RADZI JIDIN MAHU JUMPA CIKGU MOHD FADLI

  Рет қаралды 100

Santai Bersama AR

Santai Bersama AR

Жыл бұрын

Radzi Jidin mahu jumpa Cikgu Mohamad Fadli.
Kuala Lumpur: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Doktor Mohamad Radzi Mohamad Jidin mahu berjumpa guru yang mendakwa berdepan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan masalah silibus aras tinggi bagi subjek Matematik dan isu beg berat murid.
Beliau menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan ingin mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan, Mohamad Fadli Mohamed Salleh.
"Saya tertarik untuk tahu lebih lanjut perkara yang dibangkitkan Cikgu Mohamad Fadli Salleh. Kalau cikgu ada kelapangan masa, boleh kita berjumpa," katanya.
Terdahulu, Mohamad Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada pejabat pendidikan daerah (Pi Pi Di) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Mohamad Fadli menerusi Facebooknya berkata, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana beliau tidak pernah terbabit dalam sebarang masalah disiplin atau menghadapi masalah dengan ibu bapa murid.
Beliau yang juga guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak turut berkongsi gambar surat bertarikh 22 September lalu yang menyatakan bahawa beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat kerana berdepan tiga pertuduhan.
Pertuduhan itu ialah kerana memuat naik hantaran di Facebook mengenai jadual waktu serta mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Beliau juga dituduh memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun Satu dan menerusi pertuduhan ketiga, beliau didakwa mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak.
"Saya hanya berkata jujur mengenai beg berat bahaya kepada anak-anak, silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. Subjek yang banyak murid belajar, masa belajar untuk subjek teras terutamanya matematik tidak mencukupi.
"Jadi kenapa K Pi M (Kementerian Pendidikan Malaysia) nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran. Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengar luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji-puja sahaja," katanya.
Mohamad Fadli mendakwa, sebelum bertindak bersuara di media sosial, beliau terlebih dahulu menggunakan saluran disediakan K Pi M, namun tiada respons.
Mengikut surat itu, bagi ketiga-ketiga perbuatan berkenaan, Mohamad Fadli boleh ditafsirkan sudah melanggar Peraturan 19(1)(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat terbabit.
Mohamad Fadli juga memaklumkan sudah pun mengambil khidmat peguam bagi memperjuangkan nasibnya yang hanya bersuara untuk masa depan sistem pendidikan lebih baik.
Credit:
www.hmetro.com.my/mutakhir/20...

Пікірлер
В ДЕТСТВЕ СТРОИШЬ ДОМ ПОД СТОЛОМ
00:17
SIDELNIKOVVV
Рет қаралды 4,1 МЛН
I Built a Shelter House For myself and Сat🐱📦🏠
00:35
TooTool
Рет қаралды 36 МЛН
Are We Witnessing the End of the Tories?
8:02
TLDR News
Рет қаралды 269 М.
The Conservative Manifesto Explained
8:01
TLDR News
Рет қаралды 194 М.
The Labour Manifesto Explained
8:32
TLDR News
Рет қаралды 210 М.
В ДЕТСТВЕ СТРОИШЬ ДОМ ПОД СТОЛОМ
00:17
SIDELNIKOVVV
Рет қаралды 4,1 МЛН