Рет қаралды 38
23 Februari 2023 (Khamis) - Masjid Raja Lumu Kuala Selangor telah dipilih sebagai salah satu lokasi bagi Program Jelajah Zon Barakah Bank Rakyat Daerah Kuala Selangor.
Antara pengisian dalam program ini adalah penyerahan sumbangan dan bantuan berupa kelengkapan bahan makanan asas daripada Pihak Surau Al Barakah kepada asnaf serta golongan yang memerlukan.
Dalam program kali ini yang merupakan siri kedua jelajah bagi tahun 2023, seramai 25 orang asnaf dan golongan yang memerlukan telah dipilih dan disenarai pendek bagi menerima sumbangan berjumlah hampir RM 15,000.00.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat membantu serba sedikit penerima - penerima sumbangan bagi mendepani hari yang mendatang.
Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Surau Al Barakah dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Kuala Selangor di atas kesudian menyampaikan sumbangan kepada ahli kariah Masjid Raja Lumu Kuala Selangor.
Program ini akan diteruskan dengan tazkirah Jumaat yang akan disampaikan Oleh Ustaz Wan Mohd Shahrizan Bin Mohamed Yatim berjudul "Ibrah Israk Mikraj" pada 24 Februari 2023 ini. Semua Muslimin dijemput hadir.