Рет қаралды 184,585
Resepi Dodol Lembut.Mudah Dan Sedap. #dodol #carabuatdodol #dodolhomemade
Bahan-bahan
Santan 1l
Tepung pulut 500g
Gula pasir 2 cawan
Gula merah 2 1/2 cawan
Gula melaka 3 bji kecil
Garam sedikit
Air 3 cawan (500ml-550ml)
Daun pandan
Cara-cara
Masak gula pasir,gula merah,gula melaka,daun pandan serta 3 cawan air sehingga larut.Kemudian sejukkan..
Selepas sejuk,masukkan tepung pulut dan garam.Gaul sehingga sebati.Kisar bahan tadi sehingga rata.Tuang ke dalam kuali non stick,kemudian tuangkan santan ke dalam bahan tadi dan gaul sebati.
Masak diatas dapur dengan api yang sedang.Gaul sehingga mengental.. Ianya memakan masa 40-45 minit sahaja..
Ni cara manual ya..kalau korang ada bread maker,lagi senang.Tak perlu menggaul secara manual...
Siap untuk di hidang selepas di sejukkan..
#dodol
#homemadedodol
#resepidodolmudah