Ulasan Ashabul Kahfi oleh PMX dikatakan sesat? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

  Рет қаралды 32,156

realridz studio

realridz studio

Күн бұрын

Status Dan Sumber Kisah Ini
Kisah ini adalah sahih kerana ia disebut di dalam al-Quran iaitu di dalam surah al-Kahfi yang mana al-Quran adalah mutawatir. Walaubagaimanapun, di dalam al-Quran tidak diceritakan secara terperinci kerana al-Quran lebih mengutamakan pengajaran daripada kisah tersebut. Selain itu juga, di dalam Mushannaf Abd al-Razzaq ada disebut kisah Ashabul Kahfi ini pada jilid kelima, halaman ke-423.
Ringkasan Kisah Ashabul Kahfi
Imam Ibn Kathir menceritakan secara ringkas akan kisah Ashabul Kahfi ini di dalam kitabnya: “Kisah ini menunjukkan bahawa ia berlaku pada zaman awal seperti mana yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir bahawa ia berlaku selepas daripada al-Masih dan pada waktu itu mereka (kaum Ashabul Kahfi) adalah Nasrani. Apa yang nyata daripada teks (ayat al-Quran) bahawa kaum mereka adalah musyrikin (syirik kepada Allah SWT) dengan menyembah berhala. Telah berkata ramai daripada kalangan ahli tafsir, sejarah dan selain daripada mereka, kisah ini dikatakan berlaku pada zaman raja Diqyanus. Tambahan pula, mereka daripada kalangan anak-anak pembesar dan dikatakan juga bahawa mereka daripada kalangan anak-anak kepada raja-raja pada waktu itu. Mereka telah berpakat untuk berkumpul pada hari perayaan kaum mereka lalu mereka melihat bahawa kaum mereka telah sujud kepada berhala serta membesar atau mengagungkan berhala-berhala tersebut. Ini kerana, mereka telah melihat dengan pandangan hati yang suci, di samping Allah SWT telah membuka hati-hati mereka daripada sesuatu yang membawa kepada kelalaian dan mengilhamkan petunjuk kepada mereka. Dengan itu, mereka mengetahui bahawa kaum mereka tidak berada dalam kebenaran maka mereka pun keluar daripada agama mereka (agama asal) dan berpindah kepada menyembah Allah SWT yang esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya”. [al-Bidayah wa al-Nihayah, 2:114]
Beliau berkata, bagi individu yang tidak atau kurang mendalami ilmu perbandingan agama dan sejarah Nabi, sudah tentu sukar bagi mereka memahami isu ini secara jelas.
Beliau berkata, sebenarnya ia berkait dengan akidah Tauhid yang diyakini tujuh pemuda ketika berlindung di dalam sebuah gua demi bagi memelihara dan mempertahankan keyakinan itu.
"Punca kekeliruan berkaitan isu ini adalah kerana istilah 'Kristian' yang diguna oleh PMX dalam ucapan beliau apabila merujuk kepada Ashabul Kahfi.
"Berikutan istilah Kristian itu, maka seluruh Malaysia menjadi riuh rendah dengan pelbagai pihak memberi pandangan dan komen yang bercampur baur antara input akademik dan tujuan politik ," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Wan Salim berkata, perlu dijelaskan bahawa kawasan Timur Tengah pada masa itu berada di bawah pemerintahan Rom Timur yang juga dikenali sebagai Empayar Byzantium, sedangkan agama empayar itu adalah Paganime.
Katanya, ulamak tafsir dan ahli sejarah berbeza pandangan mengenai zaman kejadian ini dan ramai yang berpendapat ia berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa AS dan ada yang berpendapat ia berlaku selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW.
"Susulan perbezaan pandangan ini maka berbezalah pula agama mereka dan jika peristiwa itu berlaku sebelum kelahiran Nabi Isa AS, maka sudah tentu mereka bukan beragama Kristian.
"Begitu sebaliknya jika peristiwa itu berlaku setelah Nabi Isa AS lahir, maka logiknya mereka beragama Kristian iaitu agama yang dijenamakan sempena nama Jesus Christ menurut sebutan orang Barat," katanya lagi.
Menurut Wan Salim, perlu diketahui bahawa daripada perspektif Islam, sekalian Rasul Allah adalah menyeru kepada agama sama iaitu Islam dalam pengertiannya yang umum - menyerah kepada kehendak Allah SWT berpaksikan kepada akidah Tauhid (kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa).
Namun di dalam perjalanan sejarah yang lama, maka berlakulah penyelewengan terhadap ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Allah itu.
Terdahulu tular di media sosial seorang penceramah bebas mengupas ucapan Anwar berkaitan tujuh pemuda Ashabul Kahfi ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lalu.
Sokong Saluran KZbin Kami dengan langganan di bawah ini:
/ @realridzstudio
Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
Terima kasih!
---
Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan
e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.

Пікірлер: 22
@mashanirakaknin7499
@mashanirakaknin7499 9 ай бұрын
PMX hanya mahu memotivasikan penjawat awam dgn memberi contoh kisah pemuda ashabul kahfi...tetapi telah Di Salah tafsir dan Di politikkan.
@mmzpatriot5029
@mmzpatriot5029 9 ай бұрын
Alhamdulillah terima kasih Dr atas penjelasan dan ilmu. Semoga PMX diberi kekuatan dan kesihatan untuk menerajui negara tercinta dan Islam akan lebih bangkit.
@mohdjaya-ny7zr
@mohdjaya-ny7zr 9 ай бұрын
SELURUH RAKYAT MALAYSIA WAJIB TONTON UCAPAN PMX DSAI DI PERHIMPUNAAN PARA KAKITANGAN AWAM DI MASA ITU. TOLONG BUAT CARIAN DI DALAM KZbin DAN TAIPKAN SEPERTI BERIKUT (UCAPAN PMX DSAI KEPADA PENJAWAT AWAM BERKAIT KISAH ASHABUL KAHFI) TELITI DAN DENGAR BAIK-BAAIK APA YANG PMX DSAI KATAKAN...PARA PENGAMAL AJARAN SESAT PUN WAJIB BUAT CARIAN DI KZbin YA.. JANGAN ANGGAP USTAZ DARI AHLI PAS TU SAJA YANG BERILMU.. NANTI AKIBATNYA MASUK NERAKA SECARA PERCUMA... APA YANG JELAS DAN NYATA. PMX DSAI MENGATAKAN DI HADAPAN SELURUH PENJAWAT AWAM ( ASHABUL KHAFI DI ZAMAN KRISTIAN )
@hamzahyusoff6274
@hamzahyusoff6274 9 ай бұрын
Alhamdulillah.
@duniaemakemak996
@duniaemakemak996 9 ай бұрын
Terbaik Dr. T.kasih Dr..
@hondaex5519
@hondaex5519 9 ай бұрын
Terbaik pencerahan Dr Danial.
@mhazim1824
@mhazim1824 9 ай бұрын
terbaik dato......
@wanmariam-qd7yq
@wanmariam-qd7yq 9 ай бұрын
Alhamdulillah
@SerabutJiwa
@SerabutJiwa 9 ай бұрын
Inilah indahnya Islam... tabayyun dulu...jgnlah nak terus jatuh hukum bahaya...balik kat kita nti
@suriani1996
@suriani1996 9 ай бұрын
terbaek dr.
@lukemannmann4418
@lukemannmann4418 9 ай бұрын
Barang siapa yg beriman kpd Allahtanpa mempersekutukan Allah dizaman Nabi atau Rasul sblm Nabi Muhammad..mereka org Islam.walaupun syariat mereka berbeza mengikut cara syariat3 Nabi,Rasul terdahulu....benar tu dato Dr Danial🥰🥰🥰🥰
@zaharinsharudin3389
@zaharinsharudin3389 8 ай бұрын
Biasa lah Azhar Idrus kan orang parti PAS.. jangan di pertikai kan lah benda2 macam ini.. tengok je lah pemimpin2 parti PAS ini.sikit2 mengata orang sesat jahil menyesatkan orang masuk neraka itu ceramah orang pas.. Azhar Idrus ini terbawa bawa macam ini lah jadi nya dalam kemarahan nya.. sebaik baik nya bersara lah dalam berceramah ugama..tumpu kan dalam bidang politik pula.berpolitik lah siang malam orang pun tak marah.😂😂😂
@fredericksabungkok2019
@fredericksabungkok2019 9 ай бұрын
Terbaik Dr.
@wfichiban
@wfichiban 9 ай бұрын
FAHAM.... DSAI BERHATI2 DALAM MEMBUAT KENYATAAN. BELIAU NAMPAK LEBIH TENANG !! SEBAB ITU KITA YG TIDAK ADA KEFAHAMAN YG JELAS KENAPA KELAM KABUT MENUDUH DAN MENGHINA.. TAK FAHAM PENGIKUT2 PEMBANGKANG NIH
@roslansabu9416
@roslansabu9416 9 ай бұрын
terbaik ustad pencerahan nya...
@SamionAmin
@SamionAmin 4 ай бұрын
Terbaik dr danial
@nettynetty7736
@nettynetty7736 8 ай бұрын
Sebenarnya ustaz tu boleh menegur secara berhemah bagi membetulkan kenyataan dsai jika salah. Tapi ustaz tu mengeluarkan hukum dgn amat keras sekali penuh rasa kemarahan dan kebencian hanya kerana berlainan parti politik. Tak perlu diherankan sgt kalau dsai dihukum sesat dan dicop sebagai bodoh sebab presiden pas sendiri pun pernah menghukum penyokong parti selain dari pas sebagai kafir. Nak heran apa dgn puak2 khawarij moden, dah memang mcm tu
@zukrizain5824
@zukrizain5824 8 ай бұрын
Inilah cara jawapan terbaik....tahniah Dr.
@wanmariam-qd7yq
@wanmariam-qd7yq 9 ай бұрын
Alhamdulillah
@reymyster
@reymyster 9 ай бұрын
Penjelasan Dr Danial terkait Ashabul Kahfi cukup pnjg n jelas mengikut sejarahnya dahulu. Mungkin oleh kerana tafsiran PMX sikit ringkas n kurg jelas maka timbullah sikit kontrovasi disegelintir org. Bagaimna pun tafsiran ringkas dri PMX itu adalah betul yg mengatakn memng waktu itu adalh zaman kristian n nasrani ada yg tidak ikut ajaran Nabi Isa n ada yg ikut. 7 pemuda Ashabul Kahfi adalh pemuda yg mengikut ajaran Nabi Isa, mereka beriman kpd Allah atau mentauhidkn Allah. Sbb itu mereka bersembunyi didlm gua selama 309 thun utk menyelamatkn diri dri tertangkap oleh pemerintah yg tidk beriman tidk ikut ajaran Nabi Isa. Wallahuaalam🙏
@ybbuatapahariini
@ybbuatapahariini 8 ай бұрын
Pmx tebaik ,dortor danial terbaik
@nazrihasan478
@nazrihasan478 9 ай бұрын
khawarij sahaja yang layak cakap agama.Org lain x layak
ASHABUL KAHFI KRISTIAN?
10:17
THE AMIN IDRIS SHOW
Рет қаралды 342 М.
Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:20
Leisi Crazy
Рет қаралды 42 МЛН
An Unknown Ending💪
00:49
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 56 МЛН
Incredible: Teacher builds airplane to teach kids behavior! #shorts
00:32
Fabiosa Stories
Рет қаралды 11 МЛН
TAZKIRAH : Kisah Hebat Pemuda Ashabul Kahfi - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
16:36
Fanatik kepada Mazhab Syafi`i | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
9:48
realridz studio
Рет қаралды 12 М.
Ashabul Kahfi Tidur Selama 300@309 Tahun 😱 | Ustaz Auni Mohamed
12:42
#665 PMX kena Bantai Kerana Kata Ashabul Kahfi Pada Zaman Kristian?!
13:46
Halaqah (2018) | Episod 15 - Misteri Tembok Ya'Juj Wa Ma'Juj
41:53
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 369 М.
Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:20
Leisi Crazy
Рет қаралды 42 МЛН