Setelah Aku Kau Miliki - Shima (Lyrics/Subtitles)

  Рет қаралды 116,881

Ku Nazhatul Shima

Ku Nazhatul Shima

Күн бұрын

Lagu ini memang banyak kenangan bagi saya, suka duka dari mula recording hinggalah ke penutup tirai album solo ke 2 ini, dan kemudiannya ke Juara Lagu. Cerita di studio, di belakang pentas Juara Lagu, semuanya manis buat saya dan ini merupakan pertama kali saya bertanding ke Juara Lagu 😊
Memang saya amat bernasib baik kerana di belakang saya adalah team yang amat padu. Terima kasih buat team Sony Music, wartawan semua, media cetak, media elektronik dan semua peminat saya 😊
Dengan rendah hati, terimalah lagu ini. Enjoy, love you all, and stay safe no matter where you are ❤️❤️❤️
============================
Setelah Aku Kau Miliki: Shima
Lagu: Sa'ari Amri
Lirik: Azida N.S.
Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah di pandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar
Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Teguhkah cintamu itu
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku digenggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran
Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama khayalan itu

Пікірлер: 87
@anakjitrakubangpas4460
@anakjitrakubangpas4460 2 ай бұрын
Lagu yg menyentuh perasaan saya walaupun saya seorang lelaki tapi boleh meleleh juga air mata bila dengar lagu ni sorang². Semoga Kak Shima bahagia & sihat selalu. ❤
@ejam4703
@ejam4703 4 жыл бұрын
Dulu2 penyanyi wanita suara memang power..tak boleh dinafikan. Mereka menyanyi dengan ikhlas.. Contoh kalau kita tgk seperti Shima, Ella, Arwah Wohnen, Tania, Tila, Zaiton Sameon, Ruhil..adeii kalau nk disebut memang byk. Komen ni akan jadi karangan nanti.
@podolski-gc1sn
@podolski-gc1sn 3 жыл бұрын
Sy masih di sekolah rendah ketika lagu ini sedang meletup di radio..kini sy suda 40an.. tak terasa masa berlalu, Oh..indahnya kenangan membesar di era 80an 90an..
@faris0888
@faris0888 4 жыл бұрын
zaman dulu setiap penyanyi punya identiti suara mereka tersendiri..mcm kak shima..dia sorang je suara yg mcmni..
@ghostfingeronline3295
@ghostfingeronline3295 3 жыл бұрын
Time ni kak Shima muka ala awek japanese😁😊berhantu lagu ni sampai skarang♥️...legend forever🤘🏻
@yangsofea5583
@yangsofea5583 2 жыл бұрын
Bila dengar kuat² pakai earfone, mmg tak dinafikan, tak jumpa lgi suara yg mcm ni di zaman sekarang..😢😢 Semoga kak Shima sentiasa sihat dan terus istiqomah..
@cementtea9839
@cementtea9839 4 жыл бұрын
Awal mula saya tau ka Shima, pada saat itu ,dengar orang bernyanyi lagu luka dilukai.. saya pikir sedaap sekali lagu tu.. kemudian saya cari di KZbin ternyata kak Shima penyanyi asli nya,. dan seterusnya saya cari lagu lagu kak Shima ,aku makin suka sangat, biarpun aku lahir di 93,tp jd suka lagu lagu jaman dulu..yg paling saya suka lagu kak Shima luka dilukai 😭.dan teringin , tapi semuanya pun sedap ..salam dari pengagum suara akak,saya orang Indonesia.🙏
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Waalaikumsalam 😊 Terima kasih 😊
@nuralif9299
@nuralif9299 4 жыл бұрын
Lagu ciptaan Shaari amri memang berhantu...
@mohammadridwan1146
@mohammadridwan1146 3 жыл бұрын
Lagu ni dah boleh dah gazetkan sebagai khazanah negara😊😅.. Terbaikkk👍👍👍👍👍
@willafredofrancis9620
@willafredofrancis9620 3 жыл бұрын
Lagu paling tkesan dlm diri sy lagu epilog kasih.. Dari dlu sampai skrg tak pernah jemu2 dengar lagu tu.. Kerana bagi sya lirik tu sungguh mdalam.. Dan sy pcya.. Kak shima tiada duanya.. Suara serak2 basah.. Klau lagu tu tinggi.. Akan btukar jadi rock.. Terbaik kak shima👍..
@gilligsantiago6861
@gilligsantiago6861 3 жыл бұрын
TOP 6 PENYANYI WANITA PALING SAYA MINAT DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN 1. ELLA 2. SHIMA 3. FRANCISSA PETER 4. DAYANGKU INTAN 5. NORA 6. RAMLAH RAM Rindu zaman membesar dari 80an dgn lagu2 melayu meski saya bukan melayu..
@nursery5314
@nursery5314 3 жыл бұрын
Yang terbaru erni zakrie mungkin ada feel juga.. "Mungkin"
@ismadaneil7409
@ismadaneil7409 3 жыл бұрын
No.2 ,3 dgn 6 tu idola saya...😍
@nursery5314
@nursery5314 3 жыл бұрын
No 3 tu bukan melayu tapi bawa lagu melayu memang power 😂
@iphilrembes6622
@iphilrembes6622 3 жыл бұрын
Mantab. Ditunngu list nama nama artis nya lagi om. Saya taun sgitu blum lahir tapi suka lagu² lama seperti ini
@adiefirdausmohd3349
@adiefirdausmohd3349 Жыл бұрын
penyanyi saya paling minat sepanjang zaman pulak 1. arwah datuk sharifah aini 2. Dayang Nurfaizah 3. Francesca Peter 4. Fauziah Latiff 5. Shima 6. Ziana Zain
@azrulchik7269
@azrulchik7269 4 жыл бұрын
Akar xjejak didasaran.....teguhkah cinta mu itu.i like ah😉padu kak.
@acikaziz7750
@acikaziz7750 3 жыл бұрын
Sya ada lgi cd nih kat kg, ya allah rindu nya bila dengar lagu kak Shimah semula.semoga kak Shimah sihat selalu aamiin3 🤲🏻
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 3 жыл бұрын
In Shaa Allah 💕🤗😘
@hamdzanhusin2088
@hamdzanhusin2088 4 жыл бұрын
Adoi...lagu ni mmg...ppeerrggghhh... Masih x bole move on drp final AJL kak shima...suara + performance...banyak wow factor
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Thank you dear 😊
@adiefirdausmohd3349
@adiefirdausmohd3349 Жыл бұрын
lagu evergreen sepanjang zaman..Antara ciptaan paling best Saudara Saari Amri..suara shima one & only
@hapizahjaafar6412
@hapizahjaafar6412 2 жыл бұрын
Sayang Shima smpi bila2 smoga sihat slalu...Rindu tramat rindu nyanyian powermu...
@zulqarnainacyrus2276
@zulqarnainacyrus2276 2 жыл бұрын
Assalamualaikum Kak Shima, please nyanyi balik lagu ni versi akustik, saya teringin sangar nak dengar. salam peminat dari Brunei Darussalam.
@nunatribe7225
@nunatribe7225 3 жыл бұрын
Kak Shima… love terok lagu ni🥰🥰🥰
@senseikakashi3278
@senseikakashi3278 4 жыл бұрын
Zaman lagu ni best dengar lagu kak shima😮
@hasbiperodua995
@hasbiperodua995 3 жыл бұрын
Power betui vokal kak shima..
@khairilabdulrahman8839
@khairilabdulrahman8839 3 жыл бұрын
Dari dulu sampai sekarang, tak pernah boring dengar. Suara memang power.
@jirun2218
@jirun2218 4 жыл бұрын
Akak ya allah baru tahu lagu akak ni naib juara AJL91 dan mendapat persembahan terbaik kan masa tu, tak sia sia akak kena angkat dan putar-putar oleh penari lelaki tu haha, akak tak kasi dia share hadiah sikit ke akak? Kesian dia penat angkat akak heheh
@farizahalim4419
@farizahalim4419 2 жыл бұрын
Salam kak shima. Muga d rahmati hendaknya... Franklllly my fav song... N vocal.
@shamthrasher1381
@shamthrasher1381 3 жыл бұрын
Masa ni umur shima berusia 18 tahun.masih lawa dan Padu..masa tu..skrg dah berumur..semoga Allah S.W.T.merahmati dan mellindungi kak shima..Ami ya Rabbal.Alamin🤲🏻🤟🏻🇲🇾
@kalputera
@kalputera 4 жыл бұрын
Lagu best ni.. faberet... Kualiti suara kakak memang A plus.. dengar pakai ear fone ...layan..
@amirularif90
@amirularif90 4 жыл бұрын
lagu ni ulang2 dengar banyak kali pun x bosan
@mbakisahofficial4582
@mbakisahofficial4582 3 жыл бұрын
Terbaik lagu kak Shima best salam dari Indonesia 🙏🙏🙏
@nikfadhli7685
@nikfadhli7685 3 жыл бұрын
Kenangan zaman kanak2 dlu..
@azisrahman6496
@azisrahman6496 3 жыл бұрын
Terbaekk..pada saya ni lagu terbaekk antara lagu lagu shima
@najwasaleh1427
@najwasaleh1427 4 жыл бұрын
Pernah tgok video akak nyanyi utk kerabat kedah..pkai baju warna putih. Time tu je suara mcm x rock sngt..tp sedap betulll suara akak..dlm kereta cuba nk nyanyi mcm akak tp sumbang jadi😂
@ripun8225
@ripun8225 4 жыл бұрын
Fuh lepas rindu.. Moga dlm rahmat dan lindungan yg maha esa..
@askuba
@askuba 4 жыл бұрын
Lagu ni best AJL performance of all time
@jackspeed1927
@jackspeed1927 4 жыл бұрын
Terbaik aunty shima..
@nikfadhli7685
@nikfadhli7685 4 жыл бұрын
Lagu yg tetap evergreen..
@sheerahalim9779
@sheerahalim9779 4 жыл бұрын
Memang minat lagu ni.. BEST👍
@nikazizi4364
@nikazizi4364 4 жыл бұрын
Persembahan terbaik n tmpt ke2 juara lagu 1991...terbaik hasil sentuhan saari amri n xlupe gak utk penyanyinye akak shima kite,pe pun good luck utk akak...
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Banyak kenangan 😊 Terima kasih ye 😊
@Aduhh33165
@Aduhh33165 4 жыл бұрын
@@KuNazhatulShima Sis Shima...sy nk tnya.. waktu Sis diangkat dn dipusing2..masa tu didlm fikirn..x tkut ke klw trjatuh.. Waduh...😬gabra weyyy..
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
@@Aduhh33165 Tak la, sebab dah buat latihan 😁
@Aduhh33165
@Aduhh33165 4 жыл бұрын
@@KuNazhatulShima Sis request.... 🙏 buat video masak plk.. can..? I knw u can.. simple simple jer.. nasi goreng ker..really hope ur chnnel naik dn rmai subcribers..No obligation..
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
@@Aduhh33165 Aduhai masak pulak dah 😁
@joebidenjongos6287
@joebidenjongos6287 2 жыл бұрын
Lagu ini umur saya 18. Ada sejarah dgn seseorang yg lain. Hmmm cepatnya masa berlalu.
@dalinanordin1358
@dalinanordin1358 2 жыл бұрын
Lagu ini memang power suara kak Shima memang powerful
@bloiku
@bloiku 8 ай бұрын
lirik penuh makna.pasangannya penagih akhirnya berpisah
@ismadaneil7409
@ismadaneil7409 3 жыл бұрын
Walaupon lagu nie bukan zaman sy,tpi minat dgn lagu² lame..
@mohammatwazir6536
@mohammatwazir6536 3 жыл бұрын
proud of you, Kak Shima.
@wanikramwajdeewanahmadkama4800
@wanikramwajdeewanahmadkama4800 4 жыл бұрын
Memang power sangat lagu ni. Penyanyi pun power. Rupanya Saari Amri pun terlibat. 🥰
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Salam Asar, ye lagu ciptaannya.
@kumohdizham3223
@kumohdizham3223 2 жыл бұрын
Kak shima memang power
@syedjamalullail1410
@syedjamalullail1410 4 жыл бұрын
Mana janjimu yg sejati..segala bagai kiambang..
@ayahsu2300
@ayahsu2300 4 жыл бұрын
Antara lagu shima yang paling hot.tetap segar sampai sekarang.
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Terima kasih ye 😊
@hikayataku1018
@hikayataku1018 8 ай бұрын
Lawo kak shima masa2 muda ooo.mujur lah aku jauh usia dgn kak shima..
@mohdroshidi2752
@mohdroshidi2752 2 ай бұрын
Kau boleh try baby shima 😜🤪
@khairulazhar6014
@khairulazhar6014 2 жыл бұрын
Best lagu komposer saari amri
@Beny_71
@Beny_71 2 жыл бұрын
Mantap lagunya 👍👍👍
@auyash2963
@auyash2963 4 жыл бұрын
lagu terbaik shima bagi saya😘😘😘
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Terima kasih 😊
@auyash2963
@auyash2963 4 жыл бұрын
@@KuNazhatulShima 😍😍😍
@jdiockx3893
@jdiockx3893 2 жыл бұрын
05/07/2022 lagu kak shima semua membuat kn sy teringat zaman kanak2 dn zaman remaja
@tongkang6549
@tongkang6549 4 жыл бұрын
Terbaik kak
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Lama dah tu🤭 Terima kasih ye 😊
@tongkang6549
@tongkang6549 4 жыл бұрын
Kak utk channel ni saya suggest focus pada content berkaitan nyanyi an kak.. Contoh 1. Tips latihan nyanyian 2. Cerita tentang pengalaman masa zaman kegemilangan suka dan duka 3. Akak buat audition cari anak murid yang serius nak belajar vocal.. 4. Akak cover lagu2 secara santai dengan acoustic.. Semoga success selalu kak shima..... Aminnn
@tongkang6549
@tongkang6549 4 жыл бұрын
Saya insyaallah boleh usaha kan utk cari youtubers2 yang sudi utk collabs kalau perlu..seriously suka sangat tgok akak kembali aktif❤️❤️❤️❤️
@Aesableng
@Aesableng 3 жыл бұрын
Tidak ku mampu mbencimu..biarpun cuba ku lepas kn..tapi rantaimu mgunciku..
@Aduhh33165
@Aduhh33165 4 жыл бұрын
Abg Saari Amri komposer trhbat dn trbaik..tpi skrg Abg Saari x bgitu aktif..... byak ciptaan nya mnjdi hits dn di nyanyikn oleh artis2 solo mahu pn dri grp band.. salah satu artis solo ialah Sis Shima sndiri.... era 90an ada 3 komposer yg bgitu top...Abg Saari..arwah Rahim Othman dn arwah Adnan Abu Hassan..wlau x dinafikan ada rmai komposer2 lain yg hbat juga..
@KuNazhatulShima
@KuNazhatulShima 4 жыл бұрын
Ye betul, banyak betul koleksi ciptaannya 😊
@ayatmaurer3727
@ayatmaurer3727 Жыл бұрын
Kak shima pernah nyanyi di indonesia tak
@azmansyahazman5248
@azmansyahazman5248 2 жыл бұрын
I,lov you sima
@iskhandarhayat1910
@iskhandarhayat1910 4 жыл бұрын
Kak shima apa kata wat KZbin masak 2
@alifhamidah4935
@alifhamidah4935 2 жыл бұрын
👍
@nuralif9299
@nuralif9299 4 жыл бұрын
Assalamualaikum kak shima, pakai nombor lama lagi ke?
@rudy_melody
@rudy_melody Жыл бұрын
Ini lah drummer untuk lagu ni kzbin.info/www/bejne/gJ-3qmOKe9aco5I Terbaik buat kak shima,semoga sihat² selalu dan juga buat Mr Gary Gideon moga sihat selalu🤲
@pickyjackal7283
@pickyjackal7283 Жыл бұрын
Mantap mr gary drummer sessionist
@jdiockx3893
@jdiockx3893 2 жыл бұрын
kak shima mula menyanyi umur berapa??
@ayatmaurer3727
@ayatmaurer3727 Жыл бұрын
Semenjak lahir
@hisyammatzin8928
@hisyammatzin8928 10 ай бұрын
​@@ayatmaurer3727aduhaiii demo ni naka2..LA 😅😂😂🤣🤣
Shima - Setelah Aku Kau Miliki (Official Lyric Video)
4:43
Sony Music MY
Рет қаралды 595 М.
Di Sebalik Sejuta Wajah - Shima (Lyrics/Subtitles)
4:26
Ku Nazhatul Shima
Рет қаралды 377 М.
When you have a very capricious child 😂😘👍
00:16
Like Asiya
Рет қаралды 18 МЛН
VIP ACCESS
00:47
Natan por Aí
Рет қаралды 30 МЛН
FULL ALBUM MALAYSIA SALEEM IKLIM
1:10:24
Anak Ais
Рет қаралды 36 М.
Setelah Aku Kau Miliki - Shima LIVE 2019 Jelajah Suria FM 2019
2:45
Nadia-Salam Untuk Kekasih
4:15
obitlensa
Рет қаралды 12 МЛН
Sepanjang Malam Keresahan
5:30
Shima - Topic
Рет қаралды 4,1 МЛН
kau tetap dalam anganku BY SAARI AMRI
5:35
Saari Amri Official
Рет қаралды 6 МЛН
Sedar - Shima (Lyrics/Subtitles)
4:28
Ku Nazhatul Shima
Рет қаралды 472 М.
Teringin - Shima (Lyrics/Subtitles)
4:23
Ku Nazhatul Shima
Рет қаралды 32 М.
Luka Dilukai
4:29
Shima - Topic
Рет қаралды 617 М.
When you have a very capricious child 😂😘👍
00:16
Like Asiya
Рет қаралды 18 МЛН