Рет қаралды 2,639
Tun Jugah pemimpin Iban suku Batang Rajang di Kapit Sarawak yang banyak berjasa di dalam rundingan pembentukan Malaysia dan menjaga hak Sarawak di dalam Malaysia.Pada awalnya,beliau kurang yakin akan hak Sarawak bersama Malaysia.Kerisauan beliau diterjemahkan melalui kata kata beliau yang terkenal iaitu"ANANG AJA MALAYSIA TU BAKA TEBU,MANIS DI PUN TABAR DI UJUNG" yang bermaksud pembentukan Malaysia hanyalah sebuah umpan yang menjanjikan kebaikan kepada Sarawak dan penduduk peribumi namun berubah pada akhirnya.
Kata kata beliau ini menjadi terkenal kerana apa yang beliau lontarkan adalah ramalan yang benar benar berlaku pada masa sekarang dimana hak Sarawak yang dijanjikan sedikit demi sedikit kian terhakis khasnya hak kaum Orang Asal Dayak Iban yang selama ini berjuang menentang penjajahan asing di Sarawak demi sebuah tanah air yang mederka.