Рет қаралды 18,939
Resepi kek kukus akak olah kembali , agar puan - puan mudah untuk memasaknya dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk memasak sehingga 4 jam.
Gunakan api yang kuat dan tutup kukus puan - puan rapat 2 agar wap kukusan itu nanti tidak keluar.AkaK sarankan juga elok gunakan kukus letrik jika ada ,kerana wapnya akan lebih stabil dan suhunya lebih tinggi.
Boleh le cuba untuk sajian dihari raya ini..
Semoga bermanafaat.. 😍
Bahan - bahannya
850 gram buah2an campuran kering
350gram tepung gandum
250 gram mentega
250 gram gula pasir
3 biji telor gred A
100ml ayer panas
5 sudu pati oren sunquick
5 sudu susu pekat
1 sudu besar essn vanila
1/2 sudu besar serbuk buah pala
1 sudu besar cream of tartar
2 sudu besar soda bikarbonat.