Рет қаралды 77
Seminar Warga Emas Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.
Objektif seminar adalah untuk meneroka isu-isu cabaran semasa yang dihadapi oleh warga emas dan penjaga terutama dari aspek kesejahteraan psikologi merangkumi emosi dan mental dalam menghadapi negara tua 2030 serta meningkatkan pengetahuan menerusi perancangan, pelaksanaan program dan aktiviti kepada warga emas dan penjaga.
Turut berlangsung Ceramah bertajuk Menangani Stress dan Kebimbangan Dalam Penjagaan Warga Emas, oleh Dr. Tengku Elmi Azlina binti Tengku Muda, dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
serta Forum "Kesejahteraan Psikologi Warga Emas dan Penjaga", Moderator Prof. Madya Dr. Zainal bin Madon bersama tiga orang panel iaitu Dr Arlina Nuruddin, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Wan Nurayunee binti Wan Zulkifli, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Encik Mohd Syafiq bin Mohiadin, Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.