Resepi kuih raya tradisi | Biskut DAM | mudah dan sedap.

  Рет қаралды 40,256

malay kitchen

malay kitchen

Күн бұрын

Resepi kuih raya tradisi biskut dam.
Hi semua kali ni Malaykitchen nak berkongsi satu resepi kuih raya yang menarik iaitu biskut dam. Manja percaya memang kita selalu jumpa dan makan biskut ni. Ada banyak cara sebenarnya nak hasilkan corak dam, kali ni Manja tunjukan salah satu daripadanya. Hasilnya kuih raya biskut dam yang cantik dan rasa pun sedap. Jom masuk dapur.
Bahan-bahan resepi kuih raya biskut dam :
250gram mentega
140 gram gula aising
1 biji kuning telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
280 gram tepung gandum
50 gram tepung ubi
50 gram tepung jagung
15 gram serbuk koko
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
2. Kemudian masukan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung ubi dan tepung jagung dan masukan ke dalam bekas adunan mentega tadi. Kacau sebati sehingga membentuk doh.
4. Bahagi doh kepada 2 bahagian.
5. 1 bahagian dimasukan serbuk koko. Gaul sebati dan rata.
6. Kedua-dua doh bentukan kepada blok memanjang dan balut dengan kertas baking. Masukan dalam peti sejuk selama 30 minit.
7. Kemudian potong doh masing-masing kepada 3 bahagian. Swap(tukar) bahagian tengah dengan doh berlawanan.
8. Selepas itu potong lagi kepada 3 bahagian untuk 2 set tersebut. Swap (tukar) sekali lagi bahagian tengah dengan set berlawanan.
9. Kemudian boleh potong kecil (1cm) untuk kedua-dua set dan susun di atas dulang pembakar yang sudah dioles dengan mentega.
10. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit.
Music by :
Suasana Hari Raya Cover by Hendrisaputra present
• SUASANA HARI RAYA COVE...
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE KZbin kami :
/ malaykitchen
Telegram MALAY kitchen :
t.me/malaykitc...
#malaykitchen #biskutraya #resepikuihraya

Пікірлер: 30
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Tips : Tujuan doh dimasukan ke dalam peti sejuk supaya ia sedikit keras dan mudah untuk dipotong dan dibentuk
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Tips : selepas susun , tekan dan padatkan supaya doh melekat elok.
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Tips : Gula yang digunakan ada gula icing. Tekstur biskut lebih cantik dan rapuh.
@intanlyamusicofficial3752
@intanlyamusicofficial3752 Жыл бұрын
Tq... mohon share ❤
@chindamaniperumal8338
@chindamaniperumal8338 Жыл бұрын
​@@intanlyamusicofficial3752n
@adadisini2898
@adadisini2898 Жыл бұрын
Dah lama tak nampak biskut ni. Dulu masa kecil di kg belah utara merupakan antara biskut wajib ada di kebanyakan rumah
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Kan. Kuih tradisi memang sedap 🥰
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Tips : resepi ini mengahasilkan 70-100 biji biskut bergantung kepada saiz biskut yang kita hasilkan
@DapurBiru
@DapurBiru Жыл бұрын
Terbaik manja!
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Terima kasih DB 🥰
@masrahman8231
@masrahman8231 Жыл бұрын
Selain byk terdapat resepi2 menarik di Malay Kitchen, suka dengar suara penyampai yg merdu 👍
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Terima kasih 🥰
@nodamegumi5745
@nodamegumi5745 Жыл бұрын
Oh... Comel je cara buat
@outlookteam9934
@outlookteam9934 Жыл бұрын
Wow... ❤️👍love your recipe..
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Thank you 😀
@haitongoni2017
@haitongoni2017 7 ай бұрын
wahhh....cantiknya.🙏👍👍👍
@celestinaruniah7416
@celestinaruniah7416 5 ай бұрын
Wah cantiknya
@SalinaMdYusof
@SalinaMdYusof Жыл бұрын
Best
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Terima kasih
@rushitaismail6623
@rushitaismail6623 Жыл бұрын
Cntik
@ravindhanoa
@ravindhanoa Жыл бұрын
Hi Malay kitchen @ manja. Nak tanya berape minute u panas kan oven sebelum bake biscuit ye?
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
10-15minit biasanya . Terima kasih
@irsofea
@irsofea 5 ай бұрын
Salam sis kalau buat kuih ni tanpa tepung ubi blh ke?
@taufiqmuiztaufiqmuiz150
@taufiqmuiztaufiqmuiz150 Жыл бұрын
Assalamualaikum kak manja,sukatan bahan please...
@rikalestari8610
@rikalestari8610 Жыл бұрын
Sis saya dari riau klau bater di ganti sama.mentega tepung nya berapa grm ya
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Butter atau mentega sesuai. Marjerin tidak sesuai. Tepung gandum 280gram tepung jagung dan tepung ubi kayu masing2 50gram
@sitihaning8909
@sitihaning8909 Жыл бұрын
Sis tak ada serbuk koko.. Serbuk milo boleh tak
@malaykitchen
@malaykitchen Жыл бұрын
Kalau serbuk milo warnanya xberapa gelap dan koko rasanya lebih strong atau kuat rasa coklat tu
@nurulnizaamatdasim7995
@nurulnizaamatdasim7995 5 ай бұрын
Untk adunan sis ni boleh dpt berapa pcs biakut?
@poisonsweet2656
@poisonsweet2656 5 ай бұрын
Ni saiz besar kak manja buat,. Kita boleh ejas saiz kecik sikit
Swiss Tart Strawberry , gebu dan rangup  | Tak banyak bahan
4:45
Surianti Kitchen
Рет қаралды 212 М.
Cute
00:16
Oyuncak Avı
Рет қаралды 4,7 МЛН
Cleaning🤣 #shorts #トイキッズ
00:18
Toy Kids★トイキッズ
Рет қаралды 10 МЛН
Dessert in 5 minutes! Just puff pastry and 2 apples
8:03
Appetizing.tv-Baking Recipes
Рет қаралды 711 М.
BISKUT DAM
7:34
Zaidah Ibrahim
Рет қаралды 24 М.
Biskut Nestum Klasik | Rapuh Dan Rangup
6:01
Raisyah Ibrahim
Рет қаралды 45 М.
Kerepek Popia Sira Pedas | Tips Kekal Ranggup & Sambal Sira Sedap
9:44
Cara buat Biskut Dam yang mudah | Checkerboard Cookies
4:44
Sis DaMia
Рет қаралды 29 М.
Cute
00:16
Oyuncak Avı
Рет қаралды 4,7 МЛН