Рет қаралды 14,172
#sultanjohor #sultanibrahim #sultanbrunei
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada KDYMM Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 12 Sept 2023.
Majlis istiadat pengurniaan diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Pada majlis yang sama, Tuanku Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I) kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Hassanal Bolkiah.