Siti Nurhaliza - Diari Hatimu(Official Lyric Video)

  Рет қаралды 174,757

Ragam&Rhythm

Ragam&Rhythm

Күн бұрын

Adiwarna merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”, "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.
Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.
Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, untuk album Adiwarna Siti Nurhaliza bersama mentornya Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”.
Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu - "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”.
Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.
Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998, Siti berkata beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan stilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan. Selain itu Adiwarna bagi Siti juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.
Menurutnya: “Ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,". Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.
Trivia tentang "Diari Hatimu"
1. Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer Indonesia Ferdy Ferdian Khalid NS.
2. Lagu ini merupakan single kedua yang dilancarkan dari album ini.
3. Lagu ini mencetuskan kontroversi kerana Siti dituduh menciplak lagu nyanyian penyanyi 80an Indonesia, Kirey berjudul "Rindang Tak Berbuah". Bagaimanapun kontroversi terjawab apabila komposer lagu ini Ferdy Ferdian Khalid NS merupakan orang yang sama. Untuk versi Malaysia, ia digubah semula susunan muzik dan liriknya manakala melodinya tetap sama.

Пікірлер: 14
@amerashraf.4231
@amerashraf.4231 Ай бұрын
Hadir selepas tengok nuha nyanyi lagu ni dlm konten lukman musa😁
@Anime_story1404
@Anime_story1404 Ай бұрын
Tempat Dimana Orang Yg Memikirkanmu, Disitu Tempatmu Untuk Pulang😌
@laksakgbaru6494
@laksakgbaru6494 Ай бұрын
Al-Fatihah Aidilson 1999.. lama sudah kita terpisah... 😢
@myesharaffa3221
@myesharaffa3221 2 ай бұрын
Sayang tulislah namaku diari hatimu❤😘😍
@awmasni2292
@awmasni2292 3 ай бұрын
kekasih tulis nmaku dlm dairi hatimu❤
@KhairulMuhammad-hl9tp
@KhairulMuhammad-hl9tp 2 ай бұрын
Sedap lagunya
@fatenaisyah7206
@fatenaisyah7206 4 ай бұрын
Safi dan junaidah
@evaaacntikk
@evaaacntikk 8 ай бұрын
Lagu andalan saat ngmusik sndri
@AlfinsembiringSembiringa-qq8bk
@AlfinsembiringSembiringa-qq8bk 10 ай бұрын
Waw
@sarida-s6b
@sarida-s6b 10 ай бұрын
Belajar ya
@skywalker9699
@skywalker9699 7 ай бұрын
Rindu pulak kt zanariah😂
@hoesnimohdomar4584
@hoesnimohdomar4584 Күн бұрын
Sama la tapi bukan zanariah la 😂
@lavyu4530
@lavyu4530 6 ай бұрын
😷💕
@fauziahali7726
@fauziahali7726 Ай бұрын
Knowledge and the last three months of the same Unfortunately and I have attached the document for the full document with the full amount so that we could look forward for meeting with the application process and I have
Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan(Official Lyric Video)
4:58
Ragam&Rhythm
Рет қаралды 845 М.
20 Lagu Hits Siti Nurhaliza Full Album || Lagu Pop Terbaik 2024
1:16:53
Do you choose Inside Out 2 or The Amazing World of Gumball? 🤔
00:19
HAH Chaos in the Bathroom 🚽✨ Smart Tools for the Throne 😜
00:49
123 GO! Kevin
Рет қаралды 14 МЛН
Siti Nurhaliza - Kau Kekasihku(Official Lyric Video)
5:25
Ragam&Rhythm
Рет қаралды 191 М.
Siti Nurhaliza - Kesilapanku Keegoanmu(Official Lyric Video)
5:33
Lirik Masterpiece
Рет қаралды 159 М.
Siti Nurhaliza - Purnama Merindu(Lirik Video)
4:28
Muzikayangan
Рет қаралды 3,6 МЛН
SITI NURHALIZA - Bicara Manis Menghiris Kalbu (Official Lyric Video)
4:42
SuriaRecords (SRC)
Рет қаралды 1,4 МЛН
Azie - Kau Tetap Dalam Anganku [ Lirik ]
5:28
Fazza Studio
Рет қаралды 472 М.
Siti Nurhaliza - Seribu Kemanisan (Lyric Video) Best Audio | 4k
4:56
Siti Nurhaliza - Seribu Kemanisan (Official Music Video)
5:02
SuriaRecords (SRC)
Рет қаралды 19 МЛН
Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa (Official Lyric Video)
4:45
Ragam&Rhythm
Рет қаралды 792 М.
Hajat - Haida [lyrics video]
5:43
Gallery Music
Рет қаралды 11 МЛН
Siti Nurhaliza - Seribu Kemanisan (Video Lirik)
5:02
Ragam&Rhythm
Рет қаралды 747 М.
Do you choose Inside Out 2 or The Amazing World of Gumball? 🤔
00:19