnn
@MZmz67
@MZmz67 3 жыл бұрын
Tahniah FINAS, Kerajaan Perak, LLN, ATM, PDRM, JKNP dan semua yang terlibat
@narmadaram1823
@narmadaram1823 3 жыл бұрын
i used to teach here😊.1988 . teacher yamuna . ada yg masih ingat..?
@blesseslife9108
@blesseslife9108 6 ай бұрын
Mesti la ingat teacher apa kabar..?duduk kt mna skrg?
@fauzidaud3268
@fauzidaud3268 2 жыл бұрын
aku pernah tinggal rumah mcm ni air dari anak sungai letrik jangan mimpilah tapi gembira tenang dan amat amat mendamaikan betol TEMPAT JATUH LAGI D KENANG INI KAN PULA TEMPAT BERGURAU BERMAIN.,
@ahmaddollah8360
@ahmaddollah8360 Жыл бұрын
Besar pengorbanan para tentera kita.... sekarang apakah nasib sebenar pejuang2 tersebut.
@fenathan36
@fenathan36 2 жыл бұрын
I've operated here too providing armoured security to the area during the later stages of the construction of the Temenggor Dam that was built by the Japanese company Hazama Gumi. We had our camp on site in Temenggor after the river had been dammed. I was also stationed at Batu 2 Grik providing security to the construction company that built the East-West Highway from Perak to Kelantan. (FEN/UK)
@pusakkunin7102
@pusakkunin7102 2 жыл бұрын
Are you from ATM ?
@wanlokmanwanidris3966
@wanlokmanwanidris3966 2 жыл бұрын
Tq sir..for the excellent services
@fenathan36
@fenathan36 11 ай бұрын
Yes. Minta Maaf for this delayed reply. Saya berkhidmat di Kor Armor Diraja, Tentera Darat, ATM selama 20 tahun dari 1968 hingga 1988.
@rauna57
@rauna57 2 ай бұрын
@@fenathan36svc 20 yrs... …?? should have a year more to get yur pension……😢
@norazlindaabdulaziz7104
@norazlindaabdulaziz7104 3 жыл бұрын
Terima kasih finas. Dokumentari ini amat bermakna kepada kami generasi muda kg ganda temengor mengenai sejarah kg kami.
@izarulhakimi259
@izarulhakimi259 3 жыл бұрын
ada yg kenal dak dlm video tu?
@HeyPadukaWali
@HeyPadukaWali 3 жыл бұрын
@@izarulhakimi259 soalan yg sama
@rahmanismail5594
@rahmanismail5594 3 жыл бұрын
Dulu cuma dengar lagu Kg Temengor jer oleh Kumpulan Blues Gang, sekarang baru tahu asal tasek Temengor. Terima kasih dan tahniah FINAS.
@zahiryong
@zahiryong 2 жыл бұрын
Terbaik Finas msh kekalkan dlm arkib….seronok tgk kehidupan zaman dahulu nmpk “lbh baik” brg2 kraf semua tu sgt baik dan halusntak dpt dah skang ni…dari mkin hari semak dgn org ni kata org ni salah org ni kata org ni sesat org ni pengkhianat org itu kaduk naik junjung…terbaik semua agensi gov bergabung…tawaran juga setimpal…hebat tentera kita…segala disusun dan dijalankan dgn sgt baik…
@hishamsaaid2293
@hishamsaaid2293 Жыл бұрын
Banyaknya jasa tentera 😢
@abemansor3735
@abemansor3735 Жыл бұрын
ALHAMDULILLAH..... Terbaik mantap.....🇲🇾🫰🤲👍
@mohdfaridmohdnor715
@mohdfaridmohdnor715 3 жыл бұрын
Penerangan kerajaan dahulu jelas, tepat dan terperinci, sebab itu rakyat boleh terima, sekarang penerangan seperti ini dah tiada lagi, sebab itu projek dan program kerajaan lebih banyak dikritik dari dipuji
@m.pirdaus606
@m.pirdaus606 3 жыл бұрын
iyaa..
@markqlatekitchen2723
@markqlatekitchen2723 3 жыл бұрын
Sekarang pengacau ramai sgt apa2 projek kerajaan.
@muhammadbizmrthq6807
@muhammadbizmrthq6807 3 жыл бұрын
suara pengacara pun unik dah tak wujud zaman ni
@mizibern8087
@mizibern8087 3 жыл бұрын
Semoga penduduk Kg. Ganda terus istiqamah dan berjaya didunia dan di akhirat... Terima kasih FINAS..
@tuanmuda9220
@tuanmuda9220 3 жыл бұрын
Kg saya.. Alhamdulillah skrg dh maju.. Nenek saya salah seorang penduduk asal kg temenggor
@DarusZakaria
@DarusZakaria 11 ай бұрын
Terima kaslih pd finas L L N,ATM pd semua yg terlibat
@johnhunter1247
@johnhunter1247 3 жыл бұрын
Ada scene menumbuk padi menggunakan lesung indik . Kebiasaannya padi akan diirik dulu menggunakan tikar mengkuang sebelum dijemur kemudian ditumbuk . Terlalu banyak sangat proses dulu untuk menghasilkan sebiji beras .Belum lagi masuk bab menampi , mengetam , membajak guna kerbau dsb
@silentkiller8758
@silentkiller8758 3 жыл бұрын
Saya pernah tumbuk padi guna lesung ni..tidur alas tikar mengkuanh
@ccsccs6212
@ccsccs6212 2 жыл бұрын
Hebat sorang John hunter sorang lagi silent killer.fuyoooo.
@silentkiller8758
@silentkiller8758 2 жыл бұрын
@@ccsccs6212 ..aku org kampung bang..jln tar masuk tahun 2000..air paip pun baru tahun 2005..elektrik tahun 2006
@zulimanismail1966
@zulimanismail1966 2 жыл бұрын
Ada pemimpin kata melayu malas..penipu sungguh la..rajin je dari dulu 👍
@goudatakeshi1228
@goudatakeshi1228 3 жыл бұрын
Tentera ni apa je yg diorang takde. dari tkang masak sampai la ke doktor. syabas tentera kita. kepada anak muda yg ingin masuk tentera jangan bertangguh lagi.
@adiwijayamazland785
@adiwijayamazland785 3 жыл бұрын
Sangat2 menarik 👍👍👍... dapat melihat suasana,orang2 kampung, rumah kampung (sebelum dan selepas berpindah) orang Melayu dan pemimpin dizaman 70an (aku lahir setahun selepas itu)... Rumah kampung tradisional orang Melayu dulu berdinding dan berlantai buluh, mengkuang,batang pokok dan beratap daun nipah tiada api dan paip air... memang dah tak ada dah sekarang ini dah tak jumpa dah... antara cebisan sejarah yg berlaku di tanah airku MALAYSIA
@norhadzirahramli74
@norhadzirahramli74 3 жыл бұрын
Cantiknya sungai, luas dan bersih airnya. Pemandangan sudah tentu indah,,
@milaksa6538
@milaksa6538 3 жыл бұрын
rindu dengn kerajaan yng mempunyai perancangan yang sangat rapi untuk rakyat.
@camovecmin4968
@camovecmin4968 3 жыл бұрын
fulamak! bestnya tgk dokumentari negara kita pada masa dahulu. Subscribe terus! Kalau ada lagi upload FINAS. Seronok tgk. Saya tgh tgk dgn anak2 saya.
@shazeashazea7701
@shazeashazea7701 3 жыл бұрын
Kg kelahiran mak saya. Saya lahir d kg ganda dah
@anuarnazeri2116
@anuarnazeri2116 3 жыл бұрын
Mak umur berapa?
@shazeashazea7701
@shazeashazea7701 3 жыл бұрын
@@anuarnazeri2116 67 ke 68 mcm tu la.
@m.pirdaus606
@m.pirdaus606 3 жыл бұрын
mak awak ada lagi ke...msti bnyak cerita kan pasal nih..
@mohdzahariyusoff2156
@mohdzahariyusoff2156 3 жыл бұрын
klu nk ke kg ni jalan ikut mana yea klu dr Gerik.teringin nk tengok perubahannya selepas 45 thn.
@shazeashazea7701
@shazeashazea7701 2 жыл бұрын
@@m.pirdaus606 ada. Nm hawa bt abdullah
@BlackWarrior_2024
@BlackWarrior_2024 3 жыл бұрын
Memang rare lah, lipatan sejarah yang tiada dua nya.. Terima kasih pihak broadcasting Finas .
@abdullahbinramlinorhasliza4443
@abdullahbinramlinorhasliza4443 3 жыл бұрын
Semasa pemindahan sedikit pun tdk pernah berlaku kekacauan komunis, saya selalu melihat anggota tentera yg setia dan berani berani keluar masuk memagari kg ganda dan saya sungguh tertarik lalu pd tahun 1976 menyertai tentera darat
@-faalinkyt5785
@-faalinkyt5785 2 жыл бұрын
Thank You for your service sir!
@mdikrammdikram3292
@mdikrammdikram3292 2 жыл бұрын
Baikk ,,
@amrperdana
@amrperdana Ай бұрын
semasa itu komunis kurang mendapat sokongan dari smua bangsa..semua bangsa memilih utk bersama dgn kerajaan ..sebab tu komunis mati kutu dlm hutan
@khairulzaimabdrazak7199
@khairulzaimabdrazak7199 3 жыл бұрын
Tgk kat tiktok video ni trus search kat youtube,tgk kat tiktok x puas tgk sni puas steady finas👍🏻👍🏻lpas ni up balik video ttg sjarah pembinaan jln leburaya timur barat
@zaliezaliza8128
@zaliezaliza8128 3 жыл бұрын
Terima kasih FINAS atas dokumentari yg amat berharga buat org2 Ganda Temengor...kualiti juga terbaik👍🏼👍🏼
@HeyPadukaWali
@HeyPadukaWali 3 жыл бұрын
Johannn johannnnn. Sapa sapa yg kenai insan insan dalam vt ni kongsila dgn masharakat. Tq Finas dan Filim Negara Malaysia
@ahmadali-lb4gg
@ahmadali-lb4gg 3 жыл бұрын
Tahniah. Kenangan lampau sukar dilupa
@shukrewahid2410
@shukrewahid2410 3 жыл бұрын
Terbaik @Finas.. Dokumentasi Sejarah Negara kekal Tersimpan utk DiHebahkan pada Generasi Negara akan datang.
@hirumadin
@hirumadin 2 жыл бұрын
Sekarang rasa sedih dgn penduduk kg air ganda. Air sungai kadang2 tercemar dgn arsenic disebabkan kerakusan manusia melombong bijih timah.
@aminamin8454
@aminamin8454 Жыл бұрын
Saya pernah bertugas dihulu Temengor masa itu pembangun sekolah dan lain
@ahmadkamalabdullah4889
@ahmadkamalabdullah4889 3 жыл бұрын
Seronok tengok, takda skip walau sesaat.... Teringat kampung zaman dulu², time ni umur 5 tahun... 😁😁🌸
@terataibiru4997
@terataibiru4997 3 жыл бұрын
Murid2 dlm kelas minit ke 3 tu, tentu sebaya dgn aku... hehehe... dh tua kita ye..begitu pantas masa berlalu....
@AMAM-jp6nb
@AMAM-jp6nb 3 жыл бұрын
23.6.76 tarikh pada papan hijau. Aku darjah 6. Sekarang dah pencen. Mmg dah tua.
@abdulmalekibrahim3189
@abdulmalekibrahim3189 3 жыл бұрын
Arwah ayah saya pernah cerita yg dia pernah beroperasi ke ulu belum ketika masih berkhidmat dlm pasukan polis hutan...masa tu empangan temenggor belum lg dibina...sg belum memang banyak ikan masa tu...komunis pun banyak kat kawasan tu...
@GG-mw6mf
@GG-mw6mf 3 жыл бұрын
Kami ore ganda .. ada sapa² ka ore ganda dlm ni . Huhu
@shazeashazea7701
@shazeashazea7701 3 жыл бұрын
🙋‍♀️
@nikmuhammadikramnikmohamad2234
@nikmuhammadikramnikmohamad2234 2 жыл бұрын
Tumpang tanya port mancing di ganda yang best di jeti ke . Ke ada tempat lain boss ku
@abdullahbinramlinorhasliza4443
@abdullahbinramlinorhasliza4443 3 жыл бұрын
Rasa hiba dan gembira melihat ini semua
@suarimi590
@suarimi590 3 жыл бұрын
Terbaik untuk semua Terima kasih Finas Mengingatkan kita semua memori silam ternyata terbaik bila dikenang kembali Masyallah hebat nya
@kuorangmerdeka8121
@kuorangmerdeka8121 3 жыл бұрын
steady orang kpg ganda
@mohdnizamomar6155
@mohdnizamomar6155 3 жыл бұрын
Terima kasih FINAS dan BERNAMA. Tahniah di ucapkan. Banyak sejarah negara kita dalam bentuk visual.
@wanarminwansulong5164
@wanarminwansulong5164 3 жыл бұрын
dapat tanah ladang 10 ekar, tanah dusun 2 ekar dan tanah rumah serta rumah setengah ekar. patut la orang dulu2 kaya dgn tanah
@drwschen
@drwschen 3 жыл бұрын
Terima kasih FINAS. Temenggor dlm kenangan.
@osmanrahaman4592
@osmanrahaman4592 3 жыл бұрын
minit 20:42 duli yang maha mulia almarhum sultan idris II sultan perak ketika itu
@hassanhamat5945
@hassanhamat5945 3 жыл бұрын
Begilah juga Jeli pd awal 50hsn dimana aku pernah tinggal semasa .bapaku bertugas sebagai anggota keselamatan iaitu polis
@kfas8192
@kfas8192 Жыл бұрын
Sekarang tuan di mana
@jongketchannel
@jongketchannel 3 жыл бұрын
terima kasih..76 tahun dilahirkan..patut dilihat oleh anak bangsa..betapa susahnya kehidupan masa dulu..aku juga pernah merasa..
@hishamsaaid2293
@hishamsaaid2293 Жыл бұрын
Alhamdulillah semoga pakcik sihat
@fazillahfaizanharithsufi6243
@fazillahfaizanharithsufi6243 2 жыл бұрын
Kerajaan masa zaman ni memang terbaik .
@yusoffselamat1481
@yusoffselamat1481 Жыл бұрын
Era Ton Hussain Onn jadi PM
@kingjamesjames6204
@kingjamesjames6204 2 жыл бұрын
Sejarah umum untuk tatapan generasi baru
@shah8592
@shah8592 3 жыл бұрын
Tentera dan rakyat berpisah tiada..Askar2 zaman dulu memang terbaik..
@muhammadbizmrthq6807
@muhammadbizmrthq6807 3 жыл бұрын
skrg dah maju tmpt yg dia org pindah tu kot. tahniah finas, tengok muka org dulu2 unik, filem ni aset bernilai tinggi
@mohdzulazrichannel1795
@mohdzulazrichannel1795 3 жыл бұрын
Kampungku
@kefarakefara9034
@kefarakefara9034 3 жыл бұрын
Tq FINAS ' x thu selama ni cter sejarah Tasek Temenggor Perak
@Orashidimaru
@Orashidimaru 3 жыл бұрын
Harap Majalah 3 update situasi kampung ni akan dtg..
@hambaallahinsankerdil6205
@hambaallahinsankerdil6205 3 жыл бұрын
Mcm best jer tgok suasana dan kehidupan org zaman dulu2..rasa teringin nak rasa zaman tu
@narmadaram1823
@narmadaram1823 3 жыл бұрын
good editing finas. khazanah negara terpelihara👏
@mohdkhazrul3738
@mohdkhazrul3738 3 жыл бұрын
Terima kasih Dan amatTerbaik Finas... Semoga usaha in dapat diteruskan dicerita digambarkan kepada anak cucu Kita suatu Hari nanti tentang bumi malaysia tercinta
@minimilesmiles9476
@minimilesmiles9476 2 жыл бұрын
Lawa tulisan cikgu kt papan hijau tu..
@madeyretroklasik567
@madeyretroklasik567 3 жыл бұрын
Terbaik finas kembalikan nostalgia lama untuk tontonan generasi kini..
@zulkimi5750
@zulkimi5750 3 жыл бұрын
terima kasih yang tidak terhingga buat Finas atas rancangan ini, harap diperbanyakkan
@hafeezuddindaud
@hafeezuddindaud Жыл бұрын
besar sungguh jasa dan pengorbanan askar2 kita ,dlm segenap tugasan dilakukan oleh mereka
@kaygee7848
@kaygee7848 2 жыл бұрын
Arwah ayah saya pada tahun 1976 bertugas di kawasan Grik Kroh. Zaman ini dikira sebagai darurat kedua sehinggalah 1989. Memang pusat kegiatan komunis. Kereta perisai jenis scout Dan komando seringkali menjadi sasaran RPG komunis.
@yusoffselamat1481
@yusoffselamat1481 Жыл бұрын
Grik Kroh Klian intan masa Tu kominis MCN anak Ayam berlari2...
@wtmt.a.k7456
@wtmt.a.k7456 Жыл бұрын
Pttny smua komunis diusir klr Dr ngr ini Dr sng2 ditrima sbg pndduk ngr ini.
@rauna57
@rauna57 2 ай бұрын
RPG tu apa……??
@mohdiskandarmohdbakri4625
@mohdiskandarmohdbakri4625 3 жыл бұрын
Terima Kasih Finas,dapat kami melihat perjalanan perpindahan ini,1976..
@ainnrose2185
@ainnrose2185 3 жыл бұрын
Terima kasih finas!
@mohdhafiz4802
@mohdhafiz4802 Жыл бұрын
Santai je bahasa dulu2,penarangan terbaik👍 👍👍👍
@azamgali
@azamgali 3 жыл бұрын
Terima kasih untuk dokumentari ini. Sangat berguna untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang.
@zainuddinothman3770
@zainuddinothman3770 3 жыл бұрын
Terima kasih finas Thanks you youtube
@CracksPoets411
@CracksPoets411 5 ай бұрын
Cucu dari kg ganda hadir
@driversearcher
@driversearcher 2 жыл бұрын
Santai wong nama lain bagi lori hantu dulu dulu
@m.pirdaus606
@m.pirdaus606 3 жыл бұрын
fuhhhh...terbaik finas..terkonang maso dolu2.hee..keluar kn lg arkib2 yg ade..👍👍👍👍
@mikrobistro8086
@mikrobistro8086 3 жыл бұрын
Terbaik Finas ats usaha murni ini..😍👍🙏..masa lalu yg menyentuh rasa.. tenang, harmoni & pnuh kesederhanaan....🌹
@afiqqrambo1963
@afiqqrambo1963 3 жыл бұрын
2:27 Desa Temenggor Tinggal Kenangan
@Sabrisams
@Sabrisams Жыл бұрын
Kualiti video seperti tahun 1990an❤🎉
@bismillahamin6357
@bismillahamin6357 3 жыл бұрын
Suis lampu tu memang rare
@Radzaleo
@Radzaleo 2 жыл бұрын
Hebat pentadbiran kerajaan dahulu
@eliamir2606
@eliamir2606 Жыл бұрын
Cantik gambar video terang jelas cuma gelap sikit jer umur aku rasanya 3bln sekurangnya sama tarikh lahir aku 1976 ( 47thn )
@kfas8192
@kfas8192 Жыл бұрын
Tulisan orang dulu2 memang cantik sangat..ada seni..
@damaicai1325
@damaicai1325 3 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Terima kasih semua pihak menjayakan projek ini dan video sejarah ini.. Anda meninggalkam sesuatu yang menarik untuk tontonan kami.. 27/12/2021
@82azizan
@82azizan 3 жыл бұрын
Nangis aku tgok kehebatan kerajaan dulu ,dah sedia semua perkara,baru pindahkan penduduk,bukan mcm skg,ada kes2 dah ranapkan rumah org,ganti rugi tak dpt2,,...so bila tgok ni semula,aku rs brrbangga dan sebak tgok kesungguhan semua org yg terlibat dlm pemindahan b3sar2an nii
@pelesitdarat6496
@pelesitdarat6496 3 жыл бұрын
Seronok ny zaman dulu2 sebelum ad zaman topeng.
@hambaallahinsankerdil6205
@hambaallahinsankerdil6205 3 жыл бұрын
Kaannnn...
@muzitemier3410
@muzitemier3410 Жыл бұрын
Hadir org pos kemar..Cuma skrg ada pun pokok getah jew.tu pun dah xbynk, kawasan kg Temenggor tu da tenggelam hbs
@zackpaulo9tinechannel41
@zackpaulo9tinechannel41 3 жыл бұрын
tak sngka apa yg di lihat smua nya..di tenggelami air
RETROSPEKTIF: ASKAR KITA DI-SEMPADAN (1971)
20:19
FINAS Malaysia
Рет қаралды 53 М.
I'VE MADE A CUTE FLYING LOLLIPOP FOR MY KID #SHORTS
0:48
A Plus School
Рет қаралды 20 МЛН
OCCUPIED #shortssprintbrasil
0:37
Natan por Aí
Рет қаралды 131 МЛН
«Жат бауыр» телехикаясы І 30 - бөлім | Соңғы бөлім
52:59
Qazaqstan TV / Қазақстан Ұлттық Арнасы
Рет қаралды 340 М.
SEJARAH PEMBUKAAN TASIK KENYIR
18:09
MAN MOBILE CHANNEL MMC
Рет қаралды 71 М.
INILAH SUMBER REZEKI ORANG ASLI DI TASIK BANDING
7:31
Tun Teja
Рет қаралды 6 М.
RETROSPEKTIF : BENCHANA BANJIR (Bahagian 1) (1971)
23:15
FINAS Malaysia
Рет қаралды 75 М.
Episod 10 : Cerita, Mitos & Lagenda di Gunung Jerai
50:57
Rumah Ilmu by Farenheit
Рет қаралды 55 М.
Wang Kelian, Perlis - The Forgotten Valley / Lembah yang kian hilang
34:10
Roots & Shoots Malaysia
Рет қаралды 134 М.
Kuala Lumpur Kota Sejuta Rahmat (Dokumentari Kuala Lumpur tahun 80an)
24:17
RETROSPEKTIF : KE ARAH PERPADUAN (1986)
43:29
FINAS Malaysia
Рет қаралды 12 М.