Short Trip Sibu to Belawai 2024

  Рет қаралды 161

Mohd Idris

Mohd Idris

Күн бұрын

Belawai atau ada yang memanggilnya Belawei merupakan satu daerah kecil yang diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Mukah sebelum naiktaraf yang membenamkan nama Belawai menjadi Daerah Tanjung Manis. Sinonim dengan produk makanan laut seperti sesar ujur serta antara kawasan yang kaya dengan spesis udang harimau yang bermutu tinggi sejak dahulu lagi.
Penduduk di Belawai ini adalah rata-ratanya terdiri daripada etnik Melanau yang dihimpunkan berdasarkan tempat kediaman mereka iaitu Melanau Kuala Rajang yang mencakupi Melanau Rajang, Melanau Jerijeh, Melanau Belawai, Melanau Segalang dan Melanau Paluh. Dan dialek Melanau yang dipertuturkan adalah merupakan dialek Melanau Belawai sendiri.
Setakat ini tiada dokumen sahih yang boleh membenarkan bagaimana Belawai mendapat nama. Menurut cerita oral masyarakat setempat yang mendiami Belawai, sebenarnya Belawai mendapat nama daripada satu batang sungai yang bernama Sungai Belawai. Ketika itu sepasang suami isteri yang bernama Datuk Tum dan Nenek Bratma. Mereka merupakan penduduk asal di sebuah perkampungan di Sungai Belawai.
Namun begitu akibat daripada seringnya berlaku perang Ngayau maka mereka tidak tertahan untuk mendiami perkampungan mereka dan seterusnya berhijrah mencari tempat yang sesuai. Di kala itulah mereka menemui satu kawasan yang cukup indah yang mempunyai banyak pohon-pohon kelapa. Kerana melihat kepada kesuburan pohon-pohon serta pantai yang indah itu maka mereka terus memilih untuk tinggal di situ.
Kerana mereka berdua merupakan orang yang meneroka tempat tersebut akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk menamakan kawasan baru tempat mereka tinggal sebagai Belawai, iaitu mengambil bersempena nama sungai Belawai tempat asal mereka tinggal dahulu. Sejak pembukaan Belawai itu maka ramailah masyarakat Melanau disekitarnya yang turut sama mendiami Belawai sehinggalah sekarang.
Belawai selain sebagai hab pendaratan ikan segar utama untuk Bahagian Mukah, Belawai juga mempunyai banyak tempat yang menarik yang boleh dijadikan produk pelancongan setempat. Pantai Belawai misalnya sememangnya sungguh cantik dan sentiasa mengait pelancong-pelancong setempat untuk mengunjungi. Sekiranya diusahakan dengan sebaik mungkin sudah tentu Pantai Belawai yang indah ini akan menjana ekonomi setempat bagi penduduk di Belawai.
Selain daripada itu, di Belawai ini juga mempunyai satu tarikan yang lain yang dikatakan tidak begitu dipulihara dengan sebaik mungkin sehingga membenarkan ianya boleh hilang suatu hari nanti. Ianya adalah satu tapak perkuburan purba yang dinamakan Telaga Tempayan Tum Bratma. Menurut ceritanya ianya merupakan kubur lama milik kepada pembuka asal Belawai iaitu Datuk Tum dan Nenek Bratma.
Kedua-duanya dikatakan dikubur di dalam tempayan purba yang mempunyai motif-motif kuno Borneo suatu waktu dahulu. Kesemuanya adalah 7 buah tetapi akibat tiada pengawasan yang sewajarnya maka yang tinggal hanya 2 buah sahaja. Sekiranya tapak perkuburan kuno ini dipulihara dengan sebaik mungkin serta digali sejarahnya oleh pihak yang berwajib, sudah tentu ini juga mempunyai perkaitan sejarah dengan masyarakat di Belawai pada masa kini.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Belawai juga sebenarnya antara kawasan yang masih melestarikan salah satu warisan tradisi Kaum Melayu Sarawak iaitu tenunan songket Sarawak. Ianya sehingga sekarang masih lagi ditenun di salah satu kampong di Belawai iaitu Kampung Rajang. Ianya sudah wujud dari tahun 1991 lagi dan dari hanya kerja-kerja tenunan sewaktu tiba masa lapang, sekarang tenunan songket dari Kampung Rajang telah menjadi satu industri desa yang amat kreatif dan mendapat sambutan masyarakat setempat.
Inilah sekelumit informasi di dalam kita cuba mengenal satu lagi daerah di Sarawak yang dikenali dengan nama Belawai. Semoga segala apa yang ditulis di dalam artikel ini akan menjadi satu ruang untuk masyarakat Sarawak berkunjung ke Belawai untuk lebih mengenali apakah istimewanya daerah kecil ini.
Setiap Daerah Mempunyai Sejarahnya Dan Setiap Daerah Mempunyai Nilai Kasih Sayangnya.

Пікірлер: 3
@SanggauBuli
@SanggauBuli 2 ай бұрын
Mlm Tuan,terbaik.Apai Nyangin channel ni Hadir Support 👍👍👍
@mohdidris3508
@mohdidris3508 2 ай бұрын
Terima kasih tuannn🎉
@zak-rq9wq
@zak-rq9wq Ай бұрын
Best nyaa rasa mok raon sia laaa😊
Cool Parenting Gadget Against Mosquitos! 🦟👶 #gen
00:21
TheSoul Music Family
Рет қаралды 32 МЛН
黑的奸计得逞 #古风
00:24
Black and white double fury
Рет қаралды 25 МЛН
Seja Gentil com os Pequenos Animais 😿
00:20
Los Wagners
Рет қаралды 38 МЛН
How I Turned a Lolipop Into A New One 🤯🍭
00:19
Wian
Рет қаралды 11 МЛН
How One Family Lives in the Mountains Far from Civilization
34:48
Food Around The World
Рет қаралды 3,6 МЛН
Leka Biau Sandau Hari- Ke pengingat dipeda rebak dudi ila
14:07
Richard Thias Changgan RTC CHANNEL
Рет қаралды 49 М.
SARAWAKfm Juh Bermukun edisi 3 Ogos 2019
1:50:40
SARAWAKfm
Рет қаралды 97 М.
PEKIT PUNDAN 2022 BA RH JUDAN SG DABAI MARUDI BARAM SARAWAK.
15:31
Jalan-Jalan Cari Makan Di Kanowit.
19:00
Abun Bilun
Рет қаралды 50 М.
Cool Parenting Gadget Against Mosquitos! 🦟👶 #gen
00:21
TheSoul Music Family
Рет қаралды 32 МЛН