Рет қаралды 1,066
Alang-alang kita dah bertempur, kita gempur habis-habisan. Kekuatan fizikal lawan sama jer macam kita sebab kita sama-sama makan daripada air tangan yg sama cuma mamak yang berbeza 😂 nasi kari mamak + roti jantan + teh tarik kurang manis sejak masuk tentera. Cuma dibezakan sedikit pengalaman dalam taktikal permainan dan pengurusan pemain. Dgn corak latihan keras selama tempoh yg agak panjang, inshaAllah #KAGATFC FIGHTERS telah bersedia dgn keampuhan fizikal dan ketahanan mental untuk mengharungi badai perjuangan tidak lama lagi. InshaAllah, seluruh kepimpinan dan warga #KAGAT seluruh Malaysia mendoakan kejayaan perjuangan #KAGATFIGHTERS.
Tanggal 15 Julai 2022 merupakan tarikh bersejarah apabila termeterainya penubuhan KAGAT FC yg telah disempurnakan oleh KP KAGAT, YBhg Mej Jen Hj Mohd Rashidi Bin Bujai dgn laungan kata semangat GEMPUR DAIE.
Sekalung penghargaan kepada barisan jurulatih hati kering KAGAT khususnya SMR KAGAT Abang Mad Komando dan SSjn Azni Komando kerana bertungkus lumus membangunkan Tim KAGAT FC tanpa mengenal erti penah lelah dan jemu sehingga sanggup meninggalkan keluarga untuk bersama dengan KAGAT FC.
Setinggi penghargaan juga kepada MK 4 Div selaku penganjur kejohanan bola sepak TD 2022 kerana sudi menjemput KAGAT untuk turut serta dalam karnival bola sepak tahun ini.
Kepada semua penyokong KAGAT FC, khasnya di sekitar Lembah Klang dan Port Dickson untuk sama-sama turun padang untuk memberi sokongan padu kepada KAGAT FC di setiap perlawanan seperti berikut:
19/07/2022 (SELASA) 1600 RRD LWN KAGAT
Padang Kem Batu Kentonmen (MP)
21/07/2022 (KHAMIS) 1600 KAGAT LWN KPA
Padang Kem Sg Besi (JLJ)
23/07/2022 (SABTU) 1600 KRD LWN KAGAT
Padang Kem Sg Besi (JLJ)
We are fighters
We are survivors
Never lay down, never give up
We keep on be up again cause we are the fighters
#kagat
#kagatfighters
#kagatfc
#ocperang
#ustazperang