Рет қаралды 26,515
Pada tahun 1882, ketika bernsia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun.
Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seorang yang fasih dalam bidang qira’at al-Quran. lbu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya.
Guru-guru Awalnya :
Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang gurul awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan MinaI), Haji Awang (Tuan Semel atau Dato’ Semela), Dato’ Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.
Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernh tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. Bahkan, ada “ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab”. (Risalah Kanz al Mu’id karangan anaknya Haji Ahmad).
Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semasa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.
Ke Makkah :
Pada tahun 1895, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :-
1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi’i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajnnid.
10. Syaikh Mubammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Mnhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Mnhammad Zain Patani.
Ke Madinah:
Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah beliau bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja’far al-Barzanji, Mufti Shafi’i.
Ke Mesir :
Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir melanjutkan kefaharnan tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmn-ilmu syara’, naql dan aqal. Antara lainnya berguru dengan Syaikh al-Jami’ al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa’i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama’ Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).
Pulang Ke Makkah :
Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmn tariqat dengan Syaikh Muharnmad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Febrnari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah (bersamaan pertengahan April 1901).
Alhasilnya., guru Muharnmad Said berjumlah 50 orang lebih. Belian diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Qur’an dan sebagainya.
Sahabat-sahabatnya :
Antara sababat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pat Wan Sulaiman Kedah, Haji Abdullah Pat Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad.