Рет қаралды 68
Program JumPER GREAT (Graduate Entrepreneurship Training) PUNB telah dijalankan di Hotel Crystal Oriental, Kajang, Selangor dari 1-10 November 2023.
Seramai 300 siswazah bumiputera terpilih untuk menyertai program latihan keusahawanan digital ini yang akan dilaksanakan selama tiga bulan, iaitu secara fizikal dan dalam talian.
Dalam tempoh latihan ini, peserta akan menerima elaun bulanan serta layak menerima Geran Dana Permulaan Perniagaan untuk peserta menjalankan perniagaan secara dalam talian.
Selain itu, PUNB akan menjalankan pemantauan dan memberi khidmat nasihat bagi memastikan teknik pemasaran yang dipelajari dan dipraktikkan sepenuhnya.
#JUMPERGREAT #JUMPERPUNB #JUMPERGREATPUNB