Рет қаралды 15,574
SEJARAH SEGAMAT DAN ASAL USUL BANDAR SEGAMAT
Sejarah Segamat bermula pada tahun 1511 selepas Melaka diserang oleh askar Portugis. Bendahara Tepok atau digelar Paduka Tuan atau Tun Tepok telah berundur ke Bukit Berlubang di Ulu Jementah yang ditandu oleh Selamat Gagah dan Hang Nadim serta 20 pengikut yang lain. Setelah sampai disuatu lubok, mereka berehat untuk membersihkan diri. Ketika berehat Bendahara Tepok telah minum air sungai. Oleh kerana, kesegaran air sungai itu. Bendahara Tepok telah menanyakan kepada orang kanannya, Selamat Gagah. Apakah nama sungai ini? Tidak tahu jawapan Selamat Gagah. Kerana dipercayai sungai itu tidak lagi keruh dan diterokai orang. Maka, Bendahara Tepok pun menamakan sungai itu dengan Segar Amat sempena air sungai yang segar. Tanya lagi Bendahara Tepok kepada orang kanannya. Tahukah nama tempat kita berehat ini? Tidak lah tahu jawapan Selamat Gagah. Oleh itu, Bendahara Tepok menamakan lubok itu sebagai Lubok Batu kerana terdapat banyak hamparan batu yang besar.
Asal usul nama Bandar Segamat adalah Pengkalan Leban Chondong kerana terdapat sebuah pengkalan di Kuala Sungai Kapeh. Selepas pokok leban itu mati, maka telah dinamakan semula dengan Kampung Rantau Panjang kerana sifat aliran sungai kawasan itu yang memanjang sejauh 1 kilometer. Lama-kelamaan dijadikan Pekan Rantau Panjang.
Menurut catatan Allahyarham Hj. Jiman abd Ghani, perubahan panggilan Segamat didapati mulai sekitar tahun 1920 kerana kemasukan buruh-buruh asing yang mulai ramai bekerja di Segamat. Ini kerana, papan tanda putih yang dipasang dan ditulis perkataan ‘SEGAMAT’ yang terletak di station keretapi Bandar Segamat. Tambahannya lagi, sebelum itu orang-orang luar yang mudik perahu dari Sungai Segamat tiada langsung memanggil dengan panggilan Segamat. Sekiannnn....
Untuk pembelian 'Sampul Sejarah Segamat' sila ikuti ruang komen dibawah kerana stok terhad, sebanyak 100 set sahaja yang masih ada.
#SejarahSegamat #KomunitiSegamat
Sumber Drone:
• Vintage Town Segamat, ...
Sumber Timelapse:
• Segamat Memang Segar A...